29 Feb 2008

Pilihan Raya Umum 2008

Jom Pakat Balik Mengundi....

Kepada mereka-mereka yang sudah cukup umur dan berakal...mari la kita sama-sama menjalankan tangunggjawab sebagai pengundi....




p/s: INGAT!!! UNDI ANDA ADALAH RAHSIA!

ni la first time aku balik mengundi...sbb baru bleh mengundi... :-)

Bicara Siswa: Remaja lagak dewasa

Source: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Bestari/20080225121409/Article/indexv_html

Aksi, percakapan, berpakaian dan bersolek sebilangan pelajar seperti orang dewasa sedangkan kemampuan tidak seberapa


Lihat pada gaya, memang nampak sudah matang, tapi pemikiran pula sebaliknya, menyebabkan mudah kecundang.

Jika golongan dewasa boleh berfikir secara mendalam sebelum membuat keputusan, remaja pula terlalu mengikut emosi dan kata hati.

Kenapa remaja suka melangkaui masa untuk memasuki alam dewasa? Tidak seronokkah meniti zaman remaja tanpa perlu berserabut memikirkan pelbagai masalah?

Benarkah memasuki dunia dewasa menyebabkan kehadiran remaja lebih diterima masyarakat atau hanya khabar angin semata-mata?

Dua mahasiswa Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC) berkongsi pendapat.



Pendapat anda mengenai isu ini?



NURUL ANIS MOKMIN: Memang soalan ini kena pada masanya sebab saya sendiri tertanya-tanya mengapa ada rakan sebaya ingin menjadi dewasa sedangkan belum tiba waktunya.

Memang pelik sebab lagak, percakapan, berpakaian dan bersolek suka meniru gaya orang dewasa sedangkan dari segi kemampuan mungkin tiada. Saya berpendapat, golongan ini hanya menyusahkan diri sendiri kerana terpaksa hidup dalam alam khayalan.



FAZRAH FADZIL KHAN: Saya kurang pasti kenapa ada segelintir rakan sebaya lebih suka memasuki alam dewasa berbanding zaman remaja.

Mungkin bosan atau terpengaruh lantas menukar personaliti dengan tiba-tiba meskipun orang lain nampak pelik.



Adakah anda berpendapat tidak seronok bergelar remaja hingga ada mahu cepat memasuki alam dewasa?



NURUL ANIS: Siapa kata, malah saya berpendapat alam remaja sangat menyeronokkan. Meskipun ada masalah, tapi sebesar manakah masalah itu?

Tidak seperti orang dewasa, lebih banyak masalah terpaksa difikirkan seperti aspek ekonomi, tanggungjawab dan sebagainya. Jadi, mengapa mahu dewasa lebih cepat sedangkan zaman itu penuh cabaran?



Mungkin remaja sudah bosan dan mahu merasai cabaran yang dihadapi golongan dewasa?



FAZRAH: Saya tidak rasa begitu sebab walaupun remaja bosan, mereka masih mempunyai alternatif lain untuk menghiburkan diri dan masih nampak manis kalau melakukannya. Orang pun susah hendak mengata sebab tahu memang itu lumrah remaja.

Tapi kalau orang dewasa buat begitu, macam mana pula pandangan orang?



NURUL ANIS: Jika tanya orang dewasa, mereka mungkin mahu kembali semula ke zaman remaja. Sebab itu, rasa hairan ada golongan muda ini seperti tidak sabar jadi dewasa.



Pada pendapat anda, mengapa jadi begini?



FAZRAH: Dapat maklumat atau gambaran salah. Sebagai remaja, kita tidak boleh menolak naluri ingin mencuba di kalangan mereka. Jika dapat lihat sesuatu yang indah, sudah tentu fikir ia menyeronokkan walaupun bukan semua begitu.

Sebab itu mereka suka mencuba tapi tidak tahu natijahnya. Tapi pernahkah terfikir, golongan dewasa banyak cabarannya? Aspek kerja, tekanan, gaji tidak mencukupi dan sebagainya adalah masalah biasa.

Jika tidak cukup ilmu dan mampu berfikir, bolehkah menghadapi situasi itu?



Tapi ada juga yang matang berfikir?



NURUL ANIS: Memang ada, tapi berapa ramai mempunyai kebolehan seperti itu? Pada pendapat saya, meskipun mampu berfikir matang, tidak semua mampu menghadapi serangan fizikal dan emosi alam dewasa.

Bayangkan usia masih muda, ilmu pula cetek, kemahiran diri belum mantap, tapi perlu menghadapi cabaran atau tekanan berat. Mampukah?

Saya rasakan, remaja yang meniru gaya orang dewasa memang rugi kerana masanya belum tiba selain tidak mempunyai kekuatan seperti orang dewasa.



FAZRAH: Saya setuju, sebab kematangan berfikir golongan dewasa tidak sama seperti remaja. Selaras perkembangan usia, sudah tentu banyak persediaan atau pengalaman diperoleh.

Mereka memang bersedia. Tapi remaja, apa pula persediaan yang ada apatah lagi masih ditanggung ibu bapa.



Ada golongan dewasa bersifat seperti remaja. Apa komen anda?



NURUL ANIS: Itu agak melucukan sebab janggal. Mungkin mereka tidak puas menghirup udara zaman remaja.

Jika sudah di alam dewasa, bersikaplah seperti golongan itu. Kita kena berpijak di bumi nyata, bukan ikut nafsu atau kata hati.



FAZRAH: Saya tidak kisah asalkan tahu batasnya dan tidak mencemarkan maruah. Mungkin mereka bersikap seperti remaja tapi pemikiran lebih matang. Kita tidak boleh menilai melalui luaran.

Contohnya, mungkin sikap itu terbit daripada perwatakan ceria seseorang. Dia mudah bergaul dengan sesiapa tanpa batas umur tapi orang lain pula pandang serong. Salahkah jika mempunyai perwatakan seperti itu?

Yang penting, dia memang sudah dewasa dan tidak memerlukan banyak perhatian seperti golongan remaja.



Apa nasihat anda untuk rakan yang tidak sabar-sabar menjadi dewasa?



NURUL ANIS: Mengapa perlu bazirkan masa menikmati zaman yang bukan waktunya. Lalui zaman remaja dengan penuh keseronokan. Waktu ini tidak akan berulang.

Waktu untuk menjadi dewasa akan tiba jua. Siapkan diri dengan ilmu dan pengalaman dulu sebagai persediaan.

Ia lebih baik daripada ingin menjadi dewasa terlalu cepat tanpa apa- apa sokongan.



FAZRAH: Saya harap rakan sebaya dapat melupakan sebentar fantasi indah alam dewasa. Bukan semua yang didengar atau lihat menyeronokkan.

Jika tidak puas menikmatinya, takut apabila dewasa, teringin semula kembali ke zaman remaja. Ketika itu sudah terlewat.





NAMA: Nurul Anis Mokmin

UMUR: 21 tahun

ASAL: Kuala Lumpur

PENGAJIAN: Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Korporat di Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC), Kajang, Selangor.







NAMA: Fazrah Fadzil Khan

UMUR: 21 tahun

ASAL: Selangor

PENGAJIAN: Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Korporat di Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC), Kajang, Selangor