15 Aug 2010

tetiba xcident....versi panjang......

Tetiba.....xcident....


Hari sabtu yang cerah. 31 julai 2010 mencatatkan peristiwa yg agak sakit bagi aku. Aku bersiap untuk ke tempat kerja. Sebab ada lecture sempena pelancaran pameran Treasury of the world di Muzium Kesenian Islam pada pukul 10.30 pg. Dlm hati seperti tak tentu arah sahaja. Entah kenapa rasa lain macam. Seperti biasa, aku akan ikut jalan Pahang, tetapi arini, rasa nak p kt shell greenwood untuk isi minyak then makan kat kedai mamak mydin maju kat sri gombak. Lepas itu aku fikir untuk pergi kerja ikut Jalan MRR2. Tepat pukul 9.20 pagi aku bertolak kuar dari rumah. Untuk sampai ke tempat kerja hanya setengah jam lebih sahaja.


Sedang aku bawak motor, sesampai di satu selekoh aku seperti hilang arah, rasa gelap sekejap. Apa yang aku boleh ingat masa tu hanya sebuah kereta kancil putih di depan dan tangan aku mencecah jalan raya....rasa seperti melayang dan terguling-guling...rupanya aku kemalangan. Hanya nama Allah aku mampu sebut. Dapat aku lihat kelibat orang ramai di tepi jalan. Ada yang mengangkat aku ke tepi jalan. Aku rasa seperti gelap mendung nak hujan walaupun masa tu sebenarnya. matahari terik. Mungkin sebab rasa seperti nak pitam.


Pemandu kereta yang aku langgar kerana tak sempat elak semasa dia membelok ke kanan, menawarkan diri untuk hantar ke klinik. Aku diusung ke dalam kereta. Seseorang yang aku tidak tahu siapa, memberi minum air mineral sedikit supaya aku bertenang katanya. Aku agak dia orang kelantan juga dari loghat bahasanya. Aku masih mengerang kesakitan. Kerana bahu kiri aku terasa sakit yang teramat.


Sesampai di klinik, aku dirawat. Semua luka dicuci. Doktor inject 2 jarum pain-killer. Untuk tahan sakit selama 12 jam katanya. Semua bayaran klinik pemandu kereta itu yang setelkan. Kami setelkan diluar sahaja kerana tidak mahu menyulitkan keadaan membuat laporan polis, claim insurance dan sebagainya. Lagipun tiada yang patah. Cuma bila dibuka baju baru dapat aku lihat kesan sakit dibahu td. Sudah membengkak. Tangan kiri agak sukar untuk di gerakkan. Nasib baik jari-jemari yang luka masih boleh digerakkan. Aku terus mesej rakan sekerja yang aku tidak dapat pergi lecture hari itu.


Pemandu kereta itu berkata, dia tidak kisah soal bayaran untuk baiki motor aku dan perubatan dan sebagainya. Asal aku selamat je. Dia pun cakap yang dia pernah juga xcident dengan motor tapi ditinggalkan begitu sahaja di tepi jalan. Dari apa yang dibualkan dengan kawannya dia merupakan seorang kontraktor.


Aku dijemput pulang oleh abang ipar aku di klinik tersebut. Aku hanya dapat menahan sakit. Walaupun telah diberi pain-killer, tapi rasa sakit tu masih ada. Mungkin luka dalam aku fikir.

Menjelang malam pula. Rasa sakit kat tulang bahu kiri agak berdenyut-denyut tapi aku terpaksa tahan. Mungkin kesan pain-killer yang doktor inject sudah hilang. Sebab itulah sakit makin terasa.

Agak lewat malam juga baru aku dapat lelapkan mata. Harap-harap aku dapat pergi kerja. Sebab aku malas nak amik MC. Rehat di rumah lagi membosankan.


Terpaksa naik LRT lagi untuk ke tempat kerja kerana motor masih di bengkel. Kalau motor sudah ok pun mungkin aku tak dapat nak bawak lagi. Sebab bahu kiri masih bengkak dan terasa sakit bila mahu angkat objek yang berat. Redha ajela. Benda dah nak jadi.


Nasib baik juga laluan trafik tidak sibuk pagi tu. Kalau tak, tak tahula nasib aku hari itu sebab aku memang betul-betul atas jalan raya dan terduduk kaget.


Apa pun aku ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang menolong pagi tu. Hanya Allah shj yang dapat membalasnya. Ini xcident kali kedua yang aku alami sejak dibangku sekolah dulu. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah-Nya. Wallahua'lam.

No comments: