13 Dec 2010

Such a.....

arini blik kerja awal lagi. he3. then aku terus balik umah. sebelum tu singgah kat masjid dulu. igt nak solat kat umah aje. then entah kenapa tergerak hati nak solat zohor kat masjid plak. sampai je di masjid, aku terlihat seorang wanita warga indonesia berumur dalam penghujung 30-an aku agk, sedang bercakap dengan seorang seorang lelaki. aku agak pakcik tu baru nak pulang dari masjid tu.

aku parking motor kat garaj. tetiba wanita tadi mendatangi aku dan meminta tolong isikan topup untuknya. dia beri duit utk diisikan topup. mulanya dia bertanya nak topup dimana...aku menunjukkan ke arah kedai berdekatan masjid itu. namun dia seperti ketakutan dan seperti tidak tahu macam mana mahu cakap kepada orang kedai itu untuk beli topup. aku terangkan bagaimana nak ckp kat orang kedai itu utk beli topup..tp dia seperti ketakutan aje...so aku cakap aku nak solat dulu kejap then aku akan bantu dia selepas itu.

selepas solat Zuhur, aku kembali ke tempat aku parking motor. aku memanggilnya untuk menolongnya membeli topup utk telefon kakaknya (actually abgnya, mungkin orang indonesia panggil abg sebagai kakak kut). memandangkan telefonnya sudah nak kehabisan bateri. then aku terus amik no telefon daripada no yg miscall dia. mungkin abg dia aku agak. aku guna telefon aku untuk telefon dia. selesai cakap sume. dia berterima kasih. katanya dari semalam dia menunggu di masjid itu...timbul pelbagai persoalan dalam benak aku ni...then aku probing dia dengan pelbagai pertanyaan....damn! aku agak terkejut dengan penjelasannya...

dalam menunggu abg dia datang menjemputnya, aku meneruskan soal siasat yang tak rasmi...he3..kesian betul...aku niat menolong sebagai saudara sesama Islam. bagus juga abgnya memberitahu untuk tunggu di masjid sekiranya sesat..

katanya lagi, dia lari dari rumah majikan dia. sudah 6 bulan tidak dibayar gaji dan selalu juga dipukul tanpa sebab. aku bertanya kenapa tidak buat repot polis. katanya sudah beberapa kali buat repot. tapi tiada apa2 tindakan...then now baru aku dapat teka kenapa dia agak ketakutan...

aku meneruskan lagi tanya dia...samada no yg aku tpn tadi no abg dia atau majikan. fortunately no abg dia.. kalau no majikan dia xtaula apa nasib dia...aku kesian tgk dia...so aku tunggu sehingga betul2 abg dia yang datang...akak tu betul2 ketakutan...

alhamdulillah...yang datang betul2 abg dia...mereka berdua ucapkan terima kasih banyak2 dan dihulurkan duit kepada aku...but I refuse it...then aku blik rumah terus dgn pelbagai lagi persoalan....

yang menjadi persoalan kepada aku...dia dari semalam duduk kat masjid tu. nape tak seorang pun sudi membantu. no harm what...she just want to get a topup and call her brother...pulak tu dia tunggu dekat masjid. tentu sekali ramai yg pergi balik masjid yang lalu lalang disitu yang mungkin boleh membantu. tapi katanya kakak indon tu tiada yang sudi membantu. ...what da Fish! kalau macam tu la jemaah masjid tu, then what for ceramah tiap malam kat situ tapi hal sekecil itu pun tak bleh nak tolong...akak tu bukannya mintak sedekah ke apa. yg dia nak cuma tolong isikan topup....what if it happen to your family?? no one want to help. duduk je disitu satu malam sehelai sepinggang dengan nyamuk dan sebagainya. perempuan plak tu...what kind of comunity are they??? maybe dah jadi kt btg hidung sendiri baru la diorang sedar...


p/s: aku harap akak tu dapat kerja lain dan majikan yang ok la....








No comments: