30 Mar 2010

Kau Tanya Ku Kenapa???



Bila kau tanya kenapa ku terima mu, aku terdiam.
Kau jawab kau memilihku kerana aku adalah aku.
Kerana kau yakin denganku.
Kerana kau pasti aku adalah terbaik untukmu.


Bila kau tanya kenapa ku terima mu, aku membisu.
Kau jawab kau memilihku kerana tak mahu lagi terluka.
Kerana tidak mahu lagi untuk rasa kehilangan seperti dulu.
Terseksa kerana cinta yang palsu.
Yang belum tentu penghujungnya


Bila kau tanya kenapa ku terima mu, aku terkaku.
Kau jawab kau memilihku mahu hidup bersamaku.
Walaupun belum pernah kau kenal diriku.


Sebenarnya itulah jawapanku untukmu.
Ku terimamu dengan hati yang tulus ikhlas.
Semoga kita bahagia. Di dunia dan akhirat.
Kerana ku yakin dan percaya.
Kita ditakdirkan untuk bersama.



---------------------------------------------------------------
by: Wan Abey | 30MARCH2010 | 11:28PM






28 Mar 2010

Cendol Ijok...Moh Ke Sana...^_^


Bukan nak buat promosi ke apa. Tapi boleh tahan cendolnya. Best!...Kalau datang ke Ijok singgah la ke sini...adios

Pagi yang gelap...







Ku tidur sekejap tetiba terjaga. seperti tidur ayam lagi. che mek (kucing) mengetuk pintu lagi. ku buka dan seperti biasa di tunjuknya kepadaku yang dia 'membuang' merata lagi. sejak kemalangan tu dia tidak mampu lagi nk 'membuang' dengan normal. ku cuci tempatnya membuang dan dia terus seperti biasa ke tempat makan dan terus makan. lepas tu macam biasa dia baring2.


ku cuba lelapkan mata. jam menunjukkan 4.30 pagi. lebih kurang sejam kemudian, bunyi kuisan pintu kembali. seperti biasa che mek tunjukkan tempat dia 'membuang'. ku cuci lagi dan lagi dan lagi. selepas jam menunjukkan pukul 7 baru ku dapat lelap selepas Subuh.


Pagi pun masih gelap. aku biarkan che mek sendirian. ku penuhkan bekas makanannya sebelum lelap...

Ku melangkah dan terus melangkah....mencari diri

Minggu depan tiada lagi ku pandang langit macam ni. mungkin langit lain sedang menanti.he3..
Ini la langit yang ku lihat setiap hari. setiap kali hujan. setiap kali itu juga ku lihat langit ini. ketika menunggu ku juga lihat langit ini. ketika panas langit ini juga menjadi pehatian. nanti tinggal sejarah. ku melangkah lagi untuk sekelian kalinya. kerana mungkin juga belum pernah ku ketemu apa yang aku harapkan selama ni. mencari diriku seperti masa-masa lalu yang aku tinggalkan. sekelumit resah menanti. ku tepis jua. supaya langkah ku tidak pincang.

Tuhanku pandulah aku...(T_T)



GooD ByE VADS....

26 Mar 2010

Today will work out to the fullest (@_@)

wake up early in the morning. che mek (a cute cat ^_^) already wait for her breakfast. just gave her some with her medicine. i start to list out what to do. the e-kkp system still in progress(50% left) . hope can finish it before i start my new job.

i hope that i can manage to back to my hometown once i finish all the stuff here. hope so. coz i'm too tired and miss my family and my 'kampung'....

life is not easy, any where you go. you will face many things that soon will be your best 'teacher'.

rather than keep saying that you can't do it, why not just give it a try...learn..learn and learn...from mistake to a perfection...no perfectionist.

i think i need to focus to my precious time also..coz my time is always wasted without i notice it

good luck to you abey!!!! ^_^

Ku Rasa Berdosa

Hari tu adalah hari terakhir dia di KL. Tapi ku hanya bertentang mata dgnnya hanya sehari sebelum dia pulang ke kg. Ku berbual sejenak. Dia bertnya tentang ku dan juga keje ku skg. Ku ckp baek2 aja...ditanya ku bila mau pulang ke kg..aku ckp blum pasti. Dipandang wajahku seperti tersangat rindu. Wajah dgn perasaan yang sama ku lihat ketika ku berada seminggu di wad kerana denggi. Dgn matanya spt berkaca. Ditanyaku lg esknya keje pukul berapa. Ku jawab ptg. Dia pn bkata bleh la hantarnya ke stesen bus bsama abg ku. Aku hanya mengangguk.. Malam sblm dia pulang ke kg, ku blik keje 2pg. Ku tak dpt tdo smpai subuh..lepas p ambil kakak ku. Aku terlena kerana terlalu penat. Ku tak sempt mengiringnya pulang. Hanya abgku dan iparku menemaninya. Ku rasa bdosa kerana tak sempat bersalam dgnya, cium dan peluknya seperti kebiasaan...bila ku tersadar, jam sudah menunjukkan tghari. Ku terus menelefonnya. Meminta maaf dgnnya. Dia bkata tak mengapa. Aku telefonnya berulang kali btanya dimana dia berada sehinggalah sesampainya dia ke destinasi....tp hatiku tetap rasa bdosa...maafkan ku bonda...

12 Mar 2010

Sekadar renungan untukku dan saudara perempuanku

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
MORAL CERITA INI:Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab…selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ‘iman’ kita sekarang ini. Wassalam.
Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.] Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….