31 Oct 2010

Akhirnya milik kita...

Piala Malaysia akhirnya berpihak kepada kita Rakyat Kelantan :)

Walaupun aku tengok dengan mendengar suara TV jek!...(tak clear gambor).

InsyaALLAH aku p stadium musim depan...:)

30 Oct 2010

Ya ALLAH Kuatkanlah Aku dan Seluruh Hamba Mu...






Di saat diri menjauhi Mu...Kau tidak pernah sedikit pun jauh
Di saat diri mencuba mendekati Mu, ujian dan cubaan hidup Kau berikan
Semuanya untuk kebaikan Hamba Mu...
Kerana harga sebuah syurga bukanlah murah...

Di kala diri meniti hujung kewarasan akal
Kau sentiasa memandu ke tepian aman
Di kala persoalan hidup merantai jiwa
Kau berikan jawapan yang pasti

Namun sebagai Hamba yang tidak sempurna
Daku tetap terjatuh ke lopak yang sama
Namun daku terus mencuba
Walau dipalit duri semalam
Walau dunia tidak endahkan
Asal dapat mengecapi nikmat tenang
Yang Abadi dan Hakiki

Di dunia dan di akhirat..

Terima Kasih Tuhan....

Rusa VS Kijang







Salam to all...


Malam ni penentu pasukan mana akan menjulang Piala Malaysia 2010. Sebagai penyokong Kelantan tentu sekali aku jangka pasukan Kelantan akan menang 2-0. he3...

dari wikipedia:

Piala Malaysia merupakan satu kejohanan bola sepak yang berprestij di negara Malaysia dan antara kejohanan yang tertua di rantau Asia. Ia dipertandingkan pada setiap tahun mengikut format yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan perlawanan akhir Piala Malaysia akan menutup tirai musim tahunan bola sepak negara. Piala Malaysia bermula pada tahun 1921 pada ketika itu Piala Malaya yang merupakan kejohanan bola sepak antara negeri-negeri yang membentuk Tanah Melayu. Kini setelah hampir mencecah 90 tahun, Piala Malaysia masih lagi menjadi rebutan pasukan-pasukan bola sepak tanah air.


25 Oct 2010

Hujung minggu yang fullest....

Minggu ni weekend yg agak penat tp enjoy. Dua hari p the Curve dan IKEA...tapi tak tgk wayang. cite cam xde yg best. hish!..dua hari aku lepak umah Man (my bro). Esok dah hari kije plak....memang cepat masa berlalu..


tapi agak lucu gak. cne bleh tetiba sesat. evrything happens for a reason then!..lepas solat Maghrib kt IKEA p kt steamboat lak. Nurul (my sis-in law) dan Man belanja. Makan punya makan perut aku dah full. Sbb tak habis makan so tapau la... sebab dah makan laksa kt Rawang kt umah kawan Man masa p survey umah lelong. Murah beb boleh dapat umah tu dalam RM15000 ke bawah...klu kt Kelantan ade rumah semurah tu mahunya aku beli...tp tula, agak jauh..mmg jauh sebenarnya :)


Hari n idan semalam mmg agak enjoy la orang kata weekend ni....hanya bagi aku..he3...maybe setiap lain hjg minggu punya aktiviti...

adios.....

24 Oct 2010

Dengan Izin-NYA

Setiap kali diriku merasa seperti tidak mampu meneruskan hidup lagi...
Terasa sangat kehilangan entah apa...
Menyatakan bahwa diri ku begitu sendirian
Semua ku lihat kelam-malam

...Dan kegelapan menyelubungi di seluruh jiwa ku
Adakala nya diriku merasa begitu tak berdaya
Hilang daya ku melihat jalan mana yang harus ku pilih

Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil..
Namun tidak pernah aku kehilangan harapan

Kerna ku yakin Allah selalu di sampingku
Insya Allah akan dapat ku mencari jalan cahaya..

Setiap kali diri ku melakukan satu kesalahan lagi
Terasa bagaikan pintu taubat tertutup bagi ku
Dan bahawa telah lambat untuk ku mencari jalan taubat
Adakala nya diriku menjadi bingung
Keputusan yang salah yang ku pilih
Keputusan sebegini menghantui fikiran
Dan hati ku penuh dengan rasa malu

Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil..
Namun tidak pernah aku kehilangan harapan

Kerna ku yakin Allah selalu di sampingku.
- www.iluvislam.com

Maher Zain, Thank You Allah versi Melayu...

Sakit ke BECINTA?




Salam to all...

Sejak dua menjak ni bila aje jumpa kengkawan lama or yang baru ke mesti tak lepas dari hal-hal berkaitan soalan cepu mas. Mesti you all pun sama. Ni bagi yang belum berpunya atau yang belum kawin la. Macam aku ni. He3.

Masing2 punya pendpat sendiri. Ade yg ckp belum bersedia. Ade yang cakap belum sampai seru. Ekonomi tak kukuh lagi. Itu pendapat biasa la kan. Masing2 ade pengalaman sendiri. So, terpulang. Tapi aku hairan ade yang dah tak nak pk pasal hal2 cari jodoh ni. Katanya sudah serik. Aku pun pelik. Kenapa boleh jadi macam tu. Seperti yang aku cakap, terpulang pada pengalaman masing2. Aku sendiri pun pernah mengalami keadaan mereka itu. Tapi takdela sampai serik atau sebagainya. Sebab perasaan kecewa itu sebenarnya datang daripada perasaan terlalu memikirkan hal itu pada masa yang ungkin tidak sesuai. It takes time...sometime...

Mungkin depa ni kurang yakin dengan Rukun Iman yang ke-6 (carilah sendiri...:) saje malas nk tulis). Tapi yang selalu berlaku masing2 salahkan antara satu sama lain.

Aduhai...tak ke mereka baca paper? orang yang bercinta bagai nak rak...kawin tak sampai sebulan pun ade. Kalau bukan jodoh. Memang tak kemana. Kalau dah jodoh, lepas beberapa puluh tahun pun ade jodoh dan kawin...(baca paper ade kisahnya). So berdoa lah jumpa jodoh dunia dan akhirat...hingga akhir hayat. Tak payah ler nak berjanji hidup semati, lautan api sanggup direnangi. Buang karen aje. Yang penting tahu tanggungjawab je dan mengapa diwajibkan berkahwin dan bukannya BERCINTA. Sebab BERCINTA ni akan jadi BECINTA...fikirlah sendiri....tak reti aku nak explain.he3...

Kalau ikutkan HATI yg mungkin tak berapa matang dulu, memang sakit nak mencintai seseorang tapi orang tu tak pula cintakan kita. Orang kata bertepuk sebelah tangan tak berbunyi. (tapi tepuk dinding bunyi je sebelah tangan pun..he3)... Tapi yg lebih sakit dan parah juga bila mana jatuh cinta kat seseorang tapi tak pula dikhabarkan pada orang tu. Kalau la orang tu pun ade perasaan yang sama. Tak ke naya tu?...

Itulah...orang kata usaha yang penting. Rancang baik punya. InsyaALLAH dapat yang terbaik. Kalau tak?...terima lah ketentuan-NYA seadanya...kerana setiap ketentuan itu ada hikmahnya. We really have to believe it. Coz it very true...Orang yang sakit BERCINTA mungkin kerana ade silap faham tentang hal yg sebetulnya. Apa pun yg jadi itu sudah ketentuan...just ave to believe that...there will always SOMEONE for you...

Jai Ho...... :)


p/s: jgn diharap sgt pada cinta dunia dan isinya....cubalah harapkan CINTA YANG MAHA AGUNG....it is up to you on how you want to choose it or do it...

image source://smashingapps.com

21 Oct 2010

Kualiti VS Kuantiti








Ingatkan nak beli barang je nak kena pk sal kualiti. tapi dalam bab berkawan pun sama jek. Better ade kawan yang berkualiti. Walaupun tak ramai tapi yang penting sentiasa bersama kita tak kira waktu susah or senang.

Kalau stkt gah ngan kawan berlambak tapi langsung xleh pakai wakpe. Kawan berkualiti tak semestinya yg bekerjaya gah atau mewah berada. Tapi yang pasti sentiasa memberi sokongan dan dorongan utk kita semua sama2 merasai kehidupan sebenar dunia ini yang akan berakhir tak lama lagi. Wallahua'lam...

14 Oct 2010

Lirik Keinsafan - Kerabat

Sayup terdengar hujan mencurah ke bumi
Kini terasa memecah kesunyian malam
Dan aku di sini sendiri dibaluti resah
Dibayangi sesal yang tak sudah

Renung langit sepi tiada purnama
Di dalam kelam ku lihat bayangku sendiri
Terpaku membisu tanpa suara dan segala
Apa petanda, apa rahsia

Oh Tuhanku Yang Maha Esa
Maha Penyayang Maha Pemurah
Andainya malam yang begini
Memberi pengertian untukku
Mencari hidayahmu...

Maka kutadahkan setulus
Pengampunan dan pengharapan
Untuk aku menebus dosa-dosa semalam

Cukup setakat ini... aku merasa
Terasing terhukuman dalam sengsara
Balasan dari kehancuran
Yang aku ciptakan

Dan kini ku mengerti
Antara dosa pahala
Yang mana lebih utama
Dalam meniti hidupan dan hari kematian
oh...

Andai malam ini satu peringatan
Bersyukurku pada Illahi
Andai malam ini satu kesudahan
Ku pintakan... satu pengaduan
Untukku menyudahkan kalimah
Terakhir...



Shout! is shouting back!..


sources: http://www.shoutawards.com.my/

12 Oct 2010

10-10-10

Salam All,

Tajuk post ni hanya no aje (plus date separator). Sebenarnya aku tengah nak ingat kembali apa aku buat apa aku ingat tentang tarikh tu. Tentu korang ada hal-hal yang korang bikin pada tarikh tersebut kan? Ada yang kawin, ade yang tunang, ada yang masih buat jamuan raya dan pelbagai lagilah yang aku malas nak tulis panjang2..

Tapi yang pasti berikut adalah yang aku baru dapat trace kembali dari kotak ingatanku ini..

1. Angkasawan pertama negara kawin

2. Kemalangan Ngeri di Pedas, berdekatan Simpang Ampat PLUS (Seremban-Melaka)

3. Aku pegi ambil hanpon yang tertinggal dalam kete kawan dekat Rawang.

4. Lepak kat umah training 3D Maya

5. Jalan-jalan cari pasal (bukan cari faisal tuh...he3)





p/s: walau ajal maut jodoh ketentuan di Tangan Tuhan, kita adalah digalakkan untuk mencari dan mencegah....wallahua'lam..