12 Dec 2009

Jika itu Takdirnya

Setiap orang ada masalah masing-masing. Ade keinginan masing2 dan juga tabiat masing2.. Hari ini ade yang mengeluh sebab lambat jodoh..ada orang ni plak tak sabar2 nak bercerai..macam2 hal manusia ni kan. Tapi yang pasti semua itu adalah sebahagian daripada jalan2 ceritaa selama mana kita "berlakon" kat dunia ni.


Kalau dikutkan setiap yang berlaku ada hikmahnya bagi setiap yang berfikir. Jika si dara memikirkan bilakah dirinya akan disunting sang teruna lain pula halnya dengan si teruna yang banyak memikirkan bagaimana nak menambat hati si dia yang seakan-akan makin menjauh.

Tapi yang pasti setiap ujina yang Tuhan bagi adalah sesuai dengan kemampuan kita...
Sebab Tuhan takkan mengubah nasib seseorg melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.
Cari lah kekuatan dalam diri sendiri sekiranya yakin yang kita ini dilahirkan sebagai juara.

Sekiranya kita fikir apa yang kita ada, keluarga mahu pun kawan2 di sekeliling, fikirkan lah mereka2 yang langsung tiada. Bagi sesetengah golongan yang mungkin tiada upaya, hidup mereka seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Tapi masih lagi kita yang dikurniakan Tuhan upaya dan kudrat ni mengeluh panjang atas apa yang berlaku.. Jadi sentiasa la melihat sekeliling. ade dunia lain yang seksa menanggung hidup.

Jika dalam setahun Tuhan kurniakan kita sakit satu hari sahaja atau seminggu...tapai dalam 365/356 hari tu masih lagi banyak masa yang Tuhan beri keupayaan untuk kita tertawa, makan, minum, beraya, dan sebagainya...adakah masa untuk kita memikirkan betapa Tuhan itu Maha Kaya dan kita tidak mampu untuk melawan takdirnya.

Setiap yang berlaku ade sebab dan musabbabnya. yang penting hidup mesti diteruskan...hingga lah nanti kita mendapat "anugerah" pelakon terbaik atau pun tidak.

Sekian...

FH 09
11:36 pm
12 Dec 09