11 Apr 2013

Bakat.Dan.Berkat

Salam all...

Kali ni terdetik untuk berkongsi pandangan berkenaan dengan "apa yg kamu nak dalam hidup ni".
Betul ke setiap manusia dilahirkan dengan "keupayaan" a.k.a "gift". Ada yang pakar matematik dan ade juga
yg belum tadika dan boleh membaca dan sebagainya. Tetapi "keupayaan" tu ada juga yg tidak bertahan
lama.


Ada manusia bijak tapi kebijaksanaanya tidak diguna pakai dengan baik. Jadi apa guna ada keupayaan itu.
Kita lihat ramai graduan lahir daripada universiti tapi ramai juga yg menganggur. Ada yang pasrah dan ada yg
menyerah dengan urusan "takdir". Tetapi usahanya sudah mengenal putus asa.

Jadi, yang sebetulnya, persoalan yg penting adalah apa yg kamu nak dalam hidup ni. Kalau sudah tahu jawapannya (berdasarkan congakan pengalaman) maka "go for it". Do what you want (as long as a good deed, good job etc). Baru akan rasa "happy". Kalau graduan dari universiti terkemuka sekalipun, kalau bukan minat takkan kemana. Ada doktor pun boleh jadi tukang masak. Buka restoran besar-besar. Sebab minat. Ada professional yang gaji beriban-riban pun berhenti kerja dan buka perniagaan sendiri. (penat klu bekerja cari wang, sistem kapitalis mmg macam tu. Kerja cari duit. Cukup bulan dapat gaji. Bayar hutang credit card, rumah kereta etc...jeng jeng jeng...tunggu gaji bulan depan bulan depan pula...dan terusan smpai dah tua....).


Jadi jika kamu fikir kamu ada keupayaan itu (setiap orang pasti ada) maka jangan fikir panjang sangat. Buat solat istikharah, solat hajat ke (bukan stkt nk cari jodoh je ye :) ) mudah mudahan Allah tunjuk jalan.


p/s: Pesanan buat diri sendiri :)





No comments: