14 Nov 2010

Gombak - Putrajaya-Bangi-Ijok-Gombak blik....

Bunyi cam penat jugak tjuk post ni....memang agak penat juga sebenarnya...he3...pe2 pun enjoy la hjg minggu klu ade je aktiviti. Hari jumaat ptg terus ke Hospital Putrajaya. Melawat akak aku yang masuk wad nk dekat seminggu. Tapi Alhamdulillah hari aku pergi tu mmg hari dia boleh kuar hospital. Aku lepak di Hospital dalam 3 jam lebih. Malam baru blik sbb nak kena tunggu prosedur itu n ini untuk keluar hospital. Dalam kul 10 mlm lbh baru la dapat pulang ke umah dia.

Tak terus ke Bangi..Tp abg ipar aku bawa akak aku p kedai dobi dia dulu kat Presint 14 aka Presint Diplomatik. Nak amik anak dalam botol...(bunyi cam cite ...dalam botol je...he3) actually nk amik anak dia yang keguguran yang diletakkan dalam botol kecik. Dapat lah aku lihat bagaimana rupa baby yang belum lengkap sempurna. Kecik sgt. Lebih kurang separuh kelingking aku. Apa pun belum ade rezeki kan. So hope, mereka berdua terima ujian Tuhan ini dengan tabah...

Terdetik rasa terharu plak dalam hati aku bila melihat janin yang belum lengkap sempurna itu. Malam tu aku tidur kat Bangi..

Pagi soknya plak balik gombak kejap. Lepas hantar Bro Man kt LRT Taman Melati aku terus begegas ke Ijok plak. Lama dah tak p jumpa anak-anak buah kat sana. Faris dh nak grad PASTI. Tapi aku tak dpt plak nk p graduation dia. Then Akil plak dah pandai ckp.He3...rasa cepat sungguh masa berlalu. Cepat sungguh mereka membesar. Si Hafiz plak masih tak boleh berjalan n demam plak ari aku p.

Tak dapat nak bawak p jalan2 ke Bukit Malawati or Pantai Remis Kuala Selangor. Tempat yang selalu kitorang p klu aku pergi ke sana jumpa mereka.

Harap2 mereka semua membesar dan menjadi orang-orang yang soleh. Seperti yang diharapkan oleh Abah dan Mamanya...InsyaALLAH

Tengahari aku dah terpaksa blik Gombak. Lagipun esoknya dah kerja...hu3...cepat masa berlalu sekarang...


No comments: