30 Mar 2010

Kau Tanya Ku Kenapa???



Bila kau tanya kenapa ku terima mu, aku terdiam.
Kau jawab kau memilihku kerana aku adalah aku.
Kerana kau yakin denganku.
Kerana kau pasti aku adalah terbaik untukmu.


Bila kau tanya kenapa ku terima mu, aku membisu.
Kau jawab kau memilihku kerana tak mahu lagi terluka.
Kerana tidak mahu lagi untuk rasa kehilangan seperti dulu.
Terseksa kerana cinta yang palsu.
Yang belum tentu penghujungnya


Bila kau tanya kenapa ku terima mu, aku terkaku.
Kau jawab kau memilihku mahu hidup bersamaku.
Walaupun belum pernah kau kenal diriku.


Sebenarnya itulah jawapanku untukmu.
Ku terimamu dengan hati yang tulus ikhlas.
Semoga kita bahagia. Di dunia dan akhirat.
Kerana ku yakin dan percaya.
Kita ditakdirkan untuk bersama.



---------------------------------------------------------------
by: Wan Abey | 30MARCH2010 | 11:28PM






No comments: