14 Jul 2011

Flaming Steamboat + Karaoke + ....Bowling lagi?

Walau hari ni cuti, ade je aktiviti yang perlu untuk isi jadual kebosanan :)...

Makan2 dekat Flaming Steamboat ngan rakan-rakan sekerja. Juga untuk meraikan rakan2 yang pernah bekerja tempat yang sama dan yang akan bertukar tempat kerja.


Lepas tu karaoke tak hengat dunia...nak main bowling tapi dah agka lewat dan dah nak tutup.

Esok pula training bowling lagi untuk perlawanan 20 July 2011 nanti. Harap kali ni akan lebih yakin. Agak banyak perlawanan dah masuk tapi time training ok jek. Masa lawan betul agak cuak..hahaha..pelik2


Tapi kali semacam yakin bleh menang punya..InsyaALLAH....

Harimau Rebah Di Tanah Sendiri

Agak mengecewakan namun semangat juang yang ditunjukkan memberi petanda bahawa masih ada banyak yang boleh diperbaiki. Walau perlawanan persahabatan, pengalaman itu penting buat Malaysia.

Rata-rata penyokong yang hadir seperti memihak kepada pelawat. Walau harimau malaya tak mampu menang tapi aku kagum dengan semangat juang yang ditunjukkan. TEruskan perjuangan Harimau Malaya...Ngauman mu pasti akan menyusul di Piala Dunia Impian...:)

9 Jul 2011

Kubaca.Kufaham.Kuhayati

KalamMu dalam kitabku selalu ku baca. Namun ku tak memahami apa yang Kau ingin sampaikan. Setelah ku fahami. hati gundah jadi tenang. Setiap persoalan dijawab. Hanya tinggal untuk dihayati dan diselami...


Aku perlu kuatkan tekad ini. Kuatkan semangat ini. Supaya terus dijalan-MU Ya Rabbi...

Mungkin

Tiba-tiba tak ku duga. Ku mungkin jatuh hati dengan ketabahan dan kejujuran mu. Tapi aku tak mampu nak ucapkan walaupun banyak kata yang aku perlu ungkapkan. Ini semua ujian. Walaupun kita pasti. Tapi selalu kita ignore sebab kita sebenarnya susah untuk terima kenyataan. Secara jujur kita tak boleh terima ketentuan (qada dan qadar) walaupun ianya sememangnya telah termaktub dlm destiny kita.

Mungkin kita ego. Mungkin kita tak mampu nak menghadapi kesulitan. Kita mudah lupa. asal cantik dimata manusia. Matlamat menghalalkan cara....

Kuning Yang 'Bersih'

Esok perhimpunan Bersih 2.0 bakal berlangsung. Dengar kata jam jalan nak ke KL. Aku jam ke tak ok jek sebab naik motor.he3...

Apa pun harap2 tiada kejadian yang tidak dingini berlaku.

Aku ingat nak pegi tengok keadaan macam mana esok. Adakah sama apa yang diwar-warkan atau sama dengan di momokkan.



p/s: Kalau sempat beli dslr aku dh pegi ..untuk amik gambar jek...:)