21 May 2013

Google Glass yang 'awesome'


Credit gambar: CBS Interactive

Gergasi GOOGLE mencipta satu peranti yang bercirikan gadget pintar seperti 'smartphone'. Hanya sebuah

kacamata tetapi fungsinya sangatlah ohsem! . Kalau nak tahu ohsem ke tak sila cekedout video link youtube kat bawah ni: )


http://www.youtube.com/watch?v=MP1gvGcXcLk



* Bagi orang yg 'merempit' macam aku ni boleh la kut pakai. Tapi kena ade power la. Sbb aku rabun...hahaha

Politik.Oh.Politik

Demam EPL dah lepas. Demam kedua,  Pilihanraya pun dah lepas. Akan tetapi demam kedua ni belum

sembuh lagi nampaknya. Malaysia negara demokrasi. Kebebasan bersuara tak diberi sepenuhnya. Aku ni

bukan 'terrorist' sangat pasal politik akan tetapi daripada pandangan mata kasar yang boleh nampak ni,

politik Malaysia lebih kepada politik kroni. Betul ke tak? Aku pun tak tahu. Belah pembangkang buktikan

dengan fakta. Belah kerajaan dibuktikan dengan "telanjangan" (video lucah dan sebagainya). Di sini kita

bukan nak melihat dari segi moral semata-mata. Tiada manusia yang sempurna, itu memang kita akur sebab

kita bukannya di utuskan sebagai malaikat atau nabi. Kita manusia yang dijadikan untuk memcari keredhaan

Ilahi dengan bersujud kepada-Nya.


Bertaubat jalan terbaik atas segala dosa. Jadi kalaulah ade antara ahli politik kita makan rasuah, tidak

bermoral dan sebagainya, kita sebagai rakyat berhak menegur, tidak kira kepada pihak pembangkang atau

kerajaan. Akan tetapi pilihan untuk berpuak-puak dan serangan provokasi diterjemahkan, bukannya

perbincangan. Diharap agar suatu masa nanti Malaysia ini menjadi negara yang aman dan hidup isi rakyatnya

bertunjangkan agama, bukan duit bukan harta bukan dan sewaktu dengannya. Baru selesa.


Kalau hanya pertahankan bangsa sahaja, mana2 dunia pun tak aman. Sebab berlainan bangsa bukan untuk

dijadikan asas untuk hidup berpuak-puak. Kenapa kita boleh berkongsi kepelbagaian budaya dan makanan

tetapi tidak kesatuan silaturrahim? Fikir-fikirkanlah. Demi masa depan anak cucu kita semua..



* sekadar berkongsi pemikiran. bukan provokasi :)



Dalam  setiap teori konspirasi...mesti ada yang dijadikan kambing hitam - John Doe  / Prison Break
hanya mereka yg tertentu shj faham ;)

Temuduga.SPA

Salam semua...

Bulan ni ramai yang dapat temuduga SPA kan? aka Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Aku pun terpilih untuk sekian kalinya. Walaupun udah beberapa kali dapat panggilan temuduga, akan tetapi

tiada ruang masa nak pergi. Kali ni panggilan temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27.

Jawatan ni untuk lepasan Diploma sebenarnya. Kalau ade kawan2 yang pernah temuduga jawatan ni, sila

kongsikan apa soalan penemuduga yg biasa ditanya.


Orang kata kerja kerajaan ni banyak kelebihan. Elaun itu elaun ini. Bagi aku kerja mana2 pun ok asal aku

suka dan bergembira dengan kerja tu :) .














* sekadar mencuba. kalau ade rezeki dapatlah :)