10 Nov 2009

Kisah Iktibar 1

Diceritakan oleh USTAZ NAHRAWI MARZOKI

PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satujenazah yang bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa... tapidari sejak Allahyarham meninggal dunia, darah takberhenti-henti keluar. Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebabkemalangan. Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan jenazah berdarah macam itu sekali. Apakah yangberlaku kepada Allahyarham? Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempatdi Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian tak dapat saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seoranglelaki, meninggal ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dansemasa hidupnya, Allahyarham bolehlah kita golongkan sebagai orang kaya. Diapegawai kerajaan dan pernah menjadi penolong pengarah agensi tempat dia bekerja.


Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal duniadi rumahnya pada pukul 8.30 malam kerana sakit biasa.Tapi saya diberitahu doktor pun tak tahu apa penyakit yang dihadapinya. Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah apabilaAllahyarham habis saja nazak dan lepas itu menghembuskannafasnya yang terakhir, tiba-tiba saja darah mula keluardaripada seluruh tubuhnya, khususnya dari liang-liang dan rongga-rongga. ..dari mulut, telinga, hidung, mata, celah-celahbulu roma dan celah-celah kuku. Mula-mula sedikit, tapi makinlama makin banyak sampai mayat itu dipenuhi darah. Darah itupun tak putus-putus keluar. Cukup mengerikan.. .dan menyedihkan. Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak Allahyarhampergi ke rumah saya. Masa itu kira-kira pukul 11.00 malam.Kebetulan pula anak Allahyarham itu murid saya yang memang saya kenal sangat. Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata, "Ustaz,ayah saya meninggal dunia. Ustaz boleh tolong tak?" Saya kata, "Boleh, tapi kenapa pula? Ada masalah ke?" "Mayat ayat saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya mintasangatlah ustaz dapat tolong kami," kata anak Allahyarhamtadi. Bagaimanapun dia tidak ceritakan pada saya apa yangterjadi pada mayat ayahnya itu.


Saya pun pergi ke rumahnya. Apabila sampai di rumahnya baru diaceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah dan terus pergi ke tempat Allahyarham diletakkan dan...masya-Allah, saya tengok darah sudah penuh di seluruh badanAllahyarham. Baunya pun semakin hanyir. Busuk. Dan busuknyapun lain dari yang lain...sukar untuk saya gambarkan hinggakan kemenyan yang dibakar dan bau-bauan pun tak boleh mengurangkanbau busuk mayat itu... Apabila saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia sepertidalam keadaan cemas, takut... langsung tidak ada tanda-tanda kejernihan dan nur di wajahnya. Apa yang sebenarnya dialamidan dirasai oleh Allahyarham ketika itu wallahuaklam. Allahyang lebih mengetahui. Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam lebih dia meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya.


Dalam hatisaya berdoa dan beristighfar supaya saya dapat uruskannyadengan cara terbaik dan tidak berlaku lagi sesuatu yangmengaibkan Allahyarham. Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah tadi.Kami ambil kapas dan tutup mulut, hidung, mata, telinga danrongga-rongga besar pada mayat. Tapi Allah itu Maha Berkuasa,kapas itu tidak mampu menahan darah yang keluar. Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah utukdiganti dengan kapas yang lain, darah meleleh keluar darirongga-rongga tadi. Menjejes hingga kain dan tikar tempat kamibaringkan mayat itu menjadi merah. Tidak tahulah berapa banyak kapas yang kami gunakan, tapi tak berkesan. Allah jua yang menentukan. Tidak cukup dengan darah, tambah menyedihkan saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuhAllahyarham tadi tiba-tiba menggerutu. Keluar satu bahan berlendir, menggerutu macam cacar yang berbonjol-bonjol dimuka dan badannya.


Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya.Makin lama bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidakketerlaluan kalau saya katakan di sini iaitu wajah jenazah tersebut sudah tidak menyerupai wajah manusia lagi. Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakankepada semua kaum keluarga Allahyarham dan pembantu saya,"Kita mesti kebumikan jenazah ini malam ini juga." Mereka bersetuju. Selain daripada dua orang pembantu, tiga orang anakAllahyarham juga menolong saya menguruskan jenazah bapanya.Tapi sedih, seorang demi seorang anak Allahyarham itu pengsankerana tidak sanggup melihat keadaan mayat bapa mereka itu. Akhirnya tinggallah saya dengan dua pembantu saya tadi. Bagi mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan menjadimerah, saya ambil keputusan untuk membalut Allahyarham denganplastik...plastik alas meja yang berwarna putih. Selepas itu barulah kami balut mayat tadi seperti biasa dengan kain putih.


Mengikut syarak, mayat tidak digalakkan dikebumi malam-malam.Tapi dalam keadaan darurat seperti itu saya tidak boleh tunggulama-lama. Kebetulan pula kawasan perkuburan terletak tidak jauh dari rumah Allahyarham, kira-kira dua kilometer sahaja,jadi kami cari lampu dan spotlight. Dalam waktu dinihari yanggelap dan sejuk itu kami suluh jalan dan kawasan kuburAllahyarham. Kami mula kebumikan Allahyarham itu kira-kira pukul 1.30 pagi. Sampai saja ke kuburnya , berlaku sekali lagi peristiwa aneh, yang amat mengharukan. Kuburnya dipenuhi air! Air itu macamair biasa tapi tak putus-putus keluar dari celah bumi. Inimemang aneh sebab hari itu tidak hujan. Kalau hendak dikatakankawasan kubur itu rendah, lembah.. tak juga sebab sudah banyak kubur di situ tapi tak pernah pula terjadi macam ini.


Memandangkan orang ramai sudah mula kecoh, kami ambilkeputusan mengebumikan juga mayat itu dalam keadaan iaditenggelami air. Menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air itu bertukar menjadi merah kerana bercampur dengan darah. Hanyir,busuk....susah saya nak cakap macam mana baunya ketika itu.Makin lama warna air itu makin merah. Mujur waktu itu tengah dinihari, orang yang datang ke kubur tak nampak sangat. Kalausiang... Kami pun benamkan jenazah tadi, endal betul-betul dan kemudian tutup dengan papan. Kami buat betul-betul supaya jenazah tidakterlungkup. selepas selesai semuanya. kubur pun dikambus.Selesai ditalkinkan, saya dan semua yang menghantarAllahyarham ke kubur kembali semula ke rumah masing-masing dan saya menenangkan keluarga Allahyarham yang bersedih. Entah apa kesalahan yang telah Allahyarham lakukan saya taktahulah.


Yang tahu cuma Allah dan Allahyarham. Bagaimanapunsaya yakin ia adalah balasan Allah kepada Allahyarham. Bagi saya ini satu iktibar. Saya tidak mengatakan Allahyarham telahmelakukan sesuatu kesalahan besar tapi bagi saya, darah inimempunyai tiga kaitan dan mungkin apa yang berlaku padaAllahyarham ada kaitan dengan salah satu daripadanya. Saya kata mungkin...bukan menuduh.


PERTAMA, janganlah sekali-kali kita membunuh orang.Membunuhpula banyak caranya. Saya bukan kata Allahyarham ada membunuhorang tapi perlu diingat darah itu mahal harganya. a

KEDUA, ia mungkin ada kaitan dengan makanan dan minuman. Janganlah kita memakan makanan dan minuman yang haram sebab iamenjadi sumber darah yang mengalir dalam tubuh kita ini.Jauhkanlah diri daripada rasuah, makan harta anak yatim atauduit masjid, harta pusaka dan sebagainya yang bukan milik kita.

KETIGA, hormatilah darah. Kalau ada darah di rumah atau dijalan raya akibat kemalangan, bersihkan;ah dengan air. Bagiperempuan, ingin saya ingatkan. Cucilah tuala wanita (semasahaid dan nifas) selepas anda menggunakannya. Bersihkan darah dengan air bersih baru dibuang tuala itu. Jangan buang begitusaja selagi masih ada darah kotor yang melekat pada tuala itu.Walaupun darah itu kotor, tapi ia juga makhluk Tuhan yangperlu dihormati. Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagaiiktibar. Ingatlah, suatu hari nanti kita juga kan menghadapAllah S...W.T. Berdoalah supaya perkara-perkara aib macam initidak terjadi pada kita.

No comments: