24 Jun 2012

Adakah.Keputusan.Ini.Tepat???

"awak...saya cintakan awak sebab saya ikhlas"

I.K.H.L.A.S....

Satu perkataan yang senang diluahkan. Tapi yang pasti hanya Dia Yang Maha Tahu.
Tapi aku rasa aku cuba untuk seikhlas mungkin mahu mendidik diriku supaya jadi apa yang aku nak. Seperti aku yang dulu2. Dalam masa yang sama, aku nk juga cuba untuk ubah dia kepada yang lebih baik. Aku pun bukannya baik. Tapi tak salah kan kalau kita nak berubah (itu yang sepatutnya). Tapi dunia terlalu susah untuk dipisahkan. Tapi bila kita berada dalam kesusahan, baru kita tahu siapa kawan siapa lawan. Walau apapun jadi aku belajar bahawa Dia tetap berada dekat dengan hamba-Nya. Dia....Tuhan Yang Maha Esa.

Aku cakap aku ikhlas mencintai makhluk-Nya. Yang tak kekal seperti-Nya. Tapi aku tak selalu mengingati-Nya seperti mana Dia igt kat aku setiap saat tak pernah gagal. Apa yang aku buat, aku makan, aku minum, aku hirup, aku guna...semua datang dari Dia. Bila-bila masa pun Dia boleh tarik balik. Yang pasti aku tak pernah berbangga untuk mengatakan apa yang aku ada adalah atas usaha aku. Tapi dengan izin-Nya. Ujian itu bukan setakat kesusahan, tapi ada juga kesenangan. Aku tidak tahu berapa lama aku harus begini. Aku taknak lagi macam ni. Aku nk jadi aku yang dulu. Supaya aku lebih dekat-Nya. Salah atau tidak tepat ke keputusan aku ni...Berilah hamba-hamba-MU peluang Ya Rabbi.....

No comments: