12 Dec 2009

Jika itu Takdirnya

Setiap orang ada masalah masing-masing. Ade keinginan masing2 dan juga tabiat masing2.. Hari ini ade yang mengeluh sebab lambat jodoh..ada orang ni plak tak sabar2 nak bercerai..macam2 hal manusia ni kan. Tapi yang pasti semua itu adalah sebahagian daripada jalan2 ceritaa selama mana kita "berlakon" kat dunia ni.


Kalau dikutkan setiap yang berlaku ada hikmahnya bagi setiap yang berfikir. Jika si dara memikirkan bilakah dirinya akan disunting sang teruna lain pula halnya dengan si teruna yang banyak memikirkan bagaimana nak menambat hati si dia yang seakan-akan makin menjauh.

Tapi yang pasti setiap ujina yang Tuhan bagi adalah sesuai dengan kemampuan kita...
Sebab Tuhan takkan mengubah nasib seseorg melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.
Cari lah kekuatan dalam diri sendiri sekiranya yakin yang kita ini dilahirkan sebagai juara.

Sekiranya kita fikir apa yang kita ada, keluarga mahu pun kawan2 di sekeliling, fikirkan lah mereka2 yang langsung tiada. Bagi sesetengah golongan yang mungkin tiada upaya, hidup mereka seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Tapi masih lagi kita yang dikurniakan Tuhan upaya dan kudrat ni mengeluh panjang atas apa yang berlaku.. Jadi sentiasa la melihat sekeliling. ade dunia lain yang seksa menanggung hidup.

Jika dalam setahun Tuhan kurniakan kita sakit satu hari sahaja atau seminggu...tapai dalam 365/356 hari tu masih lagi banyak masa yang Tuhan beri keupayaan untuk kita tertawa, makan, minum, beraya, dan sebagainya...adakah masa untuk kita memikirkan betapa Tuhan itu Maha Kaya dan kita tidak mampu untuk melawan takdirnya.

Setiap yang berlaku ade sebab dan musabbabnya. yang penting hidup mesti diteruskan...hingga lah nanti kita mendapat "anugerah" pelakon terbaik atau pun tidak.

Sekian...

FH 09
11:36 pm
12 Dec 09

10 Nov 2009

Anak PADERI peluk ISLAM

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!.... Bacalah dan Renungkanlah. ...

> > Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)
> > Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah ...

> > Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi..Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh negeri! kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya> membekalkan wang tunai> sekitar RM50,000!!!

> > Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah ke rumah.. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah> diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.

> > Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami> mengkristian> remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan! Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam Persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan> lukisan). Saya> mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah> asrama penuh. Saya> terus ambil pelajaran Agama Islam.

> > Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama> kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.

> > Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya> ada beberapa soalan, tapi saya rasa> tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu..." Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.

> > Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama> islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama> saya". saya kemukakan> beberapa> persoalan, antaranya;-

> > 1- Mengapa orang Islam sembah Kaabah

> > 2-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.

> > 3-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi> Muhammad.

> > 4-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.

> > 5-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana> yang asalnya.

> > Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-> kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.

> > Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

> > - Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -

> > Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus.
> > Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.

> > Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah.

> > Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.

> > Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah.. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.

> > Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.

> > Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya> dan berkata,> "mengapa Johanis....awak mengigau....> "

> > Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya......... ."..Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

> > Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu!

> > Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

> > Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang.. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh> ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .

> > Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu...

> > 6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam.. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.

> > Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan.. Biarlah saya jadi pendakwah bebas.

> > Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang.....kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan Kuantiti saja!

> > Berbalik kisah keluarga saya.. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat...

> > Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita...... .. Ayah saya menganut Agama Islam!

> > Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis....saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama........Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu.

> > Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

> > Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.> Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

> > Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas.. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.

> > Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu... Islampun baru setahun jagung......"

> > Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah.... ....Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam.

> > Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam!!!

> > Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

> > Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar Islam.....jatuh cinta...lalu dimurtadkan.

> > Saya sudah pergi banyak IPT. Saya pali ng bimbang di Universiti Putra Malaysia (UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!!

> > Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.

> > Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. KALAU TERMINUM, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 Qul 1x, dan> Selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.

> > InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah!! !

> > TOLONG FORWARDKAN!! ! Demi islam......Demi agama yang> tercinta....insyaAllah...
> > > HALALKAH REZEKI KITA.......??? BIARLAH 10 SEN HALAL DARIPADA BERIBU BERJUTA> YANG HARAM!!!!!!! KITA MAKAN....... BAGI ANAK - ANAK KITA MAKAN.......NAK SELAMAT DI AKHIRAT ??? KITA KEKAL SELAMANYA DI SANA !!! RENUNGKANLAH. .......... ..WASSALAM! !!

Rahsia Solat Awal Waktu

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuh sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kitaMenjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.p/s : ape-ape hal pun yg di atas nie, solatlah kerana Allah.... rukuklahtanda hamba yang patuh... sujudlah tanda hamba yang bersyukur...Allahuakbar....

Kisah Iktibar 1

Diceritakan oleh USTAZ NAHRAWI MARZOKI

PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satujenazah yang bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa... tapidari sejak Allahyarham meninggal dunia, darah takberhenti-henti keluar. Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebabkemalangan. Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan jenazah berdarah macam itu sekali. Apakah yangberlaku kepada Allahyarham? Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempatdi Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian tak dapat saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seoranglelaki, meninggal ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dansemasa hidupnya, Allahyarham bolehlah kita golongkan sebagai orang kaya. Diapegawai kerajaan dan pernah menjadi penolong pengarah agensi tempat dia bekerja.


Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal duniadi rumahnya pada pukul 8.30 malam kerana sakit biasa.Tapi saya diberitahu doktor pun tak tahu apa penyakit yang dihadapinya. Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah apabilaAllahyarham habis saja nazak dan lepas itu menghembuskannafasnya yang terakhir, tiba-tiba saja darah mula keluardaripada seluruh tubuhnya, khususnya dari liang-liang dan rongga-rongga. ..dari mulut, telinga, hidung, mata, celah-celahbulu roma dan celah-celah kuku. Mula-mula sedikit, tapi makinlama makin banyak sampai mayat itu dipenuhi darah. Darah itupun tak putus-putus keluar. Cukup mengerikan.. .dan menyedihkan. Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak Allahyarhampergi ke rumah saya. Masa itu kira-kira pukul 11.00 malam.Kebetulan pula anak Allahyarham itu murid saya yang memang saya kenal sangat. Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata, "Ustaz,ayah saya meninggal dunia. Ustaz boleh tolong tak?" Saya kata, "Boleh, tapi kenapa pula? Ada masalah ke?" "Mayat ayat saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya mintasangatlah ustaz dapat tolong kami," kata anak Allahyarhamtadi. Bagaimanapun dia tidak ceritakan pada saya apa yangterjadi pada mayat ayahnya itu.


Saya pun pergi ke rumahnya. Apabila sampai di rumahnya baru diaceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah dan terus pergi ke tempat Allahyarham diletakkan dan...masya-Allah, saya tengok darah sudah penuh di seluruh badanAllahyarham. Baunya pun semakin hanyir. Busuk. Dan busuknyapun lain dari yang lain...sukar untuk saya gambarkan hinggakan kemenyan yang dibakar dan bau-bauan pun tak boleh mengurangkanbau busuk mayat itu... Apabila saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia sepertidalam keadaan cemas, takut... langsung tidak ada tanda-tanda kejernihan dan nur di wajahnya. Apa yang sebenarnya dialamidan dirasai oleh Allahyarham ketika itu wallahuaklam. Allahyang lebih mengetahui. Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam lebih dia meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya.


Dalam hatisaya berdoa dan beristighfar supaya saya dapat uruskannyadengan cara terbaik dan tidak berlaku lagi sesuatu yangmengaibkan Allahyarham. Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah tadi.Kami ambil kapas dan tutup mulut, hidung, mata, telinga danrongga-rongga besar pada mayat. Tapi Allah itu Maha Berkuasa,kapas itu tidak mampu menahan darah yang keluar. Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah utukdiganti dengan kapas yang lain, darah meleleh keluar darirongga-rongga tadi. Menjejes hingga kain dan tikar tempat kamibaringkan mayat itu menjadi merah. Tidak tahulah berapa banyak kapas yang kami gunakan, tapi tak berkesan. Allah jua yang menentukan. Tidak cukup dengan darah, tambah menyedihkan saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuhAllahyarham tadi tiba-tiba menggerutu. Keluar satu bahan berlendir, menggerutu macam cacar yang berbonjol-bonjol dimuka dan badannya.


Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya.Makin lama bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidakketerlaluan kalau saya katakan di sini iaitu wajah jenazah tersebut sudah tidak menyerupai wajah manusia lagi. Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakankepada semua kaum keluarga Allahyarham dan pembantu saya,"Kita mesti kebumikan jenazah ini malam ini juga." Mereka bersetuju. Selain daripada dua orang pembantu, tiga orang anakAllahyarham juga menolong saya menguruskan jenazah bapanya.Tapi sedih, seorang demi seorang anak Allahyarham itu pengsankerana tidak sanggup melihat keadaan mayat bapa mereka itu. Akhirnya tinggallah saya dengan dua pembantu saya tadi. Bagi mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan menjadimerah, saya ambil keputusan untuk membalut Allahyarham denganplastik...plastik alas meja yang berwarna putih. Selepas itu barulah kami balut mayat tadi seperti biasa dengan kain putih.


Mengikut syarak, mayat tidak digalakkan dikebumi malam-malam.Tapi dalam keadaan darurat seperti itu saya tidak boleh tunggulama-lama. Kebetulan pula kawasan perkuburan terletak tidak jauh dari rumah Allahyarham, kira-kira dua kilometer sahaja,jadi kami cari lampu dan spotlight. Dalam waktu dinihari yanggelap dan sejuk itu kami suluh jalan dan kawasan kuburAllahyarham. Kami mula kebumikan Allahyarham itu kira-kira pukul 1.30 pagi. Sampai saja ke kuburnya , berlaku sekali lagi peristiwa aneh, yang amat mengharukan. Kuburnya dipenuhi air! Air itu macamair biasa tapi tak putus-putus keluar dari celah bumi. Inimemang aneh sebab hari itu tidak hujan. Kalau hendak dikatakankawasan kubur itu rendah, lembah.. tak juga sebab sudah banyak kubur di situ tapi tak pernah pula terjadi macam ini.


Memandangkan orang ramai sudah mula kecoh, kami ambilkeputusan mengebumikan juga mayat itu dalam keadaan iaditenggelami air. Menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air itu bertukar menjadi merah kerana bercampur dengan darah. Hanyir,busuk....susah saya nak cakap macam mana baunya ketika itu.Makin lama warna air itu makin merah. Mujur waktu itu tengah dinihari, orang yang datang ke kubur tak nampak sangat. Kalausiang... Kami pun benamkan jenazah tadi, endal betul-betul dan kemudian tutup dengan papan. Kami buat betul-betul supaya jenazah tidakterlungkup. selepas selesai semuanya. kubur pun dikambus.Selesai ditalkinkan, saya dan semua yang menghantarAllahyarham ke kubur kembali semula ke rumah masing-masing dan saya menenangkan keluarga Allahyarham yang bersedih. Entah apa kesalahan yang telah Allahyarham lakukan saya taktahulah.


Yang tahu cuma Allah dan Allahyarham. Bagaimanapunsaya yakin ia adalah balasan Allah kepada Allahyarham. Bagi saya ini satu iktibar. Saya tidak mengatakan Allahyarham telahmelakukan sesuatu kesalahan besar tapi bagi saya, darah inimempunyai tiga kaitan dan mungkin apa yang berlaku padaAllahyarham ada kaitan dengan salah satu daripadanya. Saya kata mungkin...bukan menuduh.


PERTAMA, janganlah sekali-kali kita membunuh orang.Membunuhpula banyak caranya. Saya bukan kata Allahyarham ada membunuhorang tapi perlu diingat darah itu mahal harganya. a

KEDUA, ia mungkin ada kaitan dengan makanan dan minuman. Janganlah kita memakan makanan dan minuman yang haram sebab iamenjadi sumber darah yang mengalir dalam tubuh kita ini.Jauhkanlah diri daripada rasuah, makan harta anak yatim atauduit masjid, harta pusaka dan sebagainya yang bukan milik kita.

KETIGA, hormatilah darah. Kalau ada darah di rumah atau dijalan raya akibat kemalangan, bersihkan;ah dengan air. Bagiperempuan, ingin saya ingatkan. Cucilah tuala wanita (semasahaid dan nifas) selepas anda menggunakannya. Bersihkan darah dengan air bersih baru dibuang tuala itu. Jangan buang begitusaja selagi masih ada darah kotor yang melekat pada tuala itu.Walaupun darah itu kotor, tapi ia juga makhluk Tuhan yangperlu dihormati. Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagaiiktibar. Ingatlah, suatu hari nanti kita juga kan menghadapAllah S...W.T. Berdoalah supaya perkara-perkara aib macam initidak terjadi pada kita.

Cinta yang tidak terbalas a.k.a unrequited love

Dulu den suko dongar lagu Cinta Dalam Hati, Tidak bisa memiliki dan lain2 lagu yang berkaitan cinto yang yang tak penah di cubo. Sbb lirik dio ado ckit2 samo n keno nga idup den.

Den ponah dulu jatuh cinto, bukan bercinto tapi jatuh cinto. tapi cinto den tok terbalas la. sbb den x penah cubo pun ckp kt dio.. sampai skg.hahaha.den pemalu sebenarnyo. tp dalam hati den kuat mengatokan yang dio pun ado rasa yang sama kt den. tapi den becinto dgn org lain dh kali keduo doh.den timo sume ketentuan ni.

apa pun den lebih suko kalau dio dulu yang ckp kt den yang dio suko n cinto kt den. tp tok tahu la lagu mano perasaan dio skg. maklum la sume org dh bawak haluan masing2 skg. tapi den tetap aso dio masih ado perasaan pado den. ntah la den pun tok tahu nok kato. apo yang ado skg pun patutnya kito syukur sbb takdir ketentuan yang Tuhan takdirkan. esk luso tok tahu idup ko mati. umur pun tok tahu panjang mano yoh..

Lagipun den skg cukup bahagio nga yang ado. wlpn den masih menunggu dio ckp dulu kat den. tapi dah orang lain dulu yang datang menyatokan hasrat hatinyo den tima ini sbg ketentuan takdir Ilahi. den cuma nk cari kebahagiaan dunia dan akhirat. sbb den pun bkn sempurna.

den harap 'dio' bahagio dgn idup dio skg. den aso dio single lagi skg sbb dio suko idup single n complicated kut atau mungkin dio tunggu seseorag yang dio suko. ntoh la den tok tahu nk cakap apo2.sbb sumo ni bkn kejo kito. aso cinto rindu ni Tuhan yg kurnia.den nok bahagio yoh..
den tok harap sangat cantik ko dok tu. sbb den tahu bendo tu semo tok jamin bahagio. semo kerepot jgk lau dah tuo. tapi aso cinto tok ponah kerepot dek zaman n usio....

cinto tok terbalas ni ramai org yg alami. tok kiro usio. ado tu sapa ke tua pun masih lagi harap pada cinta kekasih gelap dio. wlpn dh bercucu cicit. mmg mengharap tu sesuatu yang amatlah menyakitkan tapi untuk sesetengoh org mcm den ni den aso bahagio lagu tu.

kalau 'dio' tu jodoh kito dio tetap akan aso rindu n cinto kat kito. mungkin ini la cinto sebenar. sumo cinta sebenar lagu ni ko? den pun tok tahu. walau apa pun cinto kito kt dunia ni jangan la cinto tu jadikan kito buto n lupa yang cinto hakiki pada Tuhan Yang Esa yang kurniakan kita rasa cinta n bahagia.

8 Nov 2009

Colek Perut





Ini la colek perut kegemaran aku. ada perut lembu, peparu, sayur2...soooooooo delicious......balik kampung nanti mesti singgah kat Manal, Tanah Merah untuk makan ni. Kalau lalu kt Tanah Merah Kelantan, singgah la kat sini...

Pelik tapi benar





Gambar ni diambil dalam bulan pose lepas (ogos 2009). satu malam ade sekor rama2 ntah dari mana datangnya. mula2 ingatkan daun. bila diperhatikan betul2 rama2 rupanya. apa lagi dengan berbekalkan kamera aku yang baru ni aku snap la gambarnya. then bila dibuka kat pc dan tgk saiz yang besar aku perasan ada wajah di belakang rama2 ni. wajah kesedihan.. pelik tapi benar. kalau nk gambar bersaiz besar sila email kt aku di ambo3224@yahoo.com.my

Ini la kejadian Tuhan. bukan la sesuatu yang pelik sebenarnya. Ini la Kuasa - NYA....

Subhanallah...

4 Nov 2009

Over, over and over again...

This is something not new...so close but yet so far.

Nothing can stop this feeling

Even it is old story to tell

But it seems to be so close again

Keep hiding for a long time and keep telling the stupid lies all over again

How to wash this feeling to go away?

Just go away you 'crush'..





3 Sept 2009

Kusut..

One day...I lost in a world of tensionism...no way to go no sign to guide....

I just walking without any trust, confident and totally out of control...

Sometime I saw a light..but I refuse to go over it. Seems to far...

Till the end of the road... There was a T junction....

Without a think I went to the left...a road that full of delight but not promise anything..


Now....I keep blaming my self for choosing that way....

Is there any chance for me to reverse back?...no one know so do I......

14 May 2009

I'm Yours

I'm Yours: Jason Mraz

Well you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but you're so hot that I melted
I fell right through the cracks
Now I'm trying to get back
Before the cool done run out
I'll be giving it my bestest

And nothing's going to stop me but divine intervention
I reckon it's again my turn to win some or learn some
I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm yours

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find love love love love
Listen to the music of the moment babay sing with me
I love peace for melody

And It's our God-forsaken right to be loved love loved love loved
So I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate Our time is short
This is our fate, I'm yours

Scooch on over closer dear
And i will nibble your ear
I've been spending way too long checking my tongue in the mirror
And bending over backwards just to try to see it clearer
But my breath fogged up the glass

And so I drew a new face and laughed
I guess what I'm be saying is there ain't no better reason
To rid yourself of vanity and just go with the seasons
It's what we aim to do
Our name is our virtue

But I won't hesitate no more, no more It cannot wait I'm sure
Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find that the sky is yours
Please don't, please don't, please don'tThere's no need to complicate
Cause our time is shortThis oh this this is out fate, I'm yours!

11 Mar 2009

Be Happy & Smile Always....(^_^)

One day, the young lion asked his mom: "Mom, where is the happiness?" Mom replied: "It's on your tail." So the young lion keeps on chasing after his tail. But after a whole day of trying, he failed to get the happiness that was on his tail. Then he told his mom about this, his mom smiled and said: "Son, you don't really need to chase after your happiness, as long as you keep going and moving forward, your happiness will always be with you." Wish everyone of you find your happiness.


You can't decide the length of life, but you can control how you want to live it.
You can't control the weather, but you can control your mood.
You can't change your look, but you can smile.
You can't control others, but you can control yourself.
You can't foresee tomorrow, but you can utilize today wisely.
You can't win everything, but you can try your very best to achieve that.
Hope everyone can face the daily life positively and always happy...

8 Mar 2009

Mengapa Yahudi Bijak?? (CARA MAKAN YAHUDI SAMA DALAM HADIS)

Sources: ........

Menemui saudara ku sekelian, baru baru ini sekali lagi Yahudi bermaharja lela membantai penduduk Gaza, tanpa merasa belas kasihan, ini dapat difahami kerana bagi kaum Yahudi, Palestin adalah negeri mereka, walaupon dari segi sejarah, memang mereka tahu, Israel memang bukan milik mereka yg mutlak, terima kasih kepada kerajaan British yg. memberi mereka penempatan selepas dihalau oleh Hitler pada perang dunia kedua.

Tak perlulah saya mengulang lagi peri laku kaum Yahudi yang sekian lama di halau oleh umat manusia dari zaman Firaun lagi, berjuta juta kaum Yahudi telah dibunuh, tiada suatu bangsa didunia ini yang dibunuh begitu ramai dimuka bumi ini dan kini telah muncul pula di Amerika, kumpulan anti Yahudi , kerana mereka (pribumi Amerika) telah mulai sedar yang mereka telah menjadi hamba dibawah telunjuk Yahudi (Proxy)

Hanya masa akan menentukan peledakan dimana kaum Yahudi pula akan menemui penghalauan beramai ramai keluar dari bumi Amerika, mustahil? Jika anda lihat sejarah, tiada apa yang mustahil akan berlaku terhadap kaum Yahudi.

Setelah memantau beberapa lelaman web saya ada terbaca tesis mengenai kaum Yahudi dan saya tertarik untuk membaca dan menterjemahkanya ke bahasa Melayu, semuga ianya dapat memberi menafaat kepada kita dan jenerasi mendatang.

Janganlah kida dok mengutuk kaum Yahudi terus terusan, sedang badan dunia (UN) tak dapat melakukan sesuatu. Pembantaian secara zalim diGaza akan segera dilupakan tanpa satu pon general tentera Israil dibawa kepengadilan (sila lihat sejarah UN) maka itu kaum Yahudi bertambah bongkak, tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab disekeliling mereka.

Tesis itu bertajuk “Why the jews so smart” suka cita saya alih bahasakanya secara rengkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara diet saya, semuga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan jenerasi yg baik. Hakim Ma’ruf Bin Hj Abdul Kadir Universiti Massachuset USA. Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor.

Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar?

Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.

Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.

Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.

menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.

Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka.

Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!) Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan.

Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.

Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.

Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia!

Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.

Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik.

Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok.

Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.

Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana?

Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja.

Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

28 Feb 2009

Hepi Bday To Me!!!

Salam semua...

Hari ni hari jadi aku yg ke 24...aku sendiri pun dah lupa...

nasib baik ler family and kawan2 wish baru aku teringat...

anyway....thanks to all....

25 Feb 2009

Perjalanan Hidup

Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titianRimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi

Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari suatu kebebasan
Mencari satu kedamaian

Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan miliku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padaMu
Oh Tuhanku

Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan miliku
Oh Tuhanku

Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padaMu
Oh Tuhanku

Aku setia hanya padaMu
Aku setia hanya padaMu


*saje nk post lagu ini...liriknya sgt bererti... :)

15 Jan 2009

SALAM TAHUN BARU...........

Salam semua...........lupa lak nak wish hepi new year kat site ni....sibuk sgt nampaknya...hu3...

anyway semoga semuanya berjalan lancar untuk tahun ini dan tahun2 mendatang...



~Kiamat Suda Dekat