4 Feb 2012

Apa itu VIRUS....

Kita mesti pernah dengan dengan perkataan VIRUS ni kan?
Kalau orang IT diorg ade virus computer. Kalau doktor pula dengan virus yang menyebabkan sakit yg pelik2 dan bahaya.

Apa itu virus komputer?

Virus komputer ni sebenarnya adalah software. Sebab komputer ni dibuat dengan bukan sahaja hardware (Mouse, RAM, Motherboard, Monitor etc) tapi juga software(Operating system, Words etc) yang mana memberi arahan kepada sesuatu komputer untuk bekerja.


Mana2 peralatan elektronik yang menggunakan OS mmg terdedah kepada VIRUS..banyak peralatan elektronik yang kita guna yang ada OS, contohnya Telepon bimbit, laptop, TAB..etc.


VIRUS yang canggih2 ni, mereka buat samada untuk merosakkan sistem trafik computer atau untuk mendapatkan sesuatu atasa kepentingan peribadi. Nak kata susah takde la susah untuk buat sesuatu VIRUS ni. Asal pandai manipulate code programming korang dah boleh buat virus. semuanya pasal programming jek. Buat satu software (igt software tu adalah satu arahan yg dicipta) bukan susah. Kalau kita ada asas programming pun dah boleh buat. Tapi untuk sekadar belajar sahaja bukan untuk menyusahkan orang ok :)...

Antivirus apa paling OK?

Pernah ditanya soalan ni? Sebenarnya kalau nak pakai mana2 antivirus pun takpe. Antivirus ni pun software juga. Tapi terbaik adalah antivirus yang selalu update dia punya virus definition. Antivirus sebenarnya software yang dibuat untuk detect seberapa banyak file atau suspected file yang berkemungkinan virus. Ia scan berdasarkan jenis format file. Kebiasaanya format .exe sebab format ini boleh melaksanakan apa2 arahan yang dibuat di dalamnya (executable)...


Nak cerita pasal ni tak habis....nanti sambung lagi ye :)

p/s: VIRUS yang nyata adalah IBLIS dan SYAITAN. Diorang ni dah janji untuk merosakkan manusia sejak zaman nabi adam lagi..so antivirus kita adalah dengan memperbanyakkan zikir, baca Al-Quran dan jangan tertinggal solat...InsyaALLAH...

No comments: