10 Nov 2014

Apa yang kita suka bukanlah yang terbaik untuk kita.



Kita akan pernah berada dalam situasi yang mana memerlukan kita membuat keputusan. Kebiasaannya kita memihak kepada apa yang kita suka. Kita yakin keputusan itu akan memihak kepada kita atau situasi menang-menang.

Sebagai contoh pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga. Zaman sekarang ni pilihan terletak pada anak-anak. Bukan lagi pilihan ibu bapa. Dalam hal ini, pilihan yang kita buat dan dengan pembawaan yang baik biasanya berakhir dengan baik dengan izin-NYA.

Bukan sahaja dalam hal rumah tangga, begitu juga perkerjaan, pembelajaran dan sebagainya yang memerlukan keputusan yang tepat untuk tidak disesali kemudian hari.


Ada antara kita mungkin sudah berada dalam zon selesa dan tidak mahu melepaskan "tapak" sekarang untuk melangkah ke zon lain. Walaupun zon baru itu mungkin lebih baik. Apa pun dalam mencari rezeki, harapan dan doa dengan keyakinan bahawa semua datang dari ALLAH. Setiap ujian dan segala onak duri adalah bertepatan dengan maksud hidup.


Apa pun kita buat, sentiasa ingat kepada Tuhan yang telah menentukan kemana langkah kita sesaat lagi atau di kemudian hari. Doa dan usaha sentiasa. InsyaALLH.