31 Aug 2010

scam, spam dan sewaktu dengannya...

Salam 2 all,

Mesti ada antara kamu yang penah dapat email kamu menang loteri ke, atau ada orang mitak tolong trasfer duit ke dan sebagainya. Mereka meminta maklumat korang beserta alamat, akaun bank, dan lain2.

Sekarang aku rasa cara mereka lebih halus lagi. Pernah tak korang menggunakan Mudah.MY. Bagi yang belum kenal apa itu laman web mudah, ia adalah web untuk mengiklankan barangan untuk kamu jual.

Dulu aku pernah nak jual barangan terpakai. Kemudian, selepas beberapa hari aku mendapat email, bukan satu tapi banyak daripada mereka yang daripada luar negara yang berminat untuk mendapatkan barangan tersebut iaitu sebuah kamera. Pada awalnya aku terfikir:

- kenapa perlu cari barang sampai Malaysia dan mengarahkan untuk menghantarnya kepada mereka. Sedangkan aku rasa ditempat mereka boleh dibeli dengan harga yang murah lagi walaupun baru

- keduanya mereka meminta maklumat seperti berikut.

However Kindly provide your bank details as below for the transfer of the money.

Account Name :
Bank Name :
Bank Address :
Bank Account :
Swift:
Telephone :
Country :

memang maklumat itu diperlukan untuk mereka transfer duit bagi pembelian barangan
tersebut. yang agak menghairankan aku, email lain juga meminta maklumat yang sama.
mereka sebenarnya ada muslihat lain. Mereka sebenarnya mahukan maklumat akaun korang.


Aku tak teruskan penjualan kamera itu. aku sebaliknya menjualnya dengan face to face dengan seorang pembeli dari KL.


P/S: APA SAHAJA YANG KAMU NAK BUAT FIKIR MASAK2 OK!!! JANGAN TERTIPU.

No comments: