16 Aug 2010

detik-detik silam yang mewarnai hidup kita........

Tiada yang sempurna. Ungkapan terbaik kepada setiap manusia. tapi nape plak ada yang terlalu obses dengan kesempurnaan. bukankah itu hanya mengundang stress. memang kita dituntut untuk berusaha sebaik yang mungkin. akan tetapi kita juga perlu redha dengan ketidaksempurnaan itu. usaha dan tawakal ajela yang terbaik. apa yang dirancang itu jadi ke tidak bukan kita untuk mempastikannya.

dalam bab perhubungan pula. terkadang ada yang terlalu obses dengan kesempurnaan seseorang temannya itu. sampai kadang2 tu sukar untuk menerima bila temannya itu berbuat sesuatu kesalahan. kalau setakat tidak dapat menerima tu kita boleh la faham. akan tetapi menceritakan pula keburukan temannya itu kepada teman yang lain. inilah yang selalu terjadi. walhal, perkara sebenar yang berlaku disebalik sesuatu salah faham itu belum pasti akan kesahihannya. itu lah yang dinamakan fitnah. sbb camni juga lah orang2 sekeliling senang untuk mengambil kesempatan.

Firman Allah S.W.T yg bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (al- Zumar 39:53

Jika orang yang berbuat kesalahan itu sedar akan kesilapan yang dilakukan, Tuhan pasti akan menerima taubatnya itu. Tapi dosa orang yang membuka keaiban orang lain itu pula macam mana? selagi tidak meminta maaf kepada orang yang diaibkan itu, maka mungkin selagi itulah dosanya ada. Hanya Allah Yang Maha Tahu.

dengan pengalaman lepas yang kita ada, jadikan ia suatu iktibar. supaya hari mendatang lebih baik perjalanannya.

Jadi, berfikirlah dalam setiap tindakan yang dibuat. bukannya ikut emosi atau kepentingan diri sendiri. yang pasti, "what you give you get back".


p/s: sekadar renungan untuk diri...

No comments: