19 Jul 2010

Usah ditangisi resam dunia....

Ada ketika kita akan berada di atas dan ada ketika juga kita di bawah. Itu lumrah. Motivasi akan turun naik mengikut peredaran masa dan suasana yang kita alami. Sesuatu yang tidak terjangka. Akan ada keluhan, tangisan, ratapan, rintihan dan sebagainya. Ini adalah kerana tidak lain tidak bukan kita terlalu terikut-ikut dengan dunia bukan realiti seperti dalam cerita-cerita filem dan drama. Padahal, setiap awalan atau akhiran cerita telah termaktub bahawa..."Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tidak berkenaan dengan yang hidup atau yang telah mati..." :)

Dunia ni bulat. Bukan bujur. Atau dalam bahasa yang lebih 'fiziknya', bumi ini sfera. Pusing-pusing jumpa benda yang sama je. Cuma suasana sahaja yang berbeza. Terpulang pada diri masing-masing untuk hadapi. Kalau terus diratapi dan ditangisi sesuatu pemergian atau perpisahan, maka hidup ini tiada lagi maknanya.

Terima kasih kepada insan-insan yang sentiasa memberi dorongan dan nasihat serta semangat untuk teruskan perjalanan ini yang entah bila destinasinya akan tamat. Suratan dan kebetulan sentiasa melintas di jalan-jalan hidup kita ni.

Sesuatu yang kita suka atau sebaliknya...

"barangkali kita tidak menyukai sesuatu sedangkan ALLAH mengetahui ia baik tuk kita....dan barangkali kita menyukai sesuatu sedangkan ALLAH mengetahui ia tidak baik tuk kita.... "


Tafsir Al-Baqarah (216)...


kepada mana-mana insan yang pernah terluka, kecewa dengan perbuatan diri ini, ku mohon berjuta kemaafan andai dengan sengaja atau tidak telah memnyebabkan hati dan perasaan etc terguris..diri ini selalu lalai dengan nikmat dunia....

doakanlah hati dan diri kita semua terlorong ke jalan-jalan suci yang membawa ke tamana abadi.......InsyaALLAH...

No comments: