29 Apr 2012

Masih.Mencari

Kesilapan sering berlaku. Terlajak  perahu boleh diundur...tersilap tindakan...bolehkah dimaafkan???

Sebagai seorang manusia yang tidak sempurna, jalan kebaikan tu sentiasa terbentang luas. Cuma tak

mampu untuk berganjak. .. Terkapai-kapai mencari diri yang jauh terlencong dari jalan asal yang aku

pilih.... Kalau tak bermula sekarang bila lagi...Bukan untuk sementara tapi dengan konsisten dan bukan

cakap kosong....Ini bukan yang aku nak. Aku perlu memulakan langkah pertama. Aku boleh!....

12 Apr 2012

Hala.Tuju

Orang selalu cakap, hidup mesti ada tujuan. Memang setiap orang dilahirkan ada peranan masing-masing. Cuma situasi dan persekitaran kadang-kala tidak membantu. Sebab dalam diri sesetengah manusia itu ada sifat cemburu dan hasad yang memang tidak dapat dielakkan terutama mereka yang angkuh dan tidak bersyukur dengan pemberian Allah.

Walaupun kadangkala, seseorang itu dianggap paling jahat atau hina selepas satu kesilapan yang dilakukan, maka kesilapan itu lah yang dilihat. Tidak pula dilihat, peranan kita sebelum seseorang itu membuat kesilapan. Sedang kita hanya tahu mengutuk dan mengeji orang itu tanpa ada rasa sedikit perasaan untuk berfikir setiap manusia itu mencerminkan diri manusia lain. Terutamanya persekitaran yang berdekatan. Manusia dalam mengejar dunia, terlalu angkuh dan kadang kala mementingkan diri sendiri tanpa ada rasa untuk cuba menolong orang sekitarnya untuk berjaya sama. Selalu memandang rendah, menghina, walaupun hanya baru saja mengenali orang itu atau hanya mendengar dari buah mulut orang lain.

Akhir zaman fitnah menjadi-jadi...minta2 diri ini dijauhkan dari semua itu.


p/s: muhasabah diri :|

10 Apr 2012

Ah!..Jam.Kesayanganku.Hilang

*walaupun dh nak dekat sebulan hilang baru skg nk gtau..haha

Aku tak tahu mana aku letak jam aku. Tahu2 je dah takde. Takpe maybe Tuhan nk bg jam lebih baik kat aku nanti. Atau dapat hadiah orang bagi..hihi.

Aku cari kt toilet pun takde, surau tempat kije pun takde, kat parking pun takde...ntah mana2 la peginya...

Tapi takpela...guna voucher parkson beli baru nanti...nak tunggu orang bagi..mcm tak mungkin...hehehe


*kdg2 termengeluh juga...manusia la katakan ...huhu

4 Apr 2012

Kadang-Kadang.Letih.Memikirkan

Betul la pepatah omputih ada mengatakan "Don't Judge a book by it cover". Kalau dari segi luaran kita selalu tertipu dengan perwatakan seseorang. Kadang kita tengok orang tu nampak baik atau orang kata depan pijak semut pun tak mati...tapi belakang...kalau ade dinasour pun leh mati :)

Tapi itulah kan. Kadang2 mudah sangat orang memberi penilaian terhadap individu. Ada yang atas dasar dengki (bagi aku orang macam ni mmg hati busuk, walaupun ade antara orang yg mcm ni solat pun tak tinggal, tp solatnya tu tak memberi kesan pun..wallahua'lam), mereka ni hati penuh dengan andaian kotor. Walau ade antara mereka ni belajar tinggi bertingkat-tingkat...tapi hati yang busuk itu berbelas tingkat. Manusia yg mcm ni satu je, dengki apa yang orang lain ade. Perlu ke? Bersyukur adalah perkara yang sebaiknya.

Nape kita nk dengki dengan apa yang orang lain ada. Tambah2 sesama muslim. Kita bersaudara. Tak kira bangsa. tak kira rupa. Bila dihasuti oleh bisikan2 jahat, orang yg macam ni selalunya lupa diri mereka tu siapa...Siapa diri mereka untuk mudah menghukum orang lain...


Kalau diikutkan penat nak pk apa yang orang pk. Tapi itulah kan. Selagi kita hidup selagi itu akan tetap ada ujian. Kadang2 ujian adalah pembalasan dosa2 kita (biar dibalas skg, jgn tertunggak sampai kiamat). Redha ajelah...yang penting dalam hati kita, biar ALLAH S.W.T sahaja yang Maha Tahu. Tak perlu nak berbangga diri, sebab sombong itu hanya milik ALLAH. Sebab dia Maha Segala...klu kita sombong, kita dh nak jadi seperti iblis laknatullah...dari sebaik-baik malaikat tp dilaknat sbb sombong dan bongkak. harap kita tak jadi macam tu. Walau siapa pun kita, walau dimana kita berada..apa pun yg kita buat..semoga Allah sentiasa tunjuk jalan yang sebetulnya...


Akhir kata...aku nak mitak maaf kepada semua manusia kat dunia ni yang aku kenal ke tak kalau ade tersilap kata tersalah bahasa.. kita semua bukan sempurna. Tapi kita semua boleh bersatu dan cuba menyempurnakan diri antara satu sama lain... :)