18 Dec 2008

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah

Source: http://weirdaleep.kbc.my/?p=387

(cuma sbg maklumat...betul salah terpulang pada empunya diri) :-)

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..hasilnya..

2: Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalamdiri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini andaakan menjadi seorang yang berguna..“

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.


JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.* Pandai mengambil hati orang lain.* Pendiam kecuali telah dirangsang.* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.* Cukup sayang pada kanak-kanak.* Suka duduk di rumah.* Setia pada segala-galanya.* Perlu belajar kemahiran bersosial.* Sifat cemburu yang sangat tinggi


FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.* Bijak dan pintar* Berpewatakan yang mudah berubah.* Mudah menawan orang lain.* Agak pendiam.* Pemalu dan rendah diri.* Jujur dan setia pada segalanya.* Keras hati untuk mencapai matlamat.* Tidak suka dikongkong.* Mudah memberontak apabila dikongkong.* Suka kegiatan yang lasak.* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.* Mudah mempamerkan marahnya.* Tidak suka benda yang remeh-temeh.* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.* Sangat berani dan suka memberontak.* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.* Pemerhatian yang tajam.* Suka hiburan dan sukan.* Suka benda yang bersifat seni.* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.* Belajar untuk mempamerkan emosi


MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.* Mudah didampingi.* Sangat pemalu dan pemendam rasa.* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.* Suka pada kedamaian.* Sangat peka pada orang lain.* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.* Tidak cepat marah dan sangat amanah.* Tahu membalas dan mengenang budi.* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.* Suka berangan-angan.* Suka melancong.* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.* Kelam kabut dalam memilih pasangan.* Suka dengan hiasan rumahtangga.* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan


APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.* Punya daya mental yang sangat kuat.* Suka diberi perhatian.* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.* Sangat berani dan tiada perasaan takut.* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.* Emosi cepat terusik.* Cuba kawal perasaan.* Kecenderungan bersifat pendendam.* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.* Kuat daya ingatan.* Gerak hati yang sangat kuat.* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.* Sangat cemburu dan terlalu cemburu


MEI

* Keras hati & tegas.* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.* Pemikiran yang tajam.* Mudah marah apabila tidak dikawal.* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .* Perasaan yang amat mendalam.* Cantik dari segi mental & fizikal.* Tidak perlu dimotivasikan.* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.* Mudah dipujuk.* Bersikap sistematik (otak kiri).* Suka berangan.* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.* Daya khayalan yang tinggi.* Permikiran yang tajam.* Pandai berdebat.* Fizikal yang baik.* Kelemahan sistem pernafasan.* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.* Tidak berapa suka duduk di rumah.* Tidak boleh duduk diam.* Tidak punya ramai anak.* Rajin dan bersemangat tinggi.* Agak boros


JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.* Mudah ditawan kerana sikap baik.* Berperangai lemah lembut.* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.* Idea yang terlalu banyak di kepala.* Bersikap sensitif.* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.* Bersikap suka menangguh-nangguh.* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.* Cepat marah & cepat sejuk.* Suka bercakap & berdebat.* Suka buat lawak & bergurau.* Otaknya cerdas berangan-angan.* Mudah berkawan & pandai berkawan.* orang yang sangat tertib.* Pandai mempamerkan sikap.* Mudah kecil hati.* Mudah kena selsema.* Suka berkemas.* Cepat rasa bosan.* Sikap terlalu memilih & cerewet.* Kurang mempamerkan perasaan.* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.* Suka pada barang yang berjenama.* Mudah menjadi eksekutif.* Kedegilan yang tidak terkawal.* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.


JULAI

* Sangat suka didamping.* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.* Agak pendiam kecuali dirangsang.* Ada harga dan maruah diri.* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.* Sangat menjaga hati orang lain.* Sangat peramah.* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.* Berjiwa sentimental.* Jarang berdendam.* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.* Tidak suka benda remeh-temeh.* Membimbing cara fizikal dan mental.* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.* Layanan yang serupa terhadap semua orang.* Tinggi daya simpati.* Pemerhatian yang tajam.* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.* Mudah dan rajin belajar.* Suka muhasabah diri.* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.* Suka mendiamkan diri.* Suka duduk di rumah.* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.* Tidak agresif kecuali terpaksa.* Lemah dari segi kesihatan perut.* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.* Minta disayangi.* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.* Terlalu mengambil berat.* Rajin dalam membuat kerja


OGOS

* Suka berlawak.* Mudah tertawan padanya.* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.* Berani dan tidak tahu takut.* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.* Pandai memujuk orang lain.* Terlalu pemurah & bersikap ego.* Nilai harga diri yang sangat tinggi.* Dahagakan pujian.* Semangat juang yang luar biasa.* Cepat marah & mudah mengamuk.* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.* Sangat cemburu.* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.* Cepat berfikir.* Fikiran yang berdikari.* Suka memimpin & dipimpin.* Sifat suka berangan.* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.* Belajar untuk bertenang.* Sikap kelam kabut.* Romantik, pengasih dan penyayang.* Suka mencari kawan


SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.* Sangat cermat, teliti & teratur.* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.* Pendiam tapi pandai bercakap.* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.* Sangat sensitif yang tidak diketahui.* orang yang banyak berfikir.* Daya pentaakulan yang baik.* Otak bijak & mudah belajar.* Suka mencari maklumat.* Kawal diri dari terlalu mengkritik.* Pandai mendorong diri sendiri.* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.* Suka sukan, hiburan & melancong.* Kurang menunjukkan perasaannya.* Terluka hatinya sangat lama disimpan.* Terlalu memilih pasangan.* Sukakan benda yang luas.* Bersistematik


OKTOBER

* Suka berbual.* Suka orang yang sayang padanya.* Suka ambil jln tengah.* Sangat menawan & sopan santun.* Kecantikan luar & dalam.* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.* Sentiasa berkawan.* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.* Cepat marah.* Macam pentingkan diri sendiri.* Tidak menolong orang kecuali diminta.* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.* Tidak suka terima pandangan orang lain.* Emosi yang mudah terusik.* Suka berangan & pandai bercakap.* Emosi yang kelam kabut.* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).* Suka melancong, bidang sastera & seni.* Pengasih, penyayang & lemah lembut.* Romantik dalam percintaan.* Mudah terusik hati & cemburu.* Ambil berat tentang orang lain.* Suka kegiatan luar.* orang yang adil.* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.* Mudah patah semangat


NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.* Berfikiran kehadapan.* Berfikiran unik dan bijak.* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.* Pemikiran yang tajam.* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.* Sesuai jadi seorang doktor.* Cermat dan teliti.* Personaliti yang dinamik.* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.* Terlalu degil dan keras hati.* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.* Tak suka marah kecuali digugat.* Mudah ambil berat terhadap orang lain.* Pandai muhasabah diri.* Cara berfikir yang lain dari orang lain.* Otak yang sangat tajam.* Pandai mendorong diri sendiri.* Tidak hargai pujian.* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.* Cuba sampai berjaya.* Badan yang sasa.* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.* Suka duduk d irumah.* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.* Bercita-cita tinggi.* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.* Bersifat patriotik.* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.* Bercita-cita tinggi.* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.* Seronok bila didampingi.* Suka bercampur dengan orang.* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.* Tidak pandai berpura-pura.* Cepat marah.* Perangai yang mudah berubah-ubah.* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.* Benci pada kongkongan.* Suka berlawak.* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

30 Nov 2008

A Happy Convocation Day!!!






(qira (my lil bro's friend), mar, me, n my lil bro)



Konvokesyen pun sudah berakhir dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ade sedikit kekalutan pada mulanya.hu3....


Thanks for all...for coming...my mom, my sis (kak chik, eilah and teh ani), my bro n lil bro (Abe sid, Lah, Man n Kudin) , and my sis in-law (kak Ida) n anak sedara (Arif, Faris n Akil)...


Kawan2 sume maaf la x sempat nak bergambar dgn korg....Nga family pun dah berjam-jam...maklumla gua punya family bleh buat team bola dah...he3.


See you when I see you (mcm penah dgr tagline ni...mahani punya tagline asanya. pinjam ye.he3)...


Tataaaaa............wslm

19 Nov 2008

Congratulations and Condolences

Here I'm again in the mood of....."Happiness & Sympathy".

Well, I would like congrat to all my dear friends for the convocation and may have a good life of a new beginning. This special wishes goes to my beloves one Samsimar and my family that give me support untill I can manage to finish the studies. Also to all my friends Murhazlan, Lukman, Izzat, Munirah, Jijo, Mahani, Zulfakar, Fieza, Rozi, Aie, Fendi, Zue, Ummi, Huda, Azhari and all others.

Here also I would like to state for condolences for Jijo and Mun coz of both their father had passed away. Also Zulfakar bcoz of his Tok Ki had pass away and he does not manage to come for the convocation. Life like that. We must be more patient for the hard time.

Anyway.....best of luck for all of us.

18 Nov 2008

Rehearsal.....

Date: 17.Nov.08
Time: 8.00am - 2.00pm

Arini aku p raptai konvo kat Uitm punya main kampus shah alam. dah ramai org. aku rasa dah awl sgt aku p. org ke sana kemari mencari kaunter yang aku sendiri pun xtau mana satu.he3. rupanya kaunter blum dibuka. tunggu punya tunggu aku pun tertunggu-tungu la jadinya.

dlm aku duk tunggu2 tu. terdengar jugakla yg mengeluh pe sume. tp satu ni yg aku paling igt...
aku rasa dia ni pelajar Sarjana or PHD kut. bkn mengeluh kira macam betul jgk la apa yg dia ckp kan kat kawan2 dia...ayat dia lebih kurang mcm ni...

"ala setakat konvokesyen tu bukan bermakna kita dah berjaya, tu cuma kita dapat capai satu lagi stage...yg betul2 berjaya adalah kita berjaya dalam life kita"...

bunyinya mcm betul la apa yg dia ckp tu. aku pun setuju....

then aku sambung menunggu n tgk org lalu lalang....

ade yg jumpa kawan2, berpeluk-peluk..mkin lama x jumpa kut, ada yg menunggu di tangga dan ade juga yg p bank, pejabat post...
aku dpt msg dari kawan (kawan a.k.a bakal isteri...he3) aku then aku tunggu dia lak...jumpa je terus kitorg beratur sama2.barisan terus memanjang tp alhamdulillah sekejap je. lps amik jubah terus keluar.

harap2 konvokesyen nanti dipermudahkan segala urusan oleh-Mu Ya Tuhan.Amin




8 Nov 2008

Open HouSe + Jalan2 Tak Tentu Pasal

Tarikh: 8 Nov 2008
Masa: Selepas Maghrib
Lokasi: Batang Berjuntai, Ijok


...Kenyangnya. Hari ni p umah Nanthini. Ofis mate aku. Mak dia masak...pergh! sedap...masakan melayu plak tu. sampai kenyang aku makan. tp sayang aku dgn Roy je datang (plus awek Roy) so 3 org. Murali, Eric, Azman, Junaidi and Mr. Dicky x datang. Aku dah la rabun malam. Boleh sesat lak kat Taman Sri Cahaya. Nak p kat Taman Sinaran.Hu3. Nasib baik la Nan call (nick name for Nanthini). Walaupun aku takdak lesen tapi aku buat slumber je naik mtr td...cuak jgk bila lalu dpn balai polis juntai...nasib baik la xde operasi mlm ni......

--------------------

Then aku singgah kedai sat...tgk bola..MU vs Arsenal. MU ketinggalan 1-0 asanya masa aku blah tu. Nasri score asanya....Lepas minum p cc lak.. so sbb tu aku dapat taip cite ni..he3

22 Oct 2008

Konvokesyen

Sekali lagi pegi konvo.....kali ni utk degree plak...
tak sangka lak aku dpt grade dgn jayanya....

tp ade sedikit menyesal sbb x dpt belajar nga elok sbb asyik masalah je....
neway ALHAMDULILLAH.....dapat grade on time

yg penting ilmu aku dpt.

HAPPY GRADUATION DAY TO ALL MY FRIENDS!!!

p/s: sblm 17 Nov 08 pastikan yuran dibayar...17Nov kena amik jubah konvo
21hb Nov dah konvo.....................wslm

Selepas Hari Sabtu Yang Memboringkan.....

alamak! mana gue punya wallet.....

sekali sudah hilang wallet kat cc lak...mitak tgk cctv diorg x kasi

terus esok tu (ahad) p balai polis gombak buat report..


penat jugak nak ke sana sini semata-mata kehilangan dompet....

mitak cuti nga boss p buat IC, buat kad bank, buat itu buat ini....

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar............


p/s: beware of pick-pocket.....where ever you are

11 Oct 2008

Hari Sabtu yang memboringkan...

Tarikh: 11 Okt 08 Masa: dari subuh hingga ke malam

Aku arini x pk nak p mana pun. duk umah je..tup2 rasa nak balik gombak kejap...lps subuh dah siap kemas...akak ipar hantar ke stesen bas ijok...naik bas p pudu...then naik bas lagi pegi sentral...

....Sebelum smpai Pudu
---Polis buat road block plak...nasib baik la x lama...cuma mat pendatang asing yg disuruh turun dari bas...


Sampai pudu nek bas p sentral lak.....smpai sentral naik LRT p Taman melati...then naik teksi plak p Kuarters Balai Polis Gombak (Umah akak aku tinggal nga suami dia)....


...Asa penat aku tdo lak...(actually tertido...he3)

then aku msg bro lah datang amik...then pergi jumpa itu uncle low (actually p plaza low yat :-)...)


then p pasar seni (CM) ....tgk Kami the GIG...mak oi ramainya org 'gila' aku jumpa....

tp sayangnya x bawak camera...klu x bleh la jgk buat koleksi....ha3....

anak2 muda kita dah rosak...p tgk konsert bagai org 'gila' ...menari ntah apa2....katanya sokong band tempatan....underground band....tp lagaknya macam 'semacam je'....hu3

aku x ikut cuma nk experience pebenda la sgt yg dibanggakan dgn band tu sume..

pil, arak....itu yg diorg 'taruk'....sebab tu la menari smpai berpeluh pun xkisah...sume larat x kira laki ke pompuan....Astaga.....aku betul2 rasa....rasa sesuatu yg amat kesal dgn apa yg aku tgk.....


ini ke Malaysia....yg dibanggakan dengan sebuah negara Islam....ditengah bandarnya maksiat mcm biasa je....

p/s: aku bkn mengata atau mengutuk tp itu la hakikatnya....lu pk la sendiri (tagline nabil ni bleh dipakai jgk kdg2)............(T_T).....adios

10 Oct 2008

HAi ALL......

Sudah lama aku tak membebel kat sini. Alhamdulillah sekarang aku sudah kerja. Rasanya baru je dapat keje sedar-sedar sudah hampir tiga bulan aku keje. cepatnya masa berlalu. kesempatan ini juga aku nak ucapkan selamat menempuh hidup baru untuk sume kengkawan yang kenal aku. yg terlupa nak wish selamat hari raya aku ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin. ...anything nk kongsi cerita ke apa just let me know...email kan kat aku di ambo3224@yahoo.com.my atau ym aku kat ambo3224 (yahoo messenger).......

p/s: sharing is caring..............

22 Apr 2008

As we go on.....



"As we go on we remember, all the time we had together........"

Good Luck....See you all !!!

25 Mar 2008

Cinta sejati tumbuh selepas akad nikah...

SAYA mengagumi seorang jejaka yang juga pemimpin pelajar kerana sikapnya yang tidak ego dan menghormati wanita. Kami pernah bertemu dan berbual. Sejak itu, saya berasakan perasaan aneh yang menurut rakan, itulah cinta. Adakah bercinta itu salah? Apakah perspektif Islam mengenai cinta.

Siti Murni
Bandar Baru Uda, Johor.

——————

CINTA adalah sebahagian daripada fitrah manusia. Cinta memang sudah ada dalam diri kita. Bersyukurlah orang yang diberi cinta dan mampu menyingkap rasa cinta dengan tepat dan menurut syariah.

Bercinta tidak salah jika diniatkan untuk menuju alam perkahwinan yang diredai Allah. Nabi Muhammad SAW meninggalkan resipi cinta yang diriwayatkan Abdullah bin Mas’ud: “Wahai generasi muda, barang siapa di antara kalian mampu serta berkeinginan untuk bernikah. Kerana sesungguhnya pernikahan itu dapat menundukkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Dan barang siapa di antara kalian belum mampu, maka hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat menjadi penghalang untuk melawan gejolak nafsu.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, dan Tirmidzi)

Apabila kita sudah membetulkan niat, maka kita mesti menjadikan diri kita ‘salihah’ supaya orang yang salih akan datang menemui kita atau ditemukan Allah. Kita wajib ingat bahawa jodoh adalah ketentuan Allah, manusia hanya boleh merancang tetapi Allah yang menentukan. Kita cuma dapat berusaha mencari jodoh yang baik menurut Islam.

Firman Allah yang bermaksud: “Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita, anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik.” (Surah al-Imran, ayat 14)

Cinta paling tinggi martabatnya adalah cinta kerana Allah, kita bertemu dan berpisah kerana Allah. Pakar psikologi, Prof Madya Dr Mat Saat Baki, pernah menulis: “Cinta itu berkembang. Kita tidak jatuh cinta. Cinta pandang pertama adalah satu mitos. Sebenarnya perasaan cinta itu berkembang dari semasa ke semasa. Lebih lama kita memahami, mengenali seseorang itu, akan lebih dalam perasaan cinta. Namun, menurut beberapa kajian dan perkongsian pengalaman, ternyata cinta pertama tidak diperlukan sebagai asas kebahagiaan tetapi boleh membantu untuk mencapai kebahagiaan.”

Tetapi jika tidak berhati-hati, cinta boleh membutakan mata hati kita. Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: “Hendaklah kita benar-benar memejamkan mata dan memelihara kemaluan, atau nanti Allah benar-benar akan menutup rapat matamu.” (Hadis riwayat Tabrani)

Cinta yang selalu menjadi dugaan dan membawa padah ialah cinta yang cenderung kepada maksiat. Cinta yang semakin menggelorakan hawa nafsu, makin berkurang rasa malu dan akhirnya terlanjur. Inilah paling merbahaya. Dari sinilah bermulanya fenomena cinta terlarang, seks tanpa nikah yang merosakkan generasi dan mencemar keturunan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah Al Isra’, ayat 32)

Islam tidak melarang atau mengekang manusia daripada rasa cinta tetapi mengarahkan cinta berjalan di atas landasan yang menjaga martabat kehormatan, baik wanita mahupun lelaki. Jika kita jatuh cinta, perlu berhati-hati kerana seperti minum air laut, semakin diminum semakin haus. Cinta yang sejati adalah cinta yang tumbuh selepas akad nikah.

Cara untuk mengendalikan rasa cinta adalah dengan menjaga pandangan, tidak berkhalwat atau berdua-duaan dalam bentuk apapun dan tidak saling bersentuhan apatah lagi bercium dan berpelukan, memang jelas haramnya.

Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Janganlah seorang lelaki dan wanita berkhalwat (berduaan di tempat sepi), sebab syaitan menemaninya, janganlah salah seorang daripada kalian berkhalwat dengan wanita, kecuali disertai dengan mahramnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika bimbang keterlanjuran cinta, alihkan rasa cinta itu kepada Allah dengan membanyakkan selawat, zikir, istighfar dan solat sehingga kita tidak diperdayakan oleh nafsu. Jika kita tewas, nafsu yang akan memperdayakan kita.

Jawapan disediakan oleh Endok Sempo M Tahir, Ahli Jawatankuasa Wanita JIM Pusat. Segala persoalan dan jawapan yang lalu boleh dilayari di www.bicarakalbu.blogspot.com

Kasih Sayang


KASIH SAYANG
by: 6ixt Sense

Kasih sayang
Terlalu indah untuk di kenang
Selamanya
Takkan pernah kau buang

Kasih sayang
Tiada pernah kenal usia
Tua muda
Akan menikmatinya

Namun jangan engkau lupa
Akan akibat masa nanti
Engkau dapat menderita
Karena terlena rasa cinta aaa...

Kasih sayang
Terlalu pahit dan menyakitkan
Dan membuat
Remaja patah hati

Kasih bersemi

Namun jangan engkau lupa
Akan akibat masa nanti
Engkau dapat menderita
Karena terlena rasa cinta aaaa..

Kasih sayang
Terlalu pahit dan menyakitkan
Dan membuat
Remaja patah hati
Remaja patah hati

20 Mar 2008

Maulidur Rasul

"Rasulullah
dalam mengenalmu
kami susuri lembaran sirahmu
pahit getir perjuanganmu
membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan perjuanganmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya"


JUNJUNGAN MULIA...

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh saa'adah
Bermulalah sebuah kisah



Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat yang saa'adah


Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama



Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti


Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

--------------------------------------

It has been created this history,
At the holy land of Makkah
What a holy day full of happiness
This tale thus began.

On the Monday eve, on an enchanting dawn
On a bright day of 12 Rabiul Awal
20 April, in the Year of Elephant,
A child was born, such happiness

Abdullah was his father's name
Siti Aminah was his mother
Full of joy and happiness at his birth
On receiving a remarkable son

Muhammad was his given name
The most praised one that is the meaning
All were very grateful to Allah's blessings
On receiving a son full of good deeds

Raised as an orphan this holy son
His birth radiated lights
The gloomy world became glorious
On receiving the holy one

29 Feb 2008

Pilihan Raya Umum 2008

Jom Pakat Balik Mengundi....

Kepada mereka-mereka yang sudah cukup umur dan berakal...mari la kita sama-sama menjalankan tangunggjawab sebagai pengundi....




p/s: INGAT!!! UNDI ANDA ADALAH RAHSIA!

ni la first time aku balik mengundi...sbb baru bleh mengundi... :-)

Bicara Siswa: Remaja lagak dewasa

Source: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Bestari/20080225121409/Article/indexv_html

Aksi, percakapan, berpakaian dan bersolek sebilangan pelajar seperti orang dewasa sedangkan kemampuan tidak seberapa


Lihat pada gaya, memang nampak sudah matang, tapi pemikiran pula sebaliknya, menyebabkan mudah kecundang.

Jika golongan dewasa boleh berfikir secara mendalam sebelum membuat keputusan, remaja pula terlalu mengikut emosi dan kata hati.

Kenapa remaja suka melangkaui masa untuk memasuki alam dewasa? Tidak seronokkah meniti zaman remaja tanpa perlu berserabut memikirkan pelbagai masalah?

Benarkah memasuki dunia dewasa menyebabkan kehadiran remaja lebih diterima masyarakat atau hanya khabar angin semata-mata?

Dua mahasiswa Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC) berkongsi pendapat.



Pendapat anda mengenai isu ini?



NURUL ANIS MOKMIN: Memang soalan ini kena pada masanya sebab saya sendiri tertanya-tanya mengapa ada rakan sebaya ingin menjadi dewasa sedangkan belum tiba waktunya.

Memang pelik sebab lagak, percakapan, berpakaian dan bersolek suka meniru gaya orang dewasa sedangkan dari segi kemampuan mungkin tiada. Saya berpendapat, golongan ini hanya menyusahkan diri sendiri kerana terpaksa hidup dalam alam khayalan.



FAZRAH FADZIL KHAN: Saya kurang pasti kenapa ada segelintir rakan sebaya lebih suka memasuki alam dewasa berbanding zaman remaja.

Mungkin bosan atau terpengaruh lantas menukar personaliti dengan tiba-tiba meskipun orang lain nampak pelik.



Adakah anda berpendapat tidak seronok bergelar remaja hingga ada mahu cepat memasuki alam dewasa?



NURUL ANIS: Siapa kata, malah saya berpendapat alam remaja sangat menyeronokkan. Meskipun ada masalah, tapi sebesar manakah masalah itu?

Tidak seperti orang dewasa, lebih banyak masalah terpaksa difikirkan seperti aspek ekonomi, tanggungjawab dan sebagainya. Jadi, mengapa mahu dewasa lebih cepat sedangkan zaman itu penuh cabaran?



Mungkin remaja sudah bosan dan mahu merasai cabaran yang dihadapi golongan dewasa?



FAZRAH: Saya tidak rasa begitu sebab walaupun remaja bosan, mereka masih mempunyai alternatif lain untuk menghiburkan diri dan masih nampak manis kalau melakukannya. Orang pun susah hendak mengata sebab tahu memang itu lumrah remaja.

Tapi kalau orang dewasa buat begitu, macam mana pula pandangan orang?



NURUL ANIS: Jika tanya orang dewasa, mereka mungkin mahu kembali semula ke zaman remaja. Sebab itu, rasa hairan ada golongan muda ini seperti tidak sabar jadi dewasa.



Pada pendapat anda, mengapa jadi begini?



FAZRAH: Dapat maklumat atau gambaran salah. Sebagai remaja, kita tidak boleh menolak naluri ingin mencuba di kalangan mereka. Jika dapat lihat sesuatu yang indah, sudah tentu fikir ia menyeronokkan walaupun bukan semua begitu.

Sebab itu mereka suka mencuba tapi tidak tahu natijahnya. Tapi pernahkah terfikir, golongan dewasa banyak cabarannya? Aspek kerja, tekanan, gaji tidak mencukupi dan sebagainya adalah masalah biasa.

Jika tidak cukup ilmu dan mampu berfikir, bolehkah menghadapi situasi itu?



Tapi ada juga yang matang berfikir?



NURUL ANIS: Memang ada, tapi berapa ramai mempunyai kebolehan seperti itu? Pada pendapat saya, meskipun mampu berfikir matang, tidak semua mampu menghadapi serangan fizikal dan emosi alam dewasa.

Bayangkan usia masih muda, ilmu pula cetek, kemahiran diri belum mantap, tapi perlu menghadapi cabaran atau tekanan berat. Mampukah?

Saya rasakan, remaja yang meniru gaya orang dewasa memang rugi kerana masanya belum tiba selain tidak mempunyai kekuatan seperti orang dewasa.



FAZRAH: Saya setuju, sebab kematangan berfikir golongan dewasa tidak sama seperti remaja. Selaras perkembangan usia, sudah tentu banyak persediaan atau pengalaman diperoleh.

Mereka memang bersedia. Tapi remaja, apa pula persediaan yang ada apatah lagi masih ditanggung ibu bapa.



Ada golongan dewasa bersifat seperti remaja. Apa komen anda?



NURUL ANIS: Itu agak melucukan sebab janggal. Mungkin mereka tidak puas menghirup udara zaman remaja.

Jika sudah di alam dewasa, bersikaplah seperti golongan itu. Kita kena berpijak di bumi nyata, bukan ikut nafsu atau kata hati.



FAZRAH: Saya tidak kisah asalkan tahu batasnya dan tidak mencemarkan maruah. Mungkin mereka bersikap seperti remaja tapi pemikiran lebih matang. Kita tidak boleh menilai melalui luaran.

Contohnya, mungkin sikap itu terbit daripada perwatakan ceria seseorang. Dia mudah bergaul dengan sesiapa tanpa batas umur tapi orang lain pula pandang serong. Salahkah jika mempunyai perwatakan seperti itu?

Yang penting, dia memang sudah dewasa dan tidak memerlukan banyak perhatian seperti golongan remaja.



Apa nasihat anda untuk rakan yang tidak sabar-sabar menjadi dewasa?



NURUL ANIS: Mengapa perlu bazirkan masa menikmati zaman yang bukan waktunya. Lalui zaman remaja dengan penuh keseronokan. Waktu ini tidak akan berulang.

Waktu untuk menjadi dewasa akan tiba jua. Siapkan diri dengan ilmu dan pengalaman dulu sebagai persediaan.

Ia lebih baik daripada ingin menjadi dewasa terlalu cepat tanpa apa- apa sokongan.



FAZRAH: Saya harap rakan sebaya dapat melupakan sebentar fantasi indah alam dewasa. Bukan semua yang didengar atau lihat menyeronokkan.

Jika tidak puas menikmatinya, takut apabila dewasa, teringin semula kembali ke zaman remaja. Ketika itu sudah terlewat.





NAMA: Nurul Anis Mokmin

UMUR: 21 tahun

ASAL: Kuala Lumpur

PENGAJIAN: Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Korporat di Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC), Kajang, Selangor.







NAMA: Fazrah Fadzil Khan

UMUR: 21 tahun

ASAL: Selangor

PENGAJIAN: Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Korporat di Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC), Kajang, Selangor