27 Dec 2011

Mencari.Kebenaran

Setiap hari, kita pasti mengalami satu perasaan. Sama ada sedar atau tidak, perasaan itu kadang kala boleh memberi kesan kepada orang lain. Sedih, gembira, geram, kecewa dan sebagainya. Ada orang melepas geram dengan pelbagai cara. Kadang kala cara mereka melepaskan geram itu begitu menonjol dan kadang kala ada yang memendam rasa sahaja.

Dengan kuasa teknologi yang ada pada zaman ini, blog, video dan rangkaian sosial dijadikan platfom untuk meluahkan segala yang terpendam. Tapi kita sebagai orang Islam sepatutnya tahu bahawa tempat bergantung harap dan rasa hanya pada Allah S.W.T. Doa merupakan senjata orang Islam. Tapi tak semua orang menyedarinya. Keluh kesah yang ada dilemparkan pada hal dunia hanya lah sementara. Dan yang Hakiki jarang sekali dipeduli. Kadangkala aku sendiri pun lalai. Dan aku cuba untuk perbetulkan diri. Perbetulkan segala yang aku tahu tapi aku tiada kekuatan untuk menjalankannya.

Kita selalu ego, terlalu bongkak dan sombong untuk menerima kebenaran yang terbentang. Sebaliknya diperkotakkan hal tersebut. Tidak konsisten dalam menjalankan syariat.
Mungkin terlalu cintakan dunia. Dunia semata-mata. Harap dapat mengambil peluang yang ALLAH sentiasa buka untuk orang yang sentiasa berfikir...

* muhasabah diri sendiri

No comments: