28 Jan 2010

Bumi Tempat Ku Menumpang



Bumiku,
Tempatku berteduh pinjaman Tuhanku,
Semakin tua menjengah usia,
Jahanam kerana manusia dan juga kaum kerabatnya yang lara.

Aku di sini siapa?
Aku tak punya kuasa,
Hanya calar-calar tinta,
Menghukum mereka yang alpa.

Tiada madah dewan acara,
Tiada titah sultan dan raja,
Hanya kerana rasa sedih dan hiba,
Atas kelakuan mereka-mereka kepada dunia.


Wan Abey
28 Januari | Khamis | 1:31 am

No comments: