19 Aug 2010

Sokongan Moral dan Perhatian...

Salam all...

kita dah nak masuk pertengahan Ramadhan dah kan. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan berpuasa sampai hari ini. Dalam masa kita berpuasa ni, jangan pula kita lupa pada yang memerlukan. Tidak perlu wang ringgit yang banyak, tenaga dan usaha pun boleh membantu.

agak liat untuk membeli atau membelek akhbar sejak akhir2 ni. bukan tiada kesempatan. tapi tak sanggup untuk menatap kes2 kematian yang agak merungsingkan sejak akhir2 ni. terutamanya kes2 pembunuhan kanak2 atau pembuangan bayi.

Berani buat tapi tidak berani tanggung. itulah padahnya kalau terlalu ikutkan nafsu. tapi dalam kita melihat isu tersebut sebagai masalah moral yang mungkin tidak tertimpa pada kita dan keluarga, kita seharusnya bersyukur.

usia remaja merupakan peringkat dimana golongan muda ni mahu mencari diri. mereka perlukan perhatian yang teramat sangat pada usia ini. mereka tidak boleh dipinggirkan. usia emas ini sepatutnya diisi dengan aktiviti-aktiviti yang membolehkan mereka tidak terjebak dengan gejala2 sosial yang agak meruncing sekarang ini.

kita juga tidak boleh mengkritik. sebab kejadian itu adalah juga melibatkan kita semua. dalam satu negara. jika kita terus menghentam mereka ni, adakah usaha2 yang kita buat untuk menghalang kejadian tersebut???...jika kita kita semua bersatu dan ambil berat akan masyarakat sekeliling saya rasa hal2 sebegini tidak mungkin berlaku. fikir-fikirkan dan selamat beramal di bulan mulia dan penuh keberkatan ini.

No comments: