5 Dec 2007

Teori Cinta

"Bayangkan yang pada suatu hari, kita bangun dari tidur dan mendapati katil yang kita baring semalam dah tak ada.Bilik yang kita berada semalam juga sudah tak ada. Semua benda yang boleh kita lihat dan kita rasa pun dah tak ada.Bayangkan kita sekarang bangun dari tidur dan mendapati yang kita kini berada di dalam sebuah tempat yang tiada apa-apa. Tiada apa yang boleh kita lihat dan rasa walau secebis cahaya sekalipun dan sejasad zarah. Perkataan fizikal tidak wujud langsung dalam tempat itu. Inky void, empty space, kosong, absolute zero, gelap dan vacuum.Apa perasaan kita ketika itu?Sekarang, bayangkan dari suatu arah tiba-tiba kita nampak katil yang kita baring semalam. Kita hanya boleh nampak tetapi kita tak tahu macam mana nak pergi ke katil tersebut. Kita berusaha ?berusaha ?dan terus berusaha tetapi masih juga tak dapat nak sampai ke katil itu. Akhirnya katil itu terus pergi dan hilang dari pandangan.Adakah kita yang semakin hanyut dan menjauhi katil itu atau sebenarnya katil itu yang bergerak meninggalkan kita jauh - jauh dan semakin jauh atau masing-masing menjauhi diri antara satu sama lain. Dapatkah kita tahu?Sebenarnya kita tak akan dapat tahu samada katil itu yang hayut menjauhi atau kita yang meninggalkan katil itu jauh; kita tak akan tahu. Apa yang kita tahu sekarang ialah katil itu dan kita dah semakin menjauh. Tak kisahlah siapa pun yang mula-mula menjauhi siapa. Yang pastinya masing-masing sudah menjauhi dari diri masing-masing; itu yang pastinya. Isaac Newton mengatakan itu dalam teori graviti'nya.Dan pada aku teori itu padan dengan kisah cinta dan kita. Cinta itu umpama graviti yang membuatkan kita terus kekal berada pada kewarasan. Tanpa cinta hidup jadi macam tak ada apa-apa makna. Berdiri dalam ruang gelap yang kosong sekosong-kosongnya. Jika ada pun objek yang berada disekeliling, kita tak mungkin tahu atau tahu bagaimana untuk mendekati atau menjauhi; bagaimana untuk merasai dan bagaimana pula untuk mencapainya kerana tanpa cinta, tarikan antara dua insan tak mungkin berlaku dan tarikan pen'dekat'an atau pen'jauh'an juga tak mungkin akan terjadi. Begitulah peliknya mengenai cinta.Memetik kata-kata oleh seorang ahli matematik Perancis, Blaise Pascal: "The heart has its reason whereof reason knows nothing." Tetapi kita mahukan alasan untuk menerangkan perasaan, terutama sekali mengenai cinta.Apa yang aku nak tulis nanti mungkin satu alasan untuk memahami cinta tapi bukanlah satu definasi tepat bagaimana cinta harus diterjemahkan kerana pada aku cinta tidak mungkin boleh diterjemahkan, hanya digambarkan.Bulan lepas aku menziarahi mak saudara aku di Shah Alam. Di rumahnya ada Astro. Aku mengelongsori saluran-saluran yang dilangganinya sehinggalah aku berhenti di saluran National Geographic. Dokumentari hari itu mengenai seorang ahli saintis paling terkenal di dunia, Albert Einstein dengan kisah teori relativitinya.Teori relativiti menyatakan: "Matter and energy are relative and light are constant." Dia menerangkan: Jika sebuah kenderaan bergerak pada kelajuan 50 km/j ke satu arah, manakala sebuah kenderaan lagi bergerak pada kelajuan 30 km/j ke arah sama, kedua-dua kenderaan sebenarnya bergerak dalam kelajuan hanya 20 km/j lebih laju dan lebih perlahan antara satu sama lain. Dan jika kita menyuluhkan cahaya ke arah kedua-dua kenderaan tersebut, cahaya akan sampai kepada mereka dengan kelajuan yang sama dan tetap dan dalam masa yang juga sama tanpa mengambil kira jarak dan kelajuan kenderaan itu berada sekarang.Apa yang aku nak cuba katakan, cinta dan cahaya sebenarnya berkongsi sifat yang serupa dan kita seperti matter and energy adalah relative. Andai teori Einstein itu diambil sebagai rujukan, kita akan mendapati persamaan antara cinta dan cahaya dan diri kita sendiri.Cahaya bergerak pada kelajuan yang sama dan tetap ke semua arah. Tak kira di mana ia dipancarkan, sifat cahaya sentiasa akan memenuhi ruang dan terus bergerak. Dan cahaya juga akan sentiasa sampai kepada sesuatu dalam masa yang sama tanpa mengambil kira jarak sesuatu itu berada.Begitu jugalah dengan cinta. Cinta bersifat memenuhi ruang dan terus bergerak tanpa boleh disekat atau dikurangkan. Seperti, jika kita sedang menyintai kekasih kita, dalam masa yang sama kita juga sedang menyintai ibu bapa, binatang peliharaan, kawan-kawan dan juga kepada Tuhan. Segalanya dalam masa yang sama tanpa mengira di mana orang yang kita sedang cintai itu berada.Jadi, jika ada orang yang datang kepada kamu dan berkata, "Kita hanya boleh menyintai satu-satu orang dalam satu-satu masa" maka katakan saja apa yang aku katakan tadi berdasarkan teori relativiti.Cahaya tidak boleh disekat atau dikurangkan. Al-Khawarismy berkata: "Tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh diubah." Begitu juga dengan cahaya. Cahaya tidak dapat disekat kerana sifat cahaya yang sentiasa ingin bergerak. Cahaya samada akan dipantulkan semula ke arah yang berlainan atau ia akan diserap dan kemudian memberi satu sumber tenaga baru kepada objek yang menyerapnya.Bukankah cinta juga begitu?Kita menyintai seseorang tetapi orang yang kita cintai tidak membalas cinta kita, ini bukan bermakna cinta kita akan terhenti bergerak selepas cinta kita tidak berbalas, tapi sebenarnya orang itu akan memantulkan semula cinta kita kepada orang lain yang berada disekelilingnya dan ia akan terus bergerak sehingga cinta kita sampai kepada seseorang yang sudi untuk menyerap cinta kita. Dan bila cinta itu diserap oleh orang yang sudi menyerapnya, ia akan memberi satu kuasa baru kepada orang tersebut. Sebagaimana cahaya matahari diserap oleh kulit untuk menghasilkan vitamin D kepada tubuh kita.Kepada mereka yang putus cinta, cinta sebenarnya tidak pernah putus cu ma dipantulkan semula oleh orang yang kita harap akan menyerap cinta kita. Masa saja yang akan menentukan bila dan siapakah yang akan sudi menyerap kuasa cinta kita untuk dijadikan sebagai sumber tenaga bagi dirinya untuk memancarkan semula cinta kita kepada diri kita. Bukankah cinta sentiasa mengenai memberi dan bukan sekadar menerima sahaja.Tetapi bagaimana kita mahu mengenali cinta yang mana untuk kita dan bukan untuk orang lain?Seperti isyarat radio, cinta juga mempunyai frekuansinya yang tersendiri. Ini yang menyebabkan isyarat cinta tidak pernah bertindih antara satu sama lain. Kita ibarat stesen radio yang memancarkan dan dalam masa yang sama menerima isyarat dari stesen radio yang berlain. Sebab itu kita dapat mengenali cinta dari kekasih kita, ibu bapa kita, binatang peliharaan kita dan juga isyarat cinta dari Tuhan. Masing-masing mempunyai isyarat yang tersendiri dan kita mengenali isyarat tersebut melalui frekuansi yang terdapat pada isyarat itu. Cu ma perlu tuning pada frekuansi yang betul dan kita akan mendengar isyarat cinta mana yang sedang kita terima.Kekadang dalam menerima isyarat cinta, kita mungkin mudah terkeliru. Mungkin kerana isyarat cinta itu terlalu serupa antara satu sama lain dan mungkin juga isyarat itu sudah berubah ketika ia sampai pada kita atau kita yang mentafsirkan isyarat itu dengan cara yang silap. Dalam hal ini mungkin teori 'Noble Silent' dalam konsep Zen boleh diguna pakai. Bukanlah nak suruh kita semua pakat-pakat masuk agama budha dan jadi sami tapi rasanya kaedah yang baik untuk kehidupan tidak terbatas oleh tuntutan agama tertentu.Noble Silent atau dalam bahasa melayunya, kesunyian yang mulia menuntut kita untuk keluar dari lingkup kebiasaan kehidupan untuk seketika. Mengasingkan diri dari dunia meta-fizika dan menyelami dunia spectral. Bertafakul dalam bahasa yang lebih mudah. Di situ kita mungkin boleh lebih memahami erti disebalik pengertian dan persoalan disebalik keraguan tentang kehidupan ?tentang perasaan. Saat di mana kita keluar dari rangka jasad dan menilai diri sendiri dari perspective pihak ketiga ?devosi kepada Maha Pencipta - bermuhasabah. Semoga dalam penilaian tersebut kita tidak lagi terkeliru dengan konsep cinta yang pelbagai dan berbagai-bagai rupa.Cinta pada aku adalah abstrak dan datang dalam pelbagai kefahaman. Bergantung pada siapa yang menerimanya. Teori cubisme oleh Picasso dalam lukisan beliau boleh dijadikan gambaran bagaimana cinta boleh dipergambarkan dalam kepelbagaian sudut pemahaman dan pentafsiran. Apa yang kita sifatkan sebagai bentuk asal boleh dijelmakan dalam bentuk yang lain tanpa merubah sifat dan makna cinta itu sendiri.Tetapi rupa dan bentuk akan kerap-kali memberikan gambaran yang berlainan pada orang yang menilainya. Konsep realiti memberikan persepsi yang berbeza bergantung kepada pemerhatian individu. Apa yang kita fikirkan mungkin tidak sama seperti apa yang orang lain fikirkan. Dan ini yang selalunya memberikan kesan konflik pada manusia untuk mendalami makna cinta.Jadi cara terbaik untuk memahami cinta ialah dengan menerima makna cinta mengikut acuan dan pemahaman kita sendiri tetapi tidak menolak persepsi dan pemahaman orang lain yang tidak sealiran dengan pemikiran kita. Dan yang paling penting; fanaticism dalam cinta adalah suatu yang silap dan mereka yang mengamalkannya adalah golongan orang-orang yang kacau mentalnya."


from: http://sonic.blogdrive.com/

2 Dec 2007

Putus Cinta? Aduh Beratnya.....

Hubungan Anda berakhir, semua perasaan sedih berkumpul jadi satu. Anda sudah berusaha keras tidak menelefon, melihatnya, atau memikirkannya. Tetapi, meski segala cara dicuba untuk mengusir si ex dari kepala, dia tetap menari-nari dalam ingatan.

Cinta yang tak berbalas memang menyakitkan dan membuat anda frust.... Its hard, and it hurts.

Tetapi percayalah Anda pasti boleh terus melangkah dan merelakan dia pergi.

Bagaimana caranya?

Jangan berusaha untuk menelefon atau melihatnya. Jika Anda menemuinya atau menelefonnya, itu sama saja seperti mengorek luka lama, hanya akan membuat Anda menangis lagi. Mungkin pada awalnya contact yang dilakukan akan membuat perasaan jadi lebih baik, sampai akhirnya si ex menegaskan pada Anda bahwa semuanya sudah berakhir (sedih bukan?). Rasanya akan sama seperti saat putus, Anda membiarkan diri disakiti lagi.

Kalau Anda pikir menghubunginya boleh mengubah perasaannya, bersiaplah kecewa. Ingat, cinta mungkin menjadi pengalaman indah, namun juga bisa berubah menjadi pengalaman buruk. Yang pasti, jika si dia memang memutuskan untuk kembali, maka ia akan berusaha untuk menghubungi Anda. Lalu jika itu tidak dilakukannya, bererti si dia memang tidak ingin kembali pada Anda. Mencuba meyakinkannya untuk kembali hanya akan membuat membuatnya marah dan kita bertambah kecewa.

Bayangkan berada di posisinya. Anda mengakhiri sebuah hubungan dan si ex tadi masih saja menghubungi dan meyakinkan Anda untuk kembali, pasti lama-lama Anda akan muak. Begitupun yang si dia rasakan sekarang. Jika Anda ingin melihat si dia bahagia, biarkanlah dia sendiri.

Ketika kita menghadapi situasi sulit seperti putus cinta, berkumpulah bersama para sahabat. Tak perlu malu menunjukkan perasaan sedih saat kita baru putus. Tetapi jika kita terus-menerus cerita hal yang sama, lama-lama mereka akan bosan. Seperti halnya keluarga kita sendiri, mereka akan lebih suka jika kita bisa melewati saat-saat sulit ini. Sebesar apapun perhatian seseorang, mereka akan bosan pada orang yang tidak boleh berusaha menolong dirinya sendiri.

Time Will Healing

Ketika sebuah hubungan berakhir, Anda harus mulai membangun kembali hidup Anda. Sesingkat apapun masa sebuah hubungan yang dimiliki sepasang kekasih, dunia mereka telah menjadi satu. Jadi wajar jika Anda merasa kehilangan. Kita sering kehilangan contact dengan teman saat jatuh cinta, jadi ketika putus kita akan merasa sendirian karena kehilangan kekasih dan juga kehidupan di dalamnya. Tak perlu bersusah untuk menghubungi kembali teman-teman Anda.

Sibukkan diri Anda ke dalam pekerjaan, hobi dan rekreasi. Carilah aktiviti bersama geng Anda, lakukan kegiatan yang menyenangkan, shopping, ke salon, atau ke luar kota bersama.

Meskipun Anda tidak bisa berhenti memikirkan si ex, berusahalah untuk tidak peduli. Pada awalnya mungkin agak sulit, tapi lama-lama akan terbiasa juga.

Saat putus, segala sesuatu berubah, dan perubahan terkadang membuat kita takut. Anggaplah ini kesempatan untuk menjadi lebih dewasa, dan ketika Anda bisa bertahan, Anda akan menemukan diri Anda baru dan lebih kuat.

Jika semua sudah dicoba, berbulan-bulan telah lewat tetapi Anda masih saja tidak bisa melupakan si mantan, pertimbangkan untuk bicara dengan konselor. Mungkin masalahnya lebih dalam dari berakhirnya sebuah hubungan.

Menemui seorang profesional dalam kes ini bukan berarti Anda lemah dan tidak ada harapan. Hal yang lumrah meminta saran untuk kesehatan kita. Berbicara dengan seseorang yang bukan teman terkadang bisa memberi kita pandangan baru terhadap situasi yang sedang dihadapi, siapa tahu ada alternatif lain yang bisa dilakukan untuk membantu Anda.

Melepaskan seseorang yang kita cintai dan menerima bahwa ia tak lagi ingin bersama kita memang menyakitkan. Tetapi hati kita akan sembuh; hanya berbeda-beda kadar waktunya. Ingatlah, sebelum berpacaran, Anda pernah menjalani hidup tanpa dia, jadi tak ada bedanya sekarang. You just need to be strong, and hang on.





"Cinta Sejati dan Hakiki Hanya Pada Ilahi"

Air Kosong Penawar Segala Penyakit


Percaya atau tidak, air kosong mempunyai banyak khasiat. Khasiat paling besar dia adolah mengurangkan tekanan darah tinggi. Kalo korang tak caya..korang try amalkan setiap pagi selepas bangun tidor minum air masak kosong. Kat bawah ni gua bagi tips dia ..kena ikut bebetul baru dia berkesan. Kalo tak hampehh la jawabnya. Gua sendiri pon nak amalkan petua ni supaya badan gua sihat walapiat selamanya.

  1. Minum 4 gelas air masak kosong ( 160ml ) sebaik jaga dari tidur setiap pagi ( yang tido sebelah petang tak diambil kira) dan sebelum gosok gigi.Ingat tuh sebelum gosok gigi.
  2. Pastuh baru korang bole berus gigi dan bersihkan mulut. Pastikan jangan makan atau minum apa-apa sehingga 45 minit.
  3. Selepas 45 minit korang bole lah melantak apa yg korang mau seperti biase .
  4. Pastikan selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari atau makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh 2 jam.
  5. Bagi korang yg lanjut usia, pendek kata yang dah tua tuh. Bole amalkan minum air secara berperingkat sehingga capai 4 gelas sehari.

Kalo korang bebetul ikut kaedah nih.. mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu. Antara penyakit yg dapat dirawat :-

Tekanan darah tinggi = 30 Hari (kompem)

Gastrik = 10 Hari

Diabetis = 30 Hari

Sembelit = 10 Hari

Kanser = 180 hari

Tibi = 90 Hari

p/s : kalo korang tak caya cuba korang amalkan…

Source: http://bengang.naza-biz.info/?p=14#more-14

It Hurts To Love Someone (T_T)


It hurts to love someone
And not loved in return
But what is more painful is to love someone
And never finding the courage to let
The person know how you feel

Maybe God wants us to meet
A few wrong people
Before meeting the right one
So that when we finally
Meet the right person
We should know how to be grateful for
that gift

Love is when you take away the feeling
The passion, the romance
And you find out you still care for that
person
A sad thing about love
Is when you meet someone
That means a lot to you
Only to find out in the end
That it was never meant to be
And you just have to let go

When one door of happiness closes
Another open but often we look
So long at the closed door
That we dont see the one
Which has been opened for us

The best kind of friend
Is the one you could sit on a porch
And swing with
Never say a word and then walk away
Feeling like that was the best
Conversation youve had

Its true that we dont know
What weve got until we lost it
But its also true that we dont know
What weve been missing until it arrives

Givin g someone all your love
Is never an assurance that theyll love
you back
Dont expect love in return
Just wait for it to grow in their heart
But if it doesnt
Be content it grew in yours

May you have enough happiness
To make you sweet
Enough trials to make you strong
Enough sorrow to keep you human
Enough hope to make you happy
And enough money to buy me gift

Always put yourself in others shoes
If you feel that it hurts you
It probably hurts the person too

A careless word may kindle strife
A cruel word may wreck the life
A timely word may level stress
A loving word may heal and bless

The beginning of love
Is to let those we love
Be perfectly themselves
And not to twist them with our own image
Otherwise we love only
The reflection of ourselves we find in them


The happiest of people
Dont necessarily have the best of
everything
That comes along their way


Happi ness lies for those who cry
Those who hurt
Those who have searched
And those who have tried
For only they can appreciate
The importance of people
Who have touched their lives

Love starts with a smile
Develops with a kiss
And ends with a tear

The brightest future will
Always be based on a forgotten past
You cant go on well in life
Until you let go of your past
Failures and heartache

Whe n you were born
You were crying
And everyone around you was smiling
Live your life so that when you die
Youre smiling
And everyone around you is crying

There are things you love to hear
But you would never hear
It from the person from whom
You would like to hear it
But dont be deaf to hear it from the person
Who says it with his heart.

Never say goodbye
When you still feel you can take it
But never say you dont love
That person anymore when you cant let go

Loves comes to those who still hopes
Even though theyve been disappointed
To those who still believe
Even though theyve been betrayed
Need to love those who still love
Even though theyve been hurt

It takes a minute
To have a crush on someone
An hour to like someone
And a day to love someone
But it takes a lifetime
To forget someone

Dont go for looks
It can deceive
Dont go for wealth
Even that fades away
Go for someone
Who makes you smile
Because only a smile
Makes a dark day seem bright
Hope you find that person

There are moments in life
When you really miss someone
That you want to pick them
From your dreams
And hug them for real
Hope your dream of that someone

Dream what you want to dream
Go where you want to go
Be what you want to be
Cause you have only one life
And one chance to do all
The things you want in life

~ Anna Abadi ~: Tribute

ANA? adalah nama panggilan saya. Tapi nama pena saya pelbagai. Antara yang sering saya gunakan ialah Intan Ariani, Ariana, Airina dan Han Ariani. Saya memang suka nama-nama tu. Saya suka menulis sajak mengikut perasaan saya ketika itu. Selalunya sajak-sajak yang saya nukilkan berdasarkan peristiwa semasa atau saya tujukan khas pada seseorang seperti teman-teman.Sebahagian karya saya disumbangkan kepada majalah-majalah dan akhbar tempatan. Perak adalah negeri kelahiran saya..Saya dilahirkan dalam bulan April 1977 dan berbintang Taurus.Suka bersiar-siar dan membaca.Emm..tak tahu lagi apa nak tulis..Itu saja dari ANA..Ceria selalu ! Selamat Membaca

Well, banyak orang request nak tengok gambar saya. Actually, dah ada kat ruangan About Me tapi they all cakap gambar tak keluar. Maybe ada technical problem,kot...So, I fix it lately..but tak tau laa kalau masih 'blank'...Agaknya sebab saya ni pemalu, gambar pun segan nak keluar..hheheeeee. Anyway..utk memenuhi permintaan, saya letak gambar-gambar ni pula. Kalau tak keluar juga..janganlah marah saya...Sebenarnya, saya malu sangat2 nak tunjuk muka coz' I'm not a public figure. Saya orang biasa je...Segan laaa....Okaylah...see ya!!!


NOTA : kata-kata anna abadi pada tahun 2002, anna abadi nama mu akan tetap abadi di alam cyber, moga rohmu tenang di sisi Allah swt. Amin




Apa Itu Cinta?

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"
- Saidina Umar Ibnul Khattab - >


from: http://www.phero-max.com/anna_abadi.html

1 Dec 2007

~the ending for a new starting~


15 SEPTEMBER 2006

DIPLOMA IN INFORMATION MANAGEMENT
UiTM MACHANG KELANTAN

~thanks to all~

Laman blog Teratak Firdausi ini sudah berada di page utama dan yg pertama di Google search....thanks to all of you!!!....rajin2 la lawat blog ini. InsyaAllah akan di update kan sedikit masa lagi.....:-)