Orang selalu cakap, hidup mesti ada tujuan. Memang setiap orang dilahirkan ada peranan masing-masing. Cuma situasi dan persekitaran kadang-kala tidak membantu. Sebab dalam diri sesetengah manusia itu ada sifat cemburu dan hasad yang memang tidak dapat dielakkan terutama mereka yang angkuh dan tidak bersyukur dengan pemberian Allah.
Walaupun kadangkala, seseorang itu dianggap paling jahat atau hina selepas satu kesilapan yang dilakukan, maka kesilapan itu lah yang dilihat. Tidak pula dilihat, peranan kita sebelum seseorang itu membuat kesilapan. Sedang kita hanya tahu mengutuk dan mengeji orang itu tanpa ada rasa sedikit perasaan untuk berfikir setiap manusia itu mencerminkan diri manusia lain. Terutamanya persekitaran yang berdekatan. Manusia dalam mengejar dunia, terlalu angkuh dan kadang kala mementingkan diri sendiri tanpa ada rasa untuk cuba menolong orang sekitarnya untuk berjaya sama. Selalu memandang rendah, menghina, walaupun hanya baru saja mengenali orang itu atau hanya mendengar dari buah mulut orang lain.
Akhir zaman fitnah menjadi-jadi...minta2 diri ini dijauhkan dari semua itu.
p/s: muhasabah diri :|
No comments:
Post a Comment