29 May 2011

Kaku

Tepat jam 5.30am aku bertolak untuk ke tempat kije hari ni. Ade OT before work so kena pegi awal. Macam biasa ikut jalan DUKE.

Tgk macam ade roadblock...pepagi buta??Rupanya kemalangan...nampak polis jek terus teringat lesen aku dah nak tamat tempoh..huhu

Sedang aku melintasi kawasan kemalangan. Terlihat sekujur badan berselimutkan plastik hitam. Innalillah...seketika tgh bawak motor seram sejuk plak aku rasa. Pg2 waktu begitu sudah dijemput Illahi..terdetik dalam hati dan berharap selamat dalam perjalanan ke tempat kerja. Harap dipanjangkan umur. Kerana dosa2 terlalu banyak untuk ditebus. Ntah bagaimana pelbagai perkara terdetik dalam hati.

Sampai tmpt kerja terus ke surau untuk solat Subuh. Sudah agak lewat...
Semoga esok dan lusa dan seterusnya dipermudah oleh-MU atas segala urusan. ...AMIN

23 May 2011

Kalut


Dalam kalut semua jadi tak menentu...masa depan dan masa belakang jadi terumbang ambil.

Dengar lagu Maher Zain, InsyaALLAH...ada jalannya. Mungkin Tuhan lebih tahu apa yang sebenarnya perencanaan hidup kita.