26 Aug 2010

Mencari diri....

Entah bagaimana, hati rasa sayu, hiba dan terkilan dengan diri. Rasa seperti jauh terpesong pada jalan-NYA. Rasa seperti bukan ini yang ingin ditakluk di dunia yang sementara ni. Setelah melawat beberapa blog. Takdir Tuhan telah menemukan ku dengan blog adik Nik Nur Madihah (http://kembaramencaridiri.blogspot.com/)
Semakin ku menelusurinya semakin rasa diri ini amat lah tidak sempurna dan jauh lalai. Mungkin segala apa yang berlaku di saat ini adalah ujian untuk menghapuskan dosa2. Aku cuba untuk melangkah ke arah yang lebih baik. Yang penting boleh membawa ke arah-Nya. Tidak kira apa sahaja orang sekeliling mahu fikir. Asal hati lebih tenang dan hidup lebih berkat. Bukan harta dunia yang ingin dicari. cukuplah Tuhan Redha atas segala pemberian dan pinjaman-NYA, segala nikmat-NYA (nikmat sihat, rezeki etc..terlalu banyak nikmatnya)
Kini aku melangkah lagi. Untuk meletakkan aku di tempat yang mungkin lebih baik bagi aku. Doakanlah moga2 langkah2ku tidak pincang dan sentiasa lurus ke arah-NYA. Semoga dipermudah segala...

No comments: