12 Feb 2012

Perkataan.Sama.Dengan.Perbuatan dan Personaliti?

Assalamualaikum...

Citer sal virus belum hbs lagi. Tapi ini bukan sambungan, sedikit sebanyak ada kaitan.
Tentu ramai antara kamu yang ada akaun facebook (eden pun ado....hehehe), dengan facebook dunia dah tiada sempadan dan dunia ni macam kecik jek. Aktiviti kawan2 dan sedara yang jadi kawan dalam facebook pun kita tahu. Bagus facebook ni kan.

Tapi yang tak bagusnya, dari segi penggunaan ke arah yang mungkin tak berapa ok.
Kadang2 tanpa memikirkan baik buruk pun kita kadang2 tersilap memberi komen atau post sesuatu yang mungkin memberi kesan dari sudut lain samada individu atau persepsi orang lain.

Kalau boleh, letak lah sesuatu perkataan yang positif dan membina. Ia hanyalah sekadar apa yang kita buat dan mungkin kita fikir. Kadang2 yang lepas geram pun ada. Apa yang kita tulis pun kadang2 tak terfikir yang ianya menunjukkan apa yang ada pada diri kita sbnrnya.

Apa pun selamat menggunakan facebook dengan jaya dan positif. Supaya apa yang kita luah akan jadi doa dan memberi manfaat kepada orang lain. Berilah sesuatu yang memotivasikan diri dan juga inspirasi....sebabnya sesuatu yang positif yang datang daripada sesuatu akan merebakkan kepada orang lain dan bila semua positif maka hati akan tenang dan sebaliknya.

Karma hidup, apa yang anda beri itu yang anda dapat.


p/s: aku pun try nk jadi sentiasa positif dan optimis walau dalam apa jua tekanan dan dugaan. sbb itu yg akan mematangkan diri.

No comments: