11 Aug 2010

Kenapa cincin kawin dipakai ke jari yang ke 4 aka jari manis :)

Dulu aku pernah ditanya anak buah aku kenapa perlu dipakai cincin kawin di jari manis. tapi aku tak pernah nak bagi jawapan yang agak saintifik melainkan berseloroh. haha...budak2 biasa la banyak benda baru nak belajar banyak benda nak tanya itu dan ini. aku pun macam tu jugak masa kecik.tapi aku jarang sekali jumpa jawapannya...he3. tapi dunia zaman sekarang ni agak baik la sebab internet pun dh high speed punya. sume benda boleh cari....

sila lihat persoalan tajuk post ini di bawah ini :) (fwd email yg aku terjemah dalam BM)

Orang cina yang otai dulu kala menyatakan bahawa

IBU JARI: mewakili ibubapa kita
JARI TELUNJUK: mewakili adik-beradik kita
JARI TENGAH/JARI HANTU: mewakili kita
JARI MANIS: mewakili pasangan hidup kita aka soul mate :)
JARI KELINKING/JARI ANAK: mewakili anak2 kita


Pertama sekali hadapkan telapak tangan kiri dan kanan antara satu sama lain supaya jari2 keduanya mengadap satu sama lain.

Selepas tu kedua-dua jari tengah yang mengadap satu sama lain tu masukkan ke dalam. Sebagai contoh seperti rajah di bawah...

Sekarang cuba pisahkan jari yang mengadap satu sama lain tu. pisahkan ibu jari kiri dan ibu jari kanan (mewakili ibubapa). tentu sekali boleh. sebab lambat laun, ibubapa kita akan pergi jua meninggalkan kita.

Sekarang rapatkan semula ibu jari.

Cuba pisahkan jari telunjuk pula (mewakili adik-beradik kita). semestinya boleh juga. sebab adik-beradik kita pun akan punyai keluarga sendiri dan tidak akan tinggal bersama kita.

Sekarang rapatkan semula jari telunjuk.

Cuba pula pisahkan jari kelinking/jari anak (mewakili anak2 kita). tentu juga boleh. sebab nanti anak2 kita akan ada pasangan masing2, rumah sendiri dan mungkin tinggal jauh dengan kita.

Sekarang rapatkan semula jari kelingking/jari anak tadi.

Akhir sekali, cuba pisahkan jari manis (mewakili pasangan hidup kita/soulmate), jari yang biasa di pakaikan cincin. tentu anda terkejut bukan. sebab memang tak boleh. he3. sebabnya soulmate kita itulah pasangan sehidup semati kita. pasangan suami isteri yang sejati akan kekal selamanya kecuali MATI yang memisahkan....


Try it out! :)



p/s: sebagai hiburan sahaja :) he3...mungkin boleh belajar daripadanya.......apa pun ajal ketentuan maut, jodoh di Tangan Tuhan...wallahua'lam.

No comments: