4 Apr 2012

Kadang-Kadang.Letih.Memikirkan

Betul la pepatah omputih ada mengatakan "Don't Judge a book by it cover". Kalau dari segi luaran kita selalu tertipu dengan perwatakan seseorang. Kadang kita tengok orang tu nampak baik atau orang kata depan pijak semut pun tak mati...tapi belakang...kalau ade dinasour pun leh mati :)

Tapi itulah kan. Kadang2 mudah sangat orang memberi penilaian terhadap individu. Ada yang atas dasar dengki (bagi aku orang macam ni mmg hati busuk, walaupun ade antara orang yg mcm ni solat pun tak tinggal, tp solatnya tu tak memberi kesan pun..wallahua'lam), mereka ni hati penuh dengan andaian kotor. Walau ade antara mereka ni belajar tinggi bertingkat-tingkat...tapi hati yang busuk itu berbelas tingkat. Manusia yg mcm ni satu je, dengki apa yang orang lain ade. Perlu ke? Bersyukur adalah perkara yang sebaiknya.

Nape kita nk dengki dengan apa yang orang lain ada. Tambah2 sesama muslim. Kita bersaudara. Tak kira bangsa. tak kira rupa. Bila dihasuti oleh bisikan2 jahat, orang yg macam ni selalunya lupa diri mereka tu siapa...Siapa diri mereka untuk mudah menghukum orang lain...


Kalau diikutkan penat nak pk apa yang orang pk. Tapi itulah kan. Selagi kita hidup selagi itu akan tetap ada ujian. Kadang2 ujian adalah pembalasan dosa2 kita (biar dibalas skg, jgn tertunggak sampai kiamat). Redha ajelah...yang penting dalam hati kita, biar ALLAH S.W.T sahaja yang Maha Tahu. Tak perlu nak berbangga diri, sebab sombong itu hanya milik ALLAH. Sebab dia Maha Segala...klu kita sombong, kita dh nak jadi seperti iblis laknatullah...dari sebaik-baik malaikat tp dilaknat sbb sombong dan bongkak. harap kita tak jadi macam tu. Walau siapa pun kita, walau dimana kita berada..apa pun yg kita buat..semoga Allah sentiasa tunjuk jalan yang sebetulnya...


Akhir kata...aku nak mitak maaf kepada semua manusia kat dunia ni yang aku kenal ke tak kalau ade tersilap kata tersalah bahasa.. kita semua bukan sempurna. Tapi kita semua boleh bersatu dan cuba menyempurnakan diri antara satu sama lain... :)

No comments: