11 Nov 2010

Sekarang baru aku tahu apa itu "Life must goes on"

Memang tak sah klu hidup kita ni tak di duga dengan pelbagai ujian yang mungkin kadang kala mampu membuatkan diri hilang pertimbangan dan juga kepercayaan akan sesuatu. Tapi bagi aku semua itu adalah untuk menambah kematangan diri dan juga lebih mengenali apa itu sebenarnya hidup. Walaupun kadang-kadang sesuatu yang dilakukan itu tidak mendapat sokongan tapi jika niat kita itu untuk kebaikan diri dan semua, dengan izin-NYA semuanya akan berjalan lancar.

Kini aku dapat memulakan hidup baru. Yang lebih tenang. Cuba mendekati-NYA dan mendekati-NYA dengan lebih lagi. Tidak dinafikan kita manusia sering lalai dengan urusan dunia yang tidak ada penghujungnya. Namun keperluan hidup dunia perlu juga diseimbangkan dengan ilmu selepas mati.

Kita mati bukan sekadar tinggal keseorangan dalam kubur. Tapi akan dinilai pula dengan pelbagai timbangan pahala dan dosa yang pernah kita buat. Suatu hari seorang kawan bertanya. "Kau tak penat ke asyik tolong orang? Kau tak penat ke buat itu dan ini?". Dan pelbagai lagi persoalan dibangkitkan atas apa yang cuba aku buat. Namun, jika niat itu betul, aku percaya dan yakin dan tetap berfikiran positif bahawa niat yang betul, Tuhan akan pasti membantu.

Bukan mengharapkan balasan dan sebagainya.Asal apa shj perkara yang baik yang dilakukan itu ikhlas dan semoga dapat menghapus dosa-dosa. InsyaALLAH.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...Kerana hanya Dia yang MAHA TAHU apa yang terbaik untuk setiap manusia itu. ...

Minggu depan bermula lembaran baru dalam hidup aku. InsyaALLAH aku akan cuba yang terbaik. Mungkin inilah hikmah disebalik apa yang berlaku selama ini.

wallahua'lam

No comments: