7 Jun 2010

P.O.L.I.S: Antara Tanggungjawab Keselamatan Negara dan Penilaian Masyarakat

Kisah seorang pelajar mati ditembak oleh seorang anggota polis menjadi berita tergempar di dada-dada akhbar tahun ini. Bermula dengan itu, disusuli pula dengan beberapa kes lain. Selepas itu, masyarakat seperti sentiasa mencari kekhilafan anggota-anggota polis untuk dijadikan bahan tohmahan dan celaan. Tidak kurang juga yang memberi komen-komen panas di blog-blog dan juga email berantai. Hinggakan ada yang membuat fan page dan group dalam sesetengah laman sosial. Persoalan yang timbul, berfikirkah mereka ini?
Teringat saya rangkap skrip dalam drama Nur Kasih, "Orang yang cepat menghukum, orang yang cetek ilmunya".
Ilmu tidak semestinya diperoleh di pusat pengajian tinggi. Ilmu itu luas. Ilmu boleh didapati dengan usaha dan juga perbincangan. Tapi bila bab menghukum sesama manusia, jarang sekali mereka berfikir menggunakan ilmu. Jarang sekali mereka menggunakan akal. Cerita sebenar belum disahkan namun pelbagai cerita sudah berlegar di alam maya dan juga media. Hingga menyebabkan ada yang seperti takut bila berhadapan dengan Polis. Bila mana terserempak dengan Polis, di jalan raya, di kedai makan dan sebagainya, pasti mereka-mereka ini akan memandang sinis kepada anggota Polis.
Bak kata pepatah, "kerana nila setitik rosak susu sebelanga". Yang rosak sebenarnya akal si penilai, pengkritik itu sendiri. Tahukah mereka, bahawa anggota Polis bertugas tanpa mengira masa untuk menjaga keselamatan kita. Hinggakan ada yang sanggup tinggal berjauhan dengan keluarga kerana tugas kepada negara. Mereka mengorbankan tenaga, masa dan nyawa demi siapa? Demi kita semua. Tapi yang mereka dapat hanyalah cacian dan makian. Memang tidak dinafikan, ada segelintir yang mungkin betul seperti apa yang di nilai. Tapi, wajarkah itu semua?
Sepatutnya difikirkan dulu akibat daripada mulut mereka dan penulisan mereka (bloggers) yang mengkritik dengan melulu ini. Anggota Polis adalah manusia juga. Bukan robot. Kita semua ada kekurangan dan kelemahan masing-masing. Jika terus mengkritik, ini akan menyebabkan trauma kepada keluarga dan saudara anggota-anggota Polis yang lain. Mungkin juga kepada anggota Polis itu sendiri.
"Memang itu tugas mereka sebagai anggota Polis. Mereka perlu terima". Itu antara ayat yang selalu kita dengar. Jika itu yang mereka faham, seperti mereka yang menilai ini adalah orang yang "sempurna"...pada kaca mata sendiri.
Tindakan mengkritik secara melulu ini sepatutnya perlu di hiasi dengan pemikiran sedalam-dalamnya tentang akibat kepada orang lain juga. Kita tidak boleh hanya pentingkan diri sendiri.
Yang bersalah memang mendapat hukuman. Tapi kita yang mengkritik ini, hanya mendapat dosa. Tapi belum juga sedar. Yang bersalah sudah sedar akan kesilapan.
Teringat saya perbualan si A dengan si B. Si A menceritakan tentang keburukan seorang anggtota Polis yang menahannya. Si A berkata kepada si B yang nasib dia tak elok arini sebab disaman Polis. Sambil memaki dan sebagainya dia terus berbual dengan si B. Si A menambah aggota tersebut menyamannya dan dia meminta untuk dikurangkan. Namun, anggota tersebut tidak mahu berbuat demikian. Jadi, si A meminta untuk diselesaikan terus perkara tersebut tanpa saman (rasuah)......
Bila mana kita menuding jari ke arah orang lain, sesungguhnya jari-jari yang lain menuding ke arah kita. Itu lah yang saya boleh gambarkan di sini. Si A yang memberi rasuah. Bukan anggota Polis yang meminta..Berfikirlah...
CEPAT.MESRA.BETUL
------------------------------------------------------------------------------------------------
*setiap perlakuan saudara kita adalah cerminan kepada kita jua - Wan Abey

No comments: