30 Oct 2010

Ya ALLAH Kuatkanlah Aku dan Seluruh Hamba Mu...






Di saat diri menjauhi Mu...Kau tidak pernah sedikit pun jauh
Di saat diri mencuba mendekati Mu, ujian dan cubaan hidup Kau berikan
Semuanya untuk kebaikan Hamba Mu...
Kerana harga sebuah syurga bukanlah murah...

Di kala diri meniti hujung kewarasan akal
Kau sentiasa memandu ke tepian aman
Di kala persoalan hidup merantai jiwa
Kau berikan jawapan yang pasti

Namun sebagai Hamba yang tidak sempurna
Daku tetap terjatuh ke lopak yang sama
Namun daku terus mencuba
Walau dipalit duri semalam
Walau dunia tidak endahkan
Asal dapat mengecapi nikmat tenang
Yang Abadi dan Hakiki

Di dunia dan di akhirat..

Terima Kasih Tuhan....

No comments: