17 Aug 2011

Jika ini Ramadhan terakhir....

Pernah terfikirkah kita, jika setiap hari yang kita lalui adalah hari terakhir kita dalam dunia ini. Mungkin esok lusa, ajal datang menjemput...Ramadhan kali ini mungkin juga Ramadhan terakhir bagi kita. Apa yang sepatutnya kita buat?

Mengharapkan keampunan dari Tuhan, beribadat tiap malam dan sebagainya. Adakah itu mencukupi? Ku lihat ramai yang berpuasa. Ramai juga yang tidak. Yang berpuasa juga membuat maksiat apatah lagi yang tidak berpuasa. Jadi apa beza?


Yang pasti yang, hati dan Iman lah yang akan mengubah kedudukan diri seseorang itu. Samada mahu berubah atau tidak. Kerana rupa fizikal yang kita lihat mungkin tak dapat memberi gambaran sebenarnya apa yang tersirat dalam lubuk hati seseorang. Kerana hanya Tuhan Yang MAHA TAHU apa yang tersirat di lubuk hati manusia. Walaupun mereka itu teman baik kita, mereka itu keluarga kita, mereka saudara sesama Islam kita, yang pasti dalam lubuk hati mereka sahajalah penentu samada mereka itu di pihak kita atau tidak.

Jika ini Ramadhan terakhir, ku harapkan Tuhan memberikan kekuatan untuk meneruskan apa yang telah lama diperjuangkan oleh hati....ku harap ketakwaan bertambah dan lebih berkat untuk meneruskan hidup ini....

No comments: