21 May 2013

Politik.Oh.Politik

Demam EPL dah lepas. Demam kedua,  Pilihanraya pun dah lepas. Akan tetapi demam kedua ni belum

sembuh lagi nampaknya. Malaysia negara demokrasi. Kebebasan bersuara tak diberi sepenuhnya. Aku ni

bukan 'terrorist' sangat pasal politik akan tetapi daripada pandangan mata kasar yang boleh nampak ni,

politik Malaysia lebih kepada politik kroni. Betul ke tak? Aku pun tak tahu. Belah pembangkang buktikan

dengan fakta. Belah kerajaan dibuktikan dengan "telanjangan" (video lucah dan sebagainya). Di sini kita

bukan nak melihat dari segi moral semata-mata. Tiada manusia yang sempurna, itu memang kita akur sebab

kita bukannya di utuskan sebagai malaikat atau nabi. Kita manusia yang dijadikan untuk memcari keredhaan

Ilahi dengan bersujud kepada-Nya.


Bertaubat jalan terbaik atas segala dosa. Jadi kalaulah ade antara ahli politik kita makan rasuah, tidak

bermoral dan sebagainya, kita sebagai rakyat berhak menegur, tidak kira kepada pihak pembangkang atau

kerajaan. Akan tetapi pilihan untuk berpuak-puak dan serangan provokasi diterjemahkan, bukannya

perbincangan. Diharap agar suatu masa nanti Malaysia ini menjadi negara yang aman dan hidup isi rakyatnya

bertunjangkan agama, bukan duit bukan harta bukan dan sewaktu dengannya. Baru selesa.


Kalau hanya pertahankan bangsa sahaja, mana2 dunia pun tak aman. Sebab berlainan bangsa bukan untuk

dijadikan asas untuk hidup berpuak-puak. Kenapa kita boleh berkongsi kepelbagaian budaya dan makanan

tetapi tidak kesatuan silaturrahim? Fikir-fikirkanlah. Demi masa depan anak cucu kita semua..



* sekadar berkongsi pemikiran. bukan provokasi :)



Dalam  setiap teori konspirasi...mesti ada yang dijadikan kambing hitam - John Doe  / Prison Break
hanya mereka yg tertentu shj faham ;)

No comments: