23 Feb 2012

Jahat,Ke,Kita???

Hari ni tido lewat bgn awal...sblm tidur smlm siap2 mintak dapat bgn awal. Alhamdulillah terbangun awal :) Hari ni mungkin tak sama macam hari semalam dan sebelumnya. Tapi Alhamdulillah, masih dapat rasa udara segar dan masih bernafas atas Izin-NYA. Rasa macam perlu diubah tabiat diri yang agak 'extrem' kt dunia ni. Tapi macam biasa, keadaan sekeliling agak mengewakan. Tapi sampai bila harus terusan begitu???

Semua bergantung pada diri sendiri. Tapi takpe. Kena slow2. Jahat ke aku? Masih lagi macam ni walaupun masih diberi peluang. Jahat ke aku, sentiasa janji tapi tak tepati? kena mecuba cara baru, tapi tak tahu macam mana. Mungkin dengan meninggalkan semua yang ada atau mungkin dengan cara seperti seawal dulu.

Kadang-kadang kalau sentiasa fikir apa yang orang fikir, kita seperti bukan diri kita. Hanya ikut orang dan telunjuk dunia, telunjuk manusia. Api boleh dipadamkan dengan air dan kejahatan itu boleh dipadamkan dengan ikhlas dan doa. Memang susah untuk teruskan. Tapi itulah, setiap perjuangan tak kira apa mesti ada ujian.

Saat ku tak terdaya, baru aku betul2 teringatkan DIA. Tak malukah aku?


p/s: Keluh hati kecil :'(


12 Feb 2012

Rasanya.Masa.Itu.Sudah.Nak.Sampai...

Hidup ini pasti ada tujuan kan. Kita lahir dan dijaga dari sekecil bayi hingga kita dewasa. Kita lalui alam remaja dan juga alam dewasa. Dari kita fikir hanya bermain, mengejar keseronokan dan arah tuju hidup. Kadangkala kita lalai (harap aku takkan terusan mcm tu...huhu) sbb nikmat dunia ni terlalu berat ujiannya. Kadangkala kita tahu dan sedar tapi tiada kekuatan untuk meneruskan. Persekitaran yang tidak memberi sebarang pedoman.

Dulu kita pernah bersekolah.Sedar2 sudah berada kat menara gading. Alih2 sudah dapat kerja dan bergaji besar. Tapi pernahkah kita puas? tentu tidak kan? sbb nikmat dunia ni mmg berat. Kita takkan pernah puas selagi ada hayat.

Pernah kah kita lihat dan menatap lama wajah warga emas, terutamanya ayah dan ibu kita? garis2 halus diwajah mereka, menunjukkan pengalaman2 dan hidup yang mereka pernah jalani ketika dulu. Mereka pernah jadi kanak2 kemudian remaja dan dewasa. Tentu sekali mereka pernah berada ditempat seperti mana yang kita ada sekarang. Bezanya cuma pada zaman.

Lalu, pernahkah kita lalui suatu kuburan. Terfikirkah kita, pada satu masa nanti kita juga akan melalui detik yang sama.Cuma masanya belum sampai. Mungkin hari ini, atau kejap lagi atau esok, kita tak tahu. Tapi apa yang kita nak bawa?Cukup tak bekalannya? Apa kesudahan kita nanti???...Tunggulah, bila masa itu dah smpai...Wallahua'lam...

Perkataan.Sama.Dengan.Perbuatan dan Personaliti?

Assalamualaikum...

Citer sal virus belum hbs lagi. Tapi ini bukan sambungan, sedikit sebanyak ada kaitan.
Tentu ramai antara kamu yang ada akaun facebook (eden pun ado....hehehe), dengan facebook dunia dah tiada sempadan dan dunia ni macam kecik jek. Aktiviti kawan2 dan sedara yang jadi kawan dalam facebook pun kita tahu. Bagus facebook ni kan.

Tapi yang tak bagusnya, dari segi penggunaan ke arah yang mungkin tak berapa ok.
Kadang2 tanpa memikirkan baik buruk pun kita kadang2 tersilap memberi komen atau post sesuatu yang mungkin memberi kesan dari sudut lain samada individu atau persepsi orang lain.

Kalau boleh, letak lah sesuatu perkataan yang positif dan membina. Ia hanyalah sekadar apa yang kita buat dan mungkin kita fikir. Kadang2 yang lepas geram pun ada. Apa yang kita tulis pun kadang2 tak terfikir yang ianya menunjukkan apa yang ada pada diri kita sbnrnya.

Apa pun selamat menggunakan facebook dengan jaya dan positif. Supaya apa yang kita luah akan jadi doa dan memberi manfaat kepada orang lain. Berilah sesuatu yang memotivasikan diri dan juga inspirasi....sebabnya sesuatu yang positif yang datang daripada sesuatu akan merebakkan kepada orang lain dan bila semua positif maka hati akan tenang dan sebaliknya.

Karma hidup, apa yang anda beri itu yang anda dapat.


p/s: aku pun try nk jadi sentiasa positif dan optimis walau dalam apa jua tekanan dan dugaan. sbb itu yg akan mematangkan diri.

4 Feb 2012

Apa itu VIRUS....

Kita mesti pernah dengan dengan perkataan VIRUS ni kan?
Kalau orang IT diorg ade virus computer. Kalau doktor pula dengan virus yang menyebabkan sakit yg pelik2 dan bahaya.

Apa itu virus komputer?

Virus komputer ni sebenarnya adalah software. Sebab komputer ni dibuat dengan bukan sahaja hardware (Mouse, RAM, Motherboard, Monitor etc) tapi juga software(Operating system, Words etc) yang mana memberi arahan kepada sesuatu komputer untuk bekerja.


Mana2 peralatan elektronik yang menggunakan OS mmg terdedah kepada VIRUS..banyak peralatan elektronik yang kita guna yang ada OS, contohnya Telepon bimbit, laptop, TAB..etc.


VIRUS yang canggih2 ni, mereka buat samada untuk merosakkan sistem trafik computer atau untuk mendapatkan sesuatu atasa kepentingan peribadi. Nak kata susah takde la susah untuk buat sesuatu VIRUS ni. Asal pandai manipulate code programming korang dah boleh buat virus. semuanya pasal programming jek. Buat satu software (igt software tu adalah satu arahan yg dicipta) bukan susah. Kalau kita ada asas programming pun dah boleh buat. Tapi untuk sekadar belajar sahaja bukan untuk menyusahkan orang ok :)...

Antivirus apa paling OK?

Pernah ditanya soalan ni? Sebenarnya kalau nak pakai mana2 antivirus pun takpe. Antivirus ni pun software juga. Tapi terbaik adalah antivirus yang selalu update dia punya virus definition. Antivirus sebenarnya software yang dibuat untuk detect seberapa banyak file atau suspected file yang berkemungkinan virus. Ia scan berdasarkan jenis format file. Kebiasaanya format .exe sebab format ini boleh melaksanakan apa2 arahan yang dibuat di dalamnya (executable)...


Nak cerita pasal ni tak habis....nanti sambung lagi ye :)

p/s: VIRUS yang nyata adalah IBLIS dan SYAITAN. Diorang ni dah janji untuk merosakkan manusia sejak zaman nabi adam lagi..so antivirus kita adalah dengan memperbanyakkan zikir, baca Al-Quran dan jangan tertinggal solat...InsyaALLAH...

Bila.Disedari.Diri.Disayangi....

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri