24 Sept 2010

Panduan HALAL dan HARAM pemakanan dan pemakaian

Berikut adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan panduan pemakanan dan pemakaian:

1- TAKRIF HALAL

a) Bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh hukum syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

b) Tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.

c) Tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut hukum syarak; dan

d) Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.

2- SUMBER MAKANAN DAN MINUMAN HALAL

Sumber utama makanan dan minuman manusia adalah dari haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

2.1 HAIWAN

Haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:

a) Haiwan darat
b) Haiwan air

2.1.1 HAIWAN DARAT

Semua haiwan darat halal dimakan kecuali:
a) Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
b) Babi
c) Anjing
d) Haiwan yang bertaring yang digunakan untuk mencakar dan membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah dan seumpamanya.
e) Burung yang mempunyai kuku pencakar atau makan menyambar umpamanya burung helang dan seumpamanya.
f) Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya iaitu seperti tikus, kala, burung helang, lipan dan seumpamanya.
g) Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya iaitu seperti semut, lebah dan burung belatuk.
h) Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya.
i) Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya dan seumpamanya.

2.1.2 HAIWAN AIR

Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikatnya di air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.

2.2 TUMBUH-TUMBUHAN

Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.

2.3 MINUMAN

Semua air adalah halal diminum kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia dan bercampur dengan benda-benda yang najis.

3. PENYEMBELIHAN

Sesuatu penyembelihan hendaklah mengikut peraturan berikut:

a) Penyembelihan hendaklah dilakukan oleh orang Islam yang sempurna akal dan mengetahui rukun-rukun dan syarat-syarat sembelihan.
b) Haiwan yang hendak disembelih mestilah haiwan yang halal dimakan.
c) Hendaklah haiwan itu masih hidup dalam keadaan biasa (hayat mustaqirrah).
d) Hendaklah memutuskan halqum (saluran pernafasan dan marih (saluran makanan, minuman dan pendarahan; dan
e) Alat penyembelihan mestilah tajam dan tidak terdiri dari tulang, kuku atau gigi.

4. HIDANGAN

Semua bahan halal yang disimpan, dipamer dan dihidang hendaklah diasingkan dalam setiap keadaan di antara yang halal dengan yang tidak halal untuk menghindarkan percampuran atau terkena najis di antara bahan halal dan tidak halal.

5. PEMPROSESAN MAKANAN DAN MASAKAN

Semua makanan yang telah diproses adalah halal sekiranya bahan-bahan ramuannya halal dan pemprosesan adalah bersih dari najis seperti berikut:

i) Tidaklah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari haiwan yang bagi orang Islam dilarang oleh hukum syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

ii) Tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dianggapkan sebagai najis mengikut hukum syarak sama ada sedikit atau banyak, seperti minyak babi, lemak dari bangkai, jenis-jenis arak dan lain-lain.

iii) Tidaklah disediakan, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari apa-apa benda najis mengikut hukum syarak, seperti alat pemotong, tempat, kuali, sudu, periuk dan lain-lain.

iv) Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpan itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (i), (ii) dan (iii) atau apa-apa benda yang dianggap sebagai najis mengikut hukum syarak.

6. KEBERSIHAN

Kebersihan amatlah dititikberatkan oleh Islam dan ia meliputi aspek-aspek kebersihan diri, pakaian, peralatan dan kawasan tempat pemprosesan atau membuat makanan.

Tujuannya ialah untuk menjamin bahawa makanan yang dihasilkan adalah suci dan tidak membahayakan kesihatan manusia.

Kebersihan boleh diertikan sebagai bebas dari najis, kotoran, benda-benda haram dan tidak suci mengikut hukum syarak. Beberapa aspek yang ditekankan antaranya:

a) Premis pembuatan, penyediaan dan penjualan makanan dan minuman perlulah bersih dan bebas daripada gejala-gejala yang boleh membawa kepada kemudaratan seperti lalat, tikus, lipas, cicak dan seumpamanya.

b) Pekerja-pekerja di kilang perusahaan makanan mestilah sihat, berpakaian kemas dan bersih untuk mengelakkan daripada gejala kekotoran.

c) Peralatan yang digunakan hendaklah dibasuh dan dicuci seberapa kerap yang boleh untuk menjamin kebersihan. Cara membasuh adalah dengan menjirus dan airnya bersih serta sentiasa mengalir.

d) Tandas dan bilik air mestilah dibersihkan dari semasa ke semasa kerana ianya adalah punca kekotoran.

7. BAHAN GUNAAN

Bagi maksud garis panduan ini, bahan gunaan boleh dibahagikan kepada kategori berikut:

7.1 KOSMETIK

Bahan kosmetik yang diperbuat dari tumbuhan dan bahan kimia adalah boleh digunakan kecuali yang beracun dan membahayakan kesihatan. Bahan kosmetik yang dibuat dari sumber haiwan yang halal dan tidak najis adalah juga boleh digunakan.

7.2 PAKAIAN DAN ALATAN

Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat dari tumbuhan, bulu, kecuali bulu babi dan anjing, tulang haiwan yang halal dimakan yang disembelih dan kulit haiwan yang diawet (tanning), kecuali kulit babi dan anjing, boleh digunakan.

Rujukan : Garis Panduan Makanan, Minuman Dan Bahan Gunaan Orang Islam terbitan JAKIM.

Tribute this song to my "Sofea Jane" :)

Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri


Andai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

p/s: hope 'you' enjoy it :)

16 Sept 2010

Yakjuj n Makjuj (Gog n Magog)


Korang pernah baca pasal artikel di atas?. Ia adalah antara tanda-tanda kiamat sudah dekat.

Betul ke bahawa golongan tersebut dari Asia?...banyak aku baca pasal ni. dan banyak juga teori yang membenarkan lagi ayat Al-Quran. Kisah mereka ini juga ada dalam buku "Alexander adalah Zulkarnain".

Golongan ini juga (Yakjuj n Makjuj) dikatakan sangat mahir berperang dan tentera berkuda. Kita tidak tahu apa yang sebenarnya bakal berlaku. Yang penting sejauh mana persediaan kita.

Ada juga teori yang mengatakan bahawa bila mana planet X yang bakal menghampiri Bumi, maka semua jenis barangan elektrik dan sebagainya tidak akan berfungsi. Maknanya kita akan kembali ke zaman dulu kala. Maka pada masa itu senjata yg canggih dan moden seperti tidak berfungsi. Kalau berperang pun seperti zaman dulu2.

Ini mungkin juga akan membenarkan lagi hadis Nabi:

"Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah"
(riwayat sahih bukhari/muslim)"



Untuk itu sama2 la kita bermuhasabah. Wallahua'lam.

Kebenaran Sebuah Kegagalan

Ayat motivasi di bawah diambil dan dialih bahasa daripada tulisan puisi “Kebenaran Sebuah Kegagalan” oleh Robert Schuller.

  • Kegagalan tidak bermakna anda gagal… ia bermaksud kamu masih belum berjaya lagi.
  • Kegagalan bukan bermakna anda belum menyempurnakan apa-apa… ia bermaksud kamu telah mempelajari sesuatu.
  • Kegagalan tidak bermakna anda bodoh… ia bermaksud kamu mempunyai kepercayaan yang tinggi.
  • Kegagalan bukan bermakna anda telah dimalukan… ia bermaksud kamu sanggup untuk mencuba.
  • Kegagalan tidak bermakna anda tidak mampu… ia bermaksud kamu perlu melakukannya dengan cara lain.
  • Kegagalan bukan bermakna anda dipandang rendah… ia bermaksud kamu belum mencapai tahap terbaik.
  • Kegagalan tidak bermakna anda telah membazirkan hidup anda… ia bermaksud kamu perlu memulakan sesuatu yang baru.
  • Kegagalan bukan bermakna anda patut menyerah kalah… ia bermaksud kamu patut mencuba dengan lebih kuat lagi.
  • Kegagalan tidak bermakna anda tidak akan berjaya… ia bermaksud kamu perlu lebih sabar.
  • Kegagalan bukan bermakna Tuhan telah tinggalkan kamu… ia bermaksud Tuhan ada perkara yang lebih baik untuk kamu.

14 Sept 2010

This is it...

When it come to this part..it is the time to appreciate the life. Life is short. The end will come. Sooner or later. The best thing to do is to appreciate every single minutes that will be left away...forever..

SELAMAT HARI RAYA...

Sudah lama tak meng'update' so di kesempatan ini nak ucapkan kepada semua yang mengenali...

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN"

Mohon maaf atas segala kesilapan...