27 Dec 2011

Mencari.Kebenaran

Setiap hari, kita pasti mengalami satu perasaan. Sama ada sedar atau tidak, perasaan itu kadang kala boleh memberi kesan kepada orang lain. Sedih, gembira, geram, kecewa dan sebagainya. Ada orang melepas geram dengan pelbagai cara. Kadang kala cara mereka melepaskan geram itu begitu menonjol dan kadang kala ada yang memendam rasa sahaja.

Dengan kuasa teknologi yang ada pada zaman ini, blog, video dan rangkaian sosial dijadikan platfom untuk meluahkan segala yang terpendam. Tapi kita sebagai orang Islam sepatutnya tahu bahawa tempat bergantung harap dan rasa hanya pada Allah S.W.T. Doa merupakan senjata orang Islam. Tapi tak semua orang menyedarinya. Keluh kesah yang ada dilemparkan pada hal dunia hanya lah sementara. Dan yang Hakiki jarang sekali dipeduli. Kadangkala aku sendiri pun lalai. Dan aku cuba untuk perbetulkan diri. Perbetulkan segala yang aku tahu tapi aku tiada kekuatan untuk menjalankannya.

Kita selalu ego, terlalu bongkak dan sombong untuk menerima kebenaran yang terbentang. Sebaliknya diperkotakkan hal tersebut. Tidak konsisten dalam menjalankan syariat.
Mungkin terlalu cintakan dunia. Dunia semata-mata. Harap dapat mengambil peluang yang ALLAH sentiasa buka untuk orang yang sentiasa berfikir...

* muhasabah diri sendiri

7 Dec 2011

the true and the only...

We dont have to have a recognition for the things that we do...only God the Almighty as the true Judge


Published with Blogger-droid v2.0.1

6 Dec 2011

a day without my Samsung tab...but with my HTC flyer :)

Picture of my Samsung tab....


For me as as it android...then I go for it...



Published with Blogger-droid v2.0.1

15 Nov 2011

Bila difikirkan....

Malam ni tak dapat tido awal.Tunggu game penting...lawan team adik beradik top eleven manager...he2...

Tak tahu ler berapa ramai orang malaysia yg main game ni...

17 Aug 2011

Jika ini Ramadhan terakhir....

Pernah terfikirkah kita, jika setiap hari yang kita lalui adalah hari terakhir kita dalam dunia ini. Mungkin esok lusa, ajal datang menjemput...Ramadhan kali ini mungkin juga Ramadhan terakhir bagi kita. Apa yang sepatutnya kita buat?

Mengharapkan keampunan dari Tuhan, beribadat tiap malam dan sebagainya. Adakah itu mencukupi? Ku lihat ramai yang berpuasa. Ramai juga yang tidak. Yang berpuasa juga membuat maksiat apatah lagi yang tidak berpuasa. Jadi apa beza?


Yang pasti yang, hati dan Iman lah yang akan mengubah kedudukan diri seseorang itu. Samada mahu berubah atau tidak. Kerana rupa fizikal yang kita lihat mungkin tak dapat memberi gambaran sebenarnya apa yang tersirat dalam lubuk hati seseorang. Kerana hanya Tuhan Yang MAHA TAHU apa yang tersirat di lubuk hati manusia. Walaupun mereka itu teman baik kita, mereka itu keluarga kita, mereka saudara sesama Islam kita, yang pasti dalam lubuk hati mereka sahajalah penentu samada mereka itu di pihak kita atau tidak.

Jika ini Ramadhan terakhir, ku harapkan Tuhan memberikan kekuatan untuk meneruskan apa yang telah lama diperjuangkan oleh hati....ku harap ketakwaan bertambah dan lebih berkat untuk meneruskan hidup ini....

Seorang teman bertanya, kenapa masih solo lagi...

Seorang teman bertanya kenapa masih lagi solo, aku tiada jawapan yang bernas untuk diberikan. Kerana aku tak tahu bagaimana nak nyatakan apa yang sebenarnya ada kat benak pikiran aku. Lalu Tuhan beri jalan untuk aku sampaikan apa yang sebenarnya aku inginkan...lalu aku sampaikan kepada temanku itu melalui cerita dibawah. Satu cerita yang aku petik dari sebuah blog...

Aku tinggalkan cinta kerana Allah

Wahai teman-teman sekalian,

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa
dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh
apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada
saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya
khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa
saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya
sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan
disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh
hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk
dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping
hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh
mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting
wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak
dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk
itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa
syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah
orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian
tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari.
Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali
wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah
belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan
saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita
kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki
berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk
memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir
beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk
mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar.
Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah
perkenalan kami bermula.

Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa
mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya.
Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia
amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun
dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman
dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya
amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara
ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia
sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan
maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali
dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-
panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa
punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi
dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya,
itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan
orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata
walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang
perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua
itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu
siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya
bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping
saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan
respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih
dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang
boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok
semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah
lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan
rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak
pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu
daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan
menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut.
Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan
lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.
Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah
yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-
mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan
kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas,
ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa
suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi
akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu
perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya
sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan
saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat
saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing
right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is
permitted. But I know there's no relationship between male and
female except for what is very important and official between them.
So, may I know what kind of relationship you are having now and I
want to hear it from your mouth that it is legal in what you have
been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you
can never build it on what Allah has stated as wrong and proven
false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and
blessed family come from Allah, and you don't even have anything to
defend it as blessed if the first step you make is by stepping into
what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah
doesn't help you so, and you must know in every family that stands
until their dying day, they have Allah on their side. You can't
expect Him to help you if you did the wrong step from the very
beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu
kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan
kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang
dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia.
Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam
lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali
selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya
pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada
satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama
dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu
untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan
saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:

"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah
tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan
itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat
faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti
mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta
maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan
saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada
jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan
yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan
hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap
kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh
perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami
muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala
kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali
cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah
yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami
insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah
sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu
melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu
yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah
berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup
saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri
telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana
mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir
dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan
umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan
kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati
saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan
berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia
sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita
tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang
seumpamanya."

P/S: Tiada insan yang sempurna dalam dunia ini. Kecuali bagi yang ingin berubah. Bagi yang ingin mencari jalan untuk mengenali erti hidup yang sebenarnya...tapi perjalananku masih jauh untuk ke arah itu... :(

sumber: http://www.cetusansahabat.blogspot.com/

8 Aug 2011

Gempa Bumi vs Kiamat

Apa yang dimaksudkan dengan mimpi ngeri? adakah kamu jatuh dari tempat tinggi? kamu lemas? kamu terbakar...lepas tu kamu tersedar dengan nafas yang mencungap.

Itu semua pernah aku alami dalam mimpi aku...

Tapi semalam lagi....mengerikan...atau lebih suspend...

Aku mimpi kiamat / gempa bumi..

Aku hanya hanya dapat lihat bangunan-bangunan bergegar dan mula runtuh. Orang ramai lari bertempiaran..tak kira apa yang ada dengan mereka, semuanya ditinggalkan. semua ingin menyelamatkan diri tanpa memikirkan hal orang lain...AKU?


Aku hanya mampu memandang. aku seperti melihat satu skrin wayang yang menunjukkan betapa dasyatnya bila Bumi ini digoncangkan dengan Izin-NYA..

Itu hanya mimpi...aku dah rasa betapa dasyat...kalau dah sampai masanya yang benar....wallahua'lam..selamatkan kamu wahai Tuhan...

Pandulah kami dan beri kami kesempatan...

14 Jul 2011

Flaming Steamboat + Karaoke + ....Bowling lagi?

Walau hari ni cuti, ade je aktiviti yang perlu untuk isi jadual kebosanan :)...

Makan2 dekat Flaming Steamboat ngan rakan-rakan sekerja. Juga untuk meraikan rakan2 yang pernah bekerja tempat yang sama dan yang akan bertukar tempat kerja.


Lepas tu karaoke tak hengat dunia...nak main bowling tapi dah agka lewat dan dah nak tutup.

Esok pula training bowling lagi untuk perlawanan 20 July 2011 nanti. Harap kali ni akan lebih yakin. Agak banyak perlawanan dah masuk tapi time training ok jek. Masa lawan betul agak cuak..hahaha..pelik2


Tapi kali semacam yakin bleh menang punya..InsyaALLAH....

Harimau Rebah Di Tanah Sendiri

Agak mengecewakan namun semangat juang yang ditunjukkan memberi petanda bahawa masih ada banyak yang boleh diperbaiki. Walau perlawanan persahabatan, pengalaman itu penting buat Malaysia.

Rata-rata penyokong yang hadir seperti memihak kepada pelawat. Walau harimau malaya tak mampu menang tapi aku kagum dengan semangat juang yang ditunjukkan. TEruskan perjuangan Harimau Malaya...Ngauman mu pasti akan menyusul di Piala Dunia Impian...:)

9 Jul 2011

Kubaca.Kufaham.Kuhayati

KalamMu dalam kitabku selalu ku baca. Namun ku tak memahami apa yang Kau ingin sampaikan. Setelah ku fahami. hati gundah jadi tenang. Setiap persoalan dijawab. Hanya tinggal untuk dihayati dan diselami...


Aku perlu kuatkan tekad ini. Kuatkan semangat ini. Supaya terus dijalan-MU Ya Rabbi...

Mungkin

Tiba-tiba tak ku duga. Ku mungkin jatuh hati dengan ketabahan dan kejujuran mu. Tapi aku tak mampu nak ucapkan walaupun banyak kata yang aku perlu ungkapkan. Ini semua ujian. Walaupun kita pasti. Tapi selalu kita ignore sebab kita sebenarnya susah untuk terima kenyataan. Secara jujur kita tak boleh terima ketentuan (qada dan qadar) walaupun ianya sememangnya telah termaktub dlm destiny kita.

Mungkin kita ego. Mungkin kita tak mampu nak menghadapi kesulitan. Kita mudah lupa. asal cantik dimata manusia. Matlamat menghalalkan cara....

Kuning Yang 'Bersih'

Esok perhimpunan Bersih 2.0 bakal berlangsung. Dengar kata jam jalan nak ke KL. Aku jam ke tak ok jek sebab naik motor.he3...

Apa pun harap2 tiada kejadian yang tidak dingini berlaku.

Aku ingat nak pegi tengok keadaan macam mana esok. Adakah sama apa yang diwar-warkan atau sama dengan di momokkan.



p/s: Kalau sempat beli dslr aku dh pegi ..untuk amik gambar jek...:)

2 Jun 2011

Victorius for Vivacious

Gud job to all..we won the game :)
Published with Blogger-droid v1.6.8

29 May 2011

Kaku

Tepat jam 5.30am aku bertolak untuk ke tempat kije hari ni. Ade OT before work so kena pegi awal. Macam biasa ikut jalan DUKE.

Tgk macam ade roadblock...pepagi buta??Rupanya kemalangan...nampak polis jek terus teringat lesen aku dah nak tamat tempoh..huhu

Sedang aku melintasi kawasan kemalangan. Terlihat sekujur badan berselimutkan plastik hitam. Innalillah...seketika tgh bawak motor seram sejuk plak aku rasa. Pg2 waktu begitu sudah dijemput Illahi..terdetik dalam hati dan berharap selamat dalam perjalanan ke tempat kerja. Harap dipanjangkan umur. Kerana dosa2 terlalu banyak untuk ditebus. Ntah bagaimana pelbagai perkara terdetik dalam hati.

Sampai tmpt kerja terus ke surau untuk solat Subuh. Sudah agak lewat...
Semoga esok dan lusa dan seterusnya dipermudah oleh-MU atas segala urusan. ...AMIN

23 May 2011

Kalut


Dalam kalut semua jadi tak menentu...masa depan dan masa belakang jadi terumbang ambil.

Dengar lagu Maher Zain, InsyaALLAH...ada jalannya. Mungkin Tuhan lebih tahu apa yang sebenarnya perencanaan hidup kita.


8 Mar 2011

old.does.not.means.old..but.experienceD

Published with Blogger-droid v1.6.7

Momentom cOntinuE

It's not bout CARLO, it's not bout striker or defend...it's a bout the Spirit...it's a bout CHELSEA..:-P
Published with Blogger-droid v1.6.7

crush?

Just another crush...artwork ;-)
Published with Blogger-droid v1.6.7

Viva family :-P

New team new moon new energy and hope .:-P
Published with Blogger-droid v1.6.7

13 Feb 2011

looking forward a better life...

How To Motivate Yourself – Self Motivation

Staying motivated is a struggle — our drive is constantly assaulted by negative thoughts and anxiety about the future. Everyone faces doubt and depression. What separates the highly successful is the ability to keep moving forward.

There is no simple solution for a lack of motivation. Even after beating it, the problem reappears at the first sign of failure. The key is understanding your thoughts and how they drive your emotions. By learning how to nurture motivating thoughts, neutralize negative ones, and focus on the task at hand, you can pull yourself out of a slump before it gains momentum.

Reasons We Lose Motivation

There are 3 primary reasons we lose motivation.

  1. Lack of confidence – If you don’t believe you can succeed, what’s the point in trying?
  2. Lack of focus – If you don’t know what you want, do you really want anything?
  3. Lack of direction – If you don’t know what to do, how can you be motivated to do it?

How to Boost Confidence

The first motivation killer is a lack of confidence. When this happens to me, it’s usually because I’m focusing entirely on what I want and neglecting what I already have. When you only think about what you want, your mind creates explanations for why you aren’t getting it. This creates negative thoughts. Past failures, bad breaks, and personal weaknesses dominate your mind. You become jealous of your competitors and start making excuses for why you can’t succeed. In this state, you tend to make a bad impression, assume the worst about others, and lose self confidence.

The way to get out of this thought pattern is to focus on gratitude. Set aside time to focus on everything positive in your life. Make a mental list of your strengths, past successes, and current advantages. We tend to take our strengths for granted and dwell on our failures. By making an effort to feel grateful, you’ll realize how competent and successful you already are. This will rejuvenate your confidence and get you motivated to build on your current success.

It might sound strange that repeating things you already know can improve your mindset, but it’s amazingly effective. The mind distorts reality to confirm what it wants to believe. The more negatively you think, the more examples your mind will discover to confirm that belief. When you truly believe that you deserve success, your mind will generate ways to achieve it. The best way to bring success to yourself is to genuinely desire to create value for the rest of the world.

Developing Tangible Focus

The second motivation killer is a lack of focus. How often do you focus on what you don’t want, rather than on a concrete goal? We normally think in terms of fear. I’m afraid of being poor. I’m afraid no one will respect me. I’m afraid of being alone. The problem with this type of thinking is that fear alone isn’t actionable. Instead of doing something about our fear, it feeds on itself and drains our motivation.

If you’re caught up in fear based thinking, the first step is focusing that energy on a well defined goal. By defining a goal, you automatically define a set of actions. If you have a fear of poverty, create a plan to increase your income. It could be going back to school, obtaining a higher paying job, or developing a profitable website. The key is moving from an intangible desire to concrete, measurable steps.

By focusing your mind on a positive goal instead of an ambiguous fear, you put your brain to work. It instantly begins devising a plan for success. Instead of worrying about the future you start to do something about it. This is the first step in motivating yourself to take action. When know what you want, you become motivated to take action.

Developing Direction

The final piece in the motivational puzzle is direction. If focus means having an ultimate goal, direction is having a day-to-day strategy to achieve it. A lack of direction kills motivation because without an obvious next action we succumb to procrastination. An example of this is a person who wants to have a popular blog, but who spends more time reading posts about blogging than actually writing articles.

The key to finding direction is identifying the activities that lead to success. For every goal, there are activities that pay off and those that don’t. Make a list of all your activities and arrange them based on results. Then make a make an action plan that focuses on the activities that lead to big returns. To continue the example from above, a blogger’s list would look something like this:

  1. Write content
  2. Research relevant topics
  3. Network with other bloggers
  4. Optimize design and ad placements
  5. Answer comments and email
  6. Read other blogs

Keeping track of your most important tasks will direct your energy towards success. Without a constant reminder, it’s easy to waste entire days on filler activities like reading RSS feeds, email, and random web surfing.

When my motivation starts to wane, I regain direction by creating a plan that contains two positive actions. The first one should be a small task you’ve been meaning to do, while the second should be a long-term goal. I immediately do the smaller task. This creates positive momentum. After that I take the first step towards achieving the long-term goal. Doing this periodically is great for getting out of a slump, creating positive reinforcement, and getting long-term plans moving.

It’s inevitable that you’ll encounter periods of low energy, bad luck, and even the occasional failure. If you don’t discipline your mind, these minor speed bumps can turn into mental monsters. By being on guard against the top 3 motivation killers you can preserve your motivation and propel yourself to success.



source: http://www.pickthebrain.com/blog/how-to-motivate-yourself/

9 Feb 2011

15 Pintu Syaitan & 15 Pintu Menghalang Syaitan Dalam Diri

peringatan utk diri sendiri

Posted: 02 Feb 2011 07:39 PM PST

Bismillahirrahmanirrahim.....

15 Pintu Syaitan Yang Ada Dalam Diri Kita.

  1. Pintu Marah.
  2. Cinta Dunia.
  3. Enggan menghadiri majlis ilmu.
  4. Panjang angan-angan.
  5. Rakus.
  6. Bakhil.
  7. Suka pujian.
  8. Riak.
  9. Ujub (mengagumi diri sendiri).
  10. Takut & Gelisah.
  11. Buruk Sangka.
  12. Memandang Rendah orang lain.
  13. Suka pada dosa.
  14. Merasa aman dr pembalasan Allah.
  15. Putus Asa dari rahmat Allah.

15 Senjata Menghalang Syaitan

  1. Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik).
  2. Banyakkan berzikir.
  3. Banyakkan Beristigfar.
  4. Baca “la i’ la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min”.
  5. Jangan tidur berseorangan.
  6. Baca doa pagi dan petang.
  7. Bersugi.
  8. Melaksanakan solat jemaah.
  9. Berwudhuk sebelum tidur.
  10. Menutup aurat.
  11. Membaca doa masuk tandas.
  12. Banyak berselawat pada hati.
  13. Bertaubat, beristighfar.
  14. Banyakkan baca Al-Quran.
  15. Membaca surah Yassin setiap pagi.

Wallahualam.....

masih banyak teman-temanku di sini menemaniku...

Semalam cuti seharian p genting. lama dah tak p. best jugak dpt kuar ngan geng2 tmpt kije. ..wlpn tak sume dpt p tp puas hati la. penat tp seronok. walaupun pd mulanya mcm tak jadi dan mcm nk ajak p berperang...hahaha

gaduh2 dlm email then kemudian sume setuju nak p genting.

lepas ni kemana plak ye...??? emmm

4 Feb 2011

kontrak.hidup

bila bgn je dari tdo yg lena...alamak! terlewat nk p keje...alamak! hujan, abes kain aku jemur...alamak! itu alamak ini...tp satu yg kita jarang fikir...bila tdo tp tak bgn2...

so far mmg still bgn la kan. tp sekiranya TAK!???...mkin dh berada di alam lain. tp mungkin Tuhan masih nak aku fikir tentang hal itu. byk perkara yg aku dh lalai. ttp aku masih cuba utk perbaiki diri.

aku kije ade kontrak. tp bila performance ok sume jadi tetap. tp Tuhan bagi aku kontrak hidup. FREE OF CHARGE...xde access fee xde commitment fee dan sume2 fee pun xde. segala mcm yg ade kt badan aku, apa yg aku lihat rasa sumenya free. Yg Tuhan nak hanya satu. jadi khalifah di muka bumi ni dan jalankan syariat yg sepatutnya.

mkin kita sume sdr akan hal itu tp kudrat utk teruskan apa yg telah diwariskan kepada Nabi2 aka Messenger yg beratus ribu sebelum ni tiada. tp Tuhan tak membebankan kita utk igt sumenya. hanya 25 org saje. syukur juga kita jadi umat Nabi akhir zaman dan terakhir iaitu Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W...sehingga ke akhir hayat baginda pun masih lagi igt akan umatnya...Ummati! Ummati! Ummati! (umatku)...tp kita jarang sekali nk berselawat ke ats baginda bila saje namanya disebut.

sakit nk mati tu bgai ditusuk 300 pedang. tp aku tercucuk jarum pun terasa bisa dan ngilunya. mcm mana ye. mkin senang lalai sbb hiburan. tp takkan nk jadi mcm ummat nabi2 yg seblm kita. dihancurkan ALLAH atas kelalaian...huhu


smpai bila nk jd cmni agaknya...kena perbetulkan diri sendiri sblm betulkan org lain. tp dlm masa sama berkongsi informasi...

yg pasti kejayaan itu bknlah dgn byknya harta, wang, tp hati yg bersih yg sentiasa TAQWA kpd-NYA...sbb mati nanti hanya kafan shj menyelimuti diri.

sampai.kapan

skg dh masuk bln ke-2 thn ni. maknanya skg aku dh berada dlm bulan February. Bulan kelahiran aku dan juga kembar aku.

dah berbelas kad jemputan kawin aku tima tapi tak semua aku dpt p. maklum la kalu kije shift ni. tak tentu masa. kadang2 hari pun dah lupa. hahaha.

agaknya masa utk memulakan biz sendiri sudah sampai. klu kije siang malam tp utk biz sendiri rasanya lagi berbaloi. plan aje memanjang. bila nk mula tak tau.he3

apa pun planning tu penting juga. mungkin ini la masanya.

tapi sejak dua menjak ni asyik tima kad jemputan kawin aje. empunya diri tak tahu lagi bila. haha..

benci dgn soalan cepu mas itu...alasan spt biasa belum ade jodoh..haha

wlpn sbnrnya tengah menunggu orang dari seberang laut pulang dulu. baru decide...emm...penantian itu satu penyiksaan...only for those yg bkn penyabar...haha
agaknya aku ni penyabar juga orangnnya...:P

29 Jan 2011

Gitar oH GiTar...

nampak senang tp susah jgk klu baru nk belajar petik gitar. kwn aku penah ckp gaya aku main memang ade bakat. tp itu dulu2 punya thun...haha

passion aku asyik tukar2 aje..donno la mana satu aku nk kena set kan dlm aku punya life..
harap2 dpt la apa yg aku nak...

jgn berhenti berharap

kerana putus asa itu bukan di ajar oleh agama..chayok